KOMA oleh thefnlini - Ulasan

Percuma Penanda buku dan Poskad 

 

Saya mengikuti penulisan KOMA dari era Wattpad sejak beberapa tahun lalu dan cukup tertarik dengan cerita yang segar dan dystopia yang tersendiri. Saya kurang pasti sama ada thefnlini sedar atau tidak bahawa semua premis yang terjadi didalam novel beliau benar-benar wujud didalam dunia nyata dan beberapa adegan didalam novel cukup membuatkan penulis sedih. Khabarnya ini adalah penulisan pertama thefnlini yang asalnya bermula daripada cerpen sebelum berkembang kepada sebuah novel. Tahniah! 

Novel ini mengisahkan seorang remaja lepasan SPM, Ayman yang berada di realiti yang berbeza selepas dia ni mengalami kemalangan kemudiannya menyedari realiti yang berlaku cukup menakutkan apabila Islam telah mati, sesuatu yang Ayman tak boleh cerna bila dihidangkan arak, pergaulan bebas macam tiada larangan. Bukan kerana umatnya tidak ada tetapi disebabkan penindasan rejim yang memaksa umat Islam berdiam, ini skrip yang menakutkan tetapi skrip yang wujud di dunia sebenar. Hampir kesemua pemerintahan kuku besi melarang unsur yang boleh membebaskan masyarakat daripada kawalan mereka.

Ayman ini masih muda dan tidak membiarkan keadaan disitu sebegitu saja dan kemudiannya mencuba menghidupkan dakwah dengan mengajak rakan-rakannya sekali. Dalam keadaan masyarakat tersebut, cukup sukar dan memandangkan elemen Islam adalah sesuatu yang dilarang di Merizia maka Ayman bersama rakan-rakannya sudah membawa elemen yang dianggap berbahaya atau mungkin label 'musuh negara' ataupun 'pengkhianat', yang secara logiknya kerana meruntuhkan kuasa yang dimiliki pemerintahan kuku besi Merizia. Apa yang Ayman dakwah? Tunduk kepada Pencipta. Kenapa pemerintahan Merizia melarang aktiviti sebegini? Kerana Merizia bimbang seandainya rakyatnya menyedari bahawa mereka sebenarnya sedang diperhambakan oleh manusia yang cuba menjadi Tuhan. Berita tentang kebebasan menakutkan pemerintahan Merizia.

Menariknya, Ayman bermula dengan mengedarkan risalah-risalah yang menyebabkan mereka dipandang aneh oleh masyarakat Merizia. Mungkin pemerintah Merizia menghanyutkan dengan hiburan,arak, budaya bebas agar didalam hati mereka tak terfikir pun kezaliman.

Daripada pengkhianatan akibat janji palsu hinggalah tindakan sekumpulan remaja ini membawa 80% rakyat Merizia yang hidup dalam ketakutan keluar daripada ketakutan itu sekaligus mengadakan pemberontakan, ini sebuah revolusi. Dan elemen fizik spekulatif yang menarik disebutkan didalam ini selain tanda tanya tentang dimensi dihujung novel. Inilah novel yang segar!

Sangat banyak elemen yang menarik, misalnya pergerakan dakwah yang dibawa Ayman menentang ideologi yang digunakan pemerintah Merizia untuk kekal berkuasa, dan ini mengancam kedudukan dan kuasa mereka. Mereka meletakkan Allah SWT sebagai paling tinggi yang menjadikan penyeksaan, ketakutan kepada manusia hanyalah biasa, kerana mereka sudah 'bebas' daripada penghambaan makhluk dan inilah yang paling berbahaya bagi semua rejim berkuasa didunia. Tidak ada apa yang mampu menghentikan mereka. 

Kemudiannya pengkhianatan rakan Ayman kerana terpedaya dengan janji pemerintah Merizia. Yang kemudiannya rakan yang lain menyedarkan dusta yang dia percaya tetapi mengorbankan banyak perkara demi sebuah dusta. Ada adegan yang cukup powerful iaitu ketika Luth menyedari dia dah terpedaya dengan dunia yang penuh penipuan bahawa adiknya boleh dihidupkan namun Luth telah terpedaya bahawa dunia ini kekal.

