"Dengar dua-dua belah pihak" kata si Zionist bertopeng neutral.

Memihak kepada rejim Zionis Israel adalah sesuatu yang sangat tidak waras. Manusia yang waras akan menentang Israel yang menghalang bantuan tiba ketika mereka menghalang bantuan daripada pelbagai pihak masuk ke Gaza dan manusia tidak waras masih wujud kerana faktornya ideologi dan doktrin.

Melanggar sempadan Israel? ICJ pada 2024 memerintahkan Israel tidak menghalang bantuan kemanusiaan yang masuk ke Gaza, jadi siapa yang melanggar sempadan? 

Cerita kedua-dua belah pihak, yang saya lihat di Israel sedang marak menghalalkan pembunuhan manusia seramai mungkin sebab diorang ni bukan manusia, betul tak? Di Israel kalau ada yang cuba jalan berdamai akan di berakhir seperti Rabin. Di Israel sesiapa yang menentang program holokos 2.0 dianggap pengkhianat.

Neutral? Anda rasa ini kisah dan gosip artis, sokong artis A sokong artis B. Ini bukan sokong A sokong B, ini terang depan mata telefon masing-masing puluhan ribu dibunuh, yang masih hidup dilaparkan sehingga mati. Ke keliru dengan doktrin yang anda pegang. Kita tengah sembang pasal orang-orang yang tak bersalah dibunuh, diseksa, dirampas tanah. 

Ringkasnya;

Israel bunuh penduduk tak bersalah, Israel halang bantuan makanan,ubat sampai untuk pastikan sisa yang dia tak bunuh tu menderita sampai mati. Bagi Israel, lantaklah diorang bukan manusia pun, mereka semua pengganas. Diorang Gaza ni dari baby sampai nenek tua semua pengganas kata Israel, yang tak berfikir rasional je percaya. Zionis di Malaysia pun terikut pemikiran tidak waras ni.

Segerombolan Zionis takut berdebat mengeluarkan hujah : macam mana dengan Nigeria, kononnya kita sebodoh tu berpihak sebab satu agama. Kita tidak sebodoh itu, kita berpegang kepada kemanusiaan. Daripada genosid Armenia, Rwanda, Nanjing, Brooke, Great Leap Forward, kita memang menentang semua jenis genosid tetapi zionis mengatakan membunuh ribuan orang tak salah, bunuh 17,000 bayi wajib sebab diorang semua ni Hamas! 
Bagi zionis wajib bunuh 2 juta orang sebab 5000 Hamas, bagi penyokong zionis wajib bom hospital ada 1000 orang biasa sebab ada 3 Hamas.

Semua nampak, semua baca statistik UN, Reuters, bahkan media Israel tetapi penyokong Zionis berpura-pura tak nampak. Hamas cuma ada Telegram, Israel ada hampir semua media, kita semua nampak. Tetapi berpura-pura urusan luar, itu minda keterbelakangan.

Tidak lama lagi 7 Oktober, Zionis akan menjadikan sebagai modal walaupun sejak 1917 lagi! Pengganas seperti Lehi, Irgun dan Haganah mengganas di sana dan sini. Ketika Balfour membawa masuk Yahudi daripada pelbagai penjuru dan Palestin yang sudah wujud membiarkan atas dasar kemanusiaan tetapi seiring 14 Mei 1948, 700,000 perkampungan dirobohkan dan mereka ini menuju ke Gaza yang hari ini dikepung sampai mati. Alangkah tidak warasnya Zionis. 

Bibi sebenarnya tak bijak!

 Antara perkara yang diketahui orang ramai tentang Benjamin Mileikowsky atau Benjamin Netanyahu merupakan berketurunan Poland yang mengambil nasab sebelah ibu sebagai berdarah Yahudi Israel meskipun I$rael adalah projek kulit putih dan Yahudi berkulit hitam sering diabaikan golongan yang kononnya the chosen one ini. 

Tetapi dari mana asal Bibi? Kesemua perjalanan politik Netanyahu dirancang oleh adiknya, Iddo Netanyahu yang merupakan seorang pakar radiologi dan seorang penulis yang berpengaruh di Amerika Syarikat dan I$rael. Dan Iddo merupakan individu penting yang membuka jalan untuk karier perjalanan Bibi. Pendapat Iddo sering menjadi sebutan media.

Dia mereka dan menunggang kematian abang mereka, Yonathan atau Yoni Netanyahu untuk membolehkan Bibi mendapat perhatian dan membuka jalan ke dunia Politik,Iddo menyedari sikap abangnya namun motivasi Iddo sebenarnya ke arah negara bangsa Yahudi tersebut. