6 atau 9? Tetapi sebenarnya ada hal yang lebih menakutkan dari itu.

Berdasarkan gambar rajah ini yang manakah jawapan anda. 6 atau 9? Dan gambar ini adalah contoh popular untuk menjelaskan perspektif terhadap sesuatu perkara. 

Anda hanya untuk diberikan sekeping gambar iatu diatas dan cuba reka pemikiran anda mungkin kebarangkalian antara 6 atau 9 tergantung kiri atau kanan atau memilih kedua-duanya.

Kemudiannya sebenarnya nombor 6 diterbalikkan hingga membentuk nombor 9? Jadi jawapannya bukan 6 atau 9 tetapi sudut mana yang pilih atau maklumat kedua-duanya betul tetapi yang mana satu anda suka.

Dan ditambah maklumat: nombor 6 dan 9 menggunakan cara tulis yang sama tetapi kedudukan yang berbeza. Berbalik jawapan asal,ianya 6 dan 9.

Jadi persepsi anda terhadap nombor tersebut berubah seiring dengan maklumat yang diberikan. Semakin banyak maklumat, persepsi anda ditentukan oleh maklumat tersebut. 

Persepsi membentuk perspektif tergantung maklumat dengan bias tertentu. Persepsi berasal daripada proses kognisi otak, maklumat membentuk sambungan.

Dan tahukah anda untuk kes 6 dan 9 tadi,anda sedang diubah-ubah dengan maklumat yang saya berikan dan menggubah pendirian anda kepada 6 disebabkan maklumat bahawa 9 adalah 6 yang diterbalikkan kemudian menggubah lagi ke 6 dan 9 sesuai maklumat. 

Maklumat adalah senjata sejak dahulu dalam mencipta persepsi dan persepsi boleh membawa kepada tindakan.


Kes untuk Kementerian Dalam Negeri mengharamkan sesetengah buku beraliran kiri mahupun Islam ekstrim pada maklumat yang dimiliki pemilik buku dan peminat buku sebuah aktiviti yang keterlaluan dan melampau serta dianggap pembodohan bagi pemilik maklumat lain sedangkan bagi pemilik maklumat lain,KDN sedar ideologi adalah senjata dan propaganda meskipun Internet memungkinkan bahan sebaran ideologi tersebut lebih mudah diakses.

Disisi lain, kerajaan boleh jadi membentuk "persepsi" itu sendiri untuk kepentingan tertentu. Maklumat adalah sesuatu yang boleh diputarbelit dan mendesak masyarakat untuk mengesahkan benar atau palsu yang mengelakkan diri daripada terjebak dalam retorik sebagai alat kawalan.

Ringkasnya, ianya tidak semudah meletakkan universaliti ekoran persekitaran, peristiwa membentuk perspektif. Cumanya, kita akan berubah pendirian dengan maklumat baru. 

Katakan, seorang individu ingin membeli buku yang sedang hangat diperkatakan dan dia ingin mengira-ngira adakah berbaloi seandainya dia membeli buku tersebut dan menyemak ulasan dan memandangkan buku dinilai juga berdasarkan kuantitatif iatu 'rating' meskipun agak bertentangan dengan "seni" namun itu hal lain,persepsi bakal pembeli juga bakal berubah-ubah selepas membaca satu persatu. Maklumat berbentuk ulasan yang diterima akan menggubah persepsi pembeli untuk membeli buku tersebut. Dan dari sisi pembeli yang kurang kena dengan penulisan buku tersebut kemudiannya juga mendapat maklumat baru dengan membaca buku yang dibeli sekaligus meruntuhkan tanggapan awal terhadap buku. Kedua-duanya mendapat persepsi daripada crowd dan hype pasaran atau maklumat di media sosial.

Setiap seseorang dibentuk persepsi daripada maklumat yang sangat luas maknanya, baik dari sisi sebelah mana,kumpulan, citarasa,hubungkait. Dan setiap seseorang mempunyai fahaman,perspektif yang berbeza-beza ekoran semua orang tidak melalui jalan pemikiran yang linear. Sesetengah orang mendapatkan pengetahuan dari pengalaman fizikal, sesetengah orang mendapatkan pengetahuan daripada pengalaman pemikiran melalui buku-buku, video,kuliah. Oleh sebab itu munculnya kelompok yang menilai masyarakat daripada data-data atas kertas dan ada yang menilai masyarakat daripada pengamatan langsung pada masyarakat dan itu juga merubah spektrum seseorang. Sebagai pengguna, anda harus mengesahkan apa yang anda terima betul atau salah faktanya.

Lanjutan tentang konteks dan keadaan sekitar dimana 6 atau 9 memerlukan konteks yang jelas kerana mungkin 6, mungkin 9 tetapi berdasarkan situasi, maka pertanyaan "kenapa?" cukup penting disini. Namun sering dikaburkan dan penting untuk membezakan pendapat dan fakta. Manipulasi, misinformation sering berlaku tanpa cross check dan semak semula fakta. Atau mungkin seseorang mengalami masalah untuk menerima fakta kerana kurang selesa baik disebabkan ideologi mahupun pandangan. Dalam banyak perkara, ideologi memdefiniskan kebenaran.

Tetapi kebenaran? Ya semestinya ada, dalam kes ini kita cuma diberikan dimensi yang terbatas dihadapan semata-mata dan jadilah orang yang menilai keseluruhannya supaya anda tidak mudah ditipu orang yang berkepentingan.




 

Ulasan