Blog ini dikuasakan dengn Cloudflare

Blog saya sejak awal lagi semuanya menggunakan DNS di Cloudflare dan banyak lagi perkhidmatan mereka seperti Email Routing, SSL/TLS serta banyak lagi hinggakan saya berpindah infrastruktur ke Cloudflare berbanding penyedia sebelumnya. Sebelumnya saya menggunakan pelbagai penyedia yang berbeza yang asalnya kerana masih baru meneroka ketika itu dimana masih tingkatan 3 (PT3 terakhir) dan penyedia pertama saya adalah website.com dengan domain kemudiannya berpindah ke Exabytes dan ketika menggunakan Exabytes saya mempunyai masalah untuk menyambungkan dengan hos dan saya kemudiannya menggunakan Cloudflare untuk SSL dan DNS sebelum berpindah ke infrastruktur yang lebih lengkap melalui hosting menerusi web server yang lebih cepat, dan mempunyai backup, tetapi banyak juga masalah teknikal yang mengambil masa untuk diselesaikan hingga saya kembali kepada Cloudflare.

Bagi sesetengah penyedia perkhidmatan domain, sijil SSL perlu dipasang manual dan itu sedikit leceh dimana selain menyambungkan domain dengan hos, saya juga menggunakan perkhidmatan SSL/TLS Encyrption. Mungkin ada yang kurang faham DNS itu apa, DNS ibarat satu buku yang menyimpan alamat web dan blog ini mempunyai alamat IP yang panjang, dan sukar diingati, jadi dari situlah wujud domain.

Emel blog ini iaitu hi@fatihahhazmi.com juga menggunakan perkhidmatan Email Routing di Cloudflare, banyak perkhidmatan Cloudflare yang saya gunakan daripada statistik ke blog ini hinggalah menguji kelajuan muat laman web ini. 

Untuk pengguna yang baru menggunakan Cloudflare memang sedikit sukar tetapi lama-kelamaan anda akan terbiasa dan saya sendiri melalui try and error.. bahkan pernah masalah seperti blog masih belum secure (masih http) beberapa saya mencari solusi untuknya.

Sebab kenapa daripada infrastruktur yang serba lengkap dengan Wordpress, cPanel, Litespeed, unlimited storage dan bandwidth dan sebagainya saya berpindah semula kepada yang lebih ringkas iaitu Blogger dan Cloudflare adalah disebabkan maintainance yang minimum berbanding sebelumnya dan saya cuma tinggal memasang template sumber terbuka daripada GitHub dan mengubahsuai sesuai dengan tema yang saya mahukan. Misalnya perbezaan antara versi default dari Joe Alfaraby dan modifikasi saya; 

Versi asal

Versi modifikasi

What's going on in Indonesia?

Everyone knows that recently the Indonesian Parliament passed the TNI bill, which has sparked criticism not just among Indonesian citizens but also from some in the international community. Protests, while common, have increased; however, I dug deeper when I found that various entities addressing the issue have received some sort of threats. For example, Indonesian media outlet Tempo received a rotten pig's head and six decapitated rats. Some Indonesians believe this is linked to the six Tempo journalists handling the Bocor Alus Politik podcast, which exposes those lobbying behind the TNI bill.

Many Indonesians have noticed changes in Ferry Irwandi's latest video. I came across this interpretation on Facebook, where many believe that Ferry is sending a hidden "message" in that video. He also posted images of his family on Instagram, raising the question: Is he being threatened?

Many also view this as a return to the New Order era. Briefly, the New Order refers to the Suharto administration, which was marked by human rights violations, such as the torture of opposition members, intimidation of human rights activists, corruption, and poor economic policies. There was widespread instability, and when the 1998 Asian financial crisis hit, Indonesia was also affected, leading to the end of Suharto's regime.

Recently, Prabowo requested immigration authorities to monitor the movements of foreign nationals in Indonesia. Prabowo, who was a special agent and understands the realities of politics and national security, has raised concerns. I myself once took a short course in intelligence analysis and national security, but this request seems strange, as it would require foreigners to report their whereabouts to immigration for security reasons, potentially creating unnecessary bureaucratic complications.

What's going on in Indonesia?

Misi akan tamat..


Okey ini lambat tapi baru-baru ni Nazry Salam post tentang buku terkini yang bakal menjadi pengakhiran Misi, yang menimbulkan persoalan tentang watak Zahid? Zahid lepak underground ke acaner? 

Bagi yang tak tahu, Zahid adalah watak di dalam dunia Misi iaitu seorang jejaka berkaca mata, suka belajar, sahabat yang suka mengingatkan. Zahid ini anak yatim dan kurang berada tetapi merupakan pelajar terbaik peringkat kebangsaan sehingga ditaja pembelajarannya. Untuk Misi 8A, watak Zahid diperkenalkan sebagai rakan baharu Aizad yang membantu Aizad meningkatkan prestasi akademiknya, dimana dalam Misi 8A ini Zahid adalah figura contoh yang cool dan humble sementara Aizad budak tiga suku.

Tetapi berbeza di Misi 10A apabila mereka berdua bertemu, Zahid kini menghadapi pelbagai cabaran apabila dibuli, ditarik balik biasiswa, dituduh pecah amanah. Yang menariknya punca ditarik balik biasiswa dan dituduh pecah amanah itu didalangi seorang pelajar broken home bernama, Putera. Dengarnya watak Putera ni paling ramai fangirls🗿. Dalam Misi 10A inilah wujudnya 5 watak yang ikonik-Mat,Aizad,Zahid,Kimi,Fizi.

Tup tup bila keluar Misi 10A Plus, Putera jadi geng diorang siap masak lasagna dalam bilik. Menariknya setiap personaliti watak-watak dalam universe Misi ni berbeza, misalnya Mat seorang yang genius Matematik tetapi kerap tidur, Aizad watak gila-gila, Fizi kuat makan, Kimi suka langgar peraturan dengan eskperimen haram, Putera dengan tsunderenya.

Jika dihitung Misi berusia 16 tahun dan bakal menemui noktahnya PBAKL kelak tetapi jangan risau siri-siri lain masih diteruskan dan semestinya animasi Misi akan dinantikan.. terima kasih Misi.