Dan kebangkitan rakyat Merizia ini adalah sesuatu menarik apabila mereka diinspirasikan sekumpulan remaja, mereka juga berjaya dibebaskan daripada ketakutan terhadap manusia yang bersembunyi dibelakang tentera dan menggunakan kuku besi untuk menutup suara-suara melawan yang kemudiannya membawa kepada Perang Mujahidin yang membungkam umat Islam sebelum dibebaskan dan melawan diktaktor. Dalam kehidupan seharian kita, kita kena menegur apa yang salah dalam negara walaupun pahit. 


Dunia dimana maksiat bermaharajalela dan kemungkinan yang cukup menakutkan didalam novel ini membawa mesej ketika mana umat Islam berdiam diri maka kesannya cukup menakutkan. Secara logiknya setiap tindakan membawa kepada akibat, ini wujud dalam semua perkara hatta kehidupan seharian bahkan elektronik, fizik ataupun kejuruteraan menerusi sistem dinamik.

Kesimpulannya, novel ini membawakan persoalan yang menarik. Seandainya dunia kejam dan tetapi dimana suara yang menentang kezaliman? Adakah kita akan membiarkan kezaliman yang berlaku? Sekecil tindakan juga adalah dakwah! 

Pilihlah buku kanak-kanak yang tepat!


Ketika menyusun buku kanak-kanak, terdapat perkara yang menarik untuk dikongsikan. Seawal usia kanak-kanak dan remaja lagi harus direnungkan ke arah pembangunan seseorang daripada bahkan hal sekecil buku apa yang dibaca. Umur kanak-kanak mempunyai neuroplasticity yang tinggi, di mana otak mereka cukup responsif dan menyerap apa sahaja daripada sekeliling, misalnya terhadap visual dan naratif daripada buku, kartun. Sukar untuk menjelaskan bahawa kartun, buku, mainan tidak mempengaruhi siapa diri mereka kerana bahagian seperti amygdala(emosi) dan hippocampus (memori jangka panjang) juga aktif, daripada ini untuk kes saya masih mengingati kisah-kisah teladan yang saya baca ketika berusia 8 tahun. Kanak-kanak boleh meniru percakapan ibu bapa yang baik atau sebaliknya. Kanak-kanak yang terdedah kepada cerita yang dipenuhi nilai moral akan membangunkan laluan nilai antara prefrontal cortex (logik)dan insula(empati) yang mana ini akan menjadi 'GPS' atau kompas awal kanak-kanak tersebut dalam kehidupan tanpa mereka sedar. Ya, anda harus memberitahu dan meletakkan sempadan bahawa benar dan salah itu wujud kerana kanak-kanak dicorakkan ibubapanya.

Meningkat umur remaja, fasa dimana zaman pencarian identiti seseorang, remaja akan membawa kembali rangka zaman kanak-kanak mereka dalam membuat keputusan. Misalnya tadi disebutkan sempadan bahawa benar dan salah itu wujud akan kembali dipersoalkan ketika usia remaja mahupun dewasa kecuali anda telah menyediakan panduan bahawa baik dan benar tetap wujud walaupun dicampuradukkan dan meskipun yang salah lebih banyak daripada yang benar. Macam pernah dengar? Kekeliruan dan pencarian jawapan di zaman remaja memerlukan panduan yang mirip seperti mana zaman kanak-kanak, mereka mengetahui yang benar dan salah daripada cerita dan visual.
Meningkat remaja juga, apa-apa yang dihadam baik daripada media sosial, pergaulan dan novel mempengaruhi siapa mereka, kesemuanya melalui proses kognisi dan daripada proses kognisi terbentuknya persepsi yang terhasil daripada hubungan-hubungan maklumat sebelumnya. Misalnya kita melihat gunung, bacaan sebelumnya mendapati bahawa gunung terbentuk daripada proses lipatan daripada aktiviti tektonik di masa lalu. 

Ini seringkali dipandang enteng oleh ibubapa mahupun pihak berkepentingan, persekitaran membentuk seseorang, sekeliling memberi impak kepada seseorang daripada makanan, aktiviti harian dan apa yang dihadam. 

Untuk senario dunia nyata, penerbitan seperti ThePatriots adalah penerbitan yang membina persekitaran ini, kerana kita kini mempunyai penerbitan pop ilmiah yang melahirkan masyarakat yang mencintai ilmu (dan saya seorang daripadanya!) tetapi bagaimana dengan buku kanak-kanak? Adakah anda mahu membeli buku dibawah sebagaimana buku kanak-kanak ini memberikan identiti kepada Johan Liebert mahupun buku seterusnya yang membentuk Mark Chapman? 

Menariknya di Malaysia selain buku-buku penuh nilai Islami serta animasi berkembang pesat seperti Alif dan Sofia, Omar dan Hana, serta banyak lagi menggantikan animasi luar yang dahulunya membentuk generasi ketika ini. 

Sepertimana Parameswara yang berpandangan jauh dan futuris, adakah kita harus mula berfikir di masa depan dengan persekitaran lani ? Kita harus bermula dari sekarang.

MISI ENAM SEKAWAN-Membongkar kes pembunuhan di sekolah menengah

“Misi Enam Sekawan” adalah sebuah buku yang ditulis oleh Safiatul Atiqah Razali. Buku ini diterbitkan oleh Lagend Bookhouse & Distributor pada tahun 2017. Buku ini adalah bagian dari seri “Sisi Kelam Dunia” dan memiliki 126 halaman. Buku saya baca walaupun kelompok sasarannya kanak-kanak dan isi ceritanya sangat menarik.

Cerita bermula apabila watak utama,Marina mendaftar ke sekolah baharu selepas berpindah daripada Kota London. Di sekolah baru ini,Marina berkenalan dengan Julia,rakan sebiliknya dan terungkap bahawa bilik tersebut dimana pelajar ditemukan maut di tempat tidurnya. Marina juga berkenalan dengan rakan sekelasnya. Keadaan biasa sahaja sehinggalah satu sekolah kecoh apabila seorang pelajar perempuan ditemukan tak bernyawa dan dadanya yang berlubang akibat diambil jantungnya oleh pembunuh. Sejak itu semakin ramai pelajar mula menjadi mangsa dan salahsatunya Awin.

Pasukan Polis akhirnya tiba untuk menjaga kawasan sekolah dan pelajar tidak dibenarkan keluar. Enam pelajar kemudiannya dengan rasa ingin tahu yang tinggi cuba menyiasat sendiri mayat pelajar tersebut dan didapati terdapat cairan khas yang digunakan pada dada yang sudah dirobek dan nota kecil tertulis 'sorry' pada setiap mangsa. Tindakan enam pelajar ini kemudiannya ditegah oleh guru disiplin dek kerana itu urusan orang dewasa dan ditambah kerisauan para guru dimana jumlah pelajar yang menjadi mangsa kian bertambah dimana mereka masih belum menemukan punca pelajar ini menjadi mangsa dan motifnya.

Dalam jagaan warden dan polis yang meronda di asrama pelajar, pembunuh tersebut dipercayai berkeliaran di sekitar sekolah. Hingga adik tiri kepada Ilham juga salah satu mangsa.


Mereka merungkai kes tersebut dengan bantuan seorang pegawai Polis ,Inspektor Mazlin dan terdapat banyak persoalan(lebih kepada plothole) yang ada dalam buku ini,kenapa abang kepada Marina,Shahmel seakan menyimpan sesuatu daripada Marina? (Dah gi baca)


Cerita ini pendek ekoran mungkin kelompok sasarannya kanak-kanak yang akan menginjak ke usia dewasa ekoran Novel standard DBP lazimnya 150 halaman. Dan penulis memasukkan unsur seram yang ada sedikit mistikal tetapi fokusnya terhadap pembunuh yang berkeliaran di dalam kawasan sekolah. Namun jika dunia dan cerita ini dikembangkan lagi,mungkin menjadi lebih menarik dan kelompok pembacanya lebih besar.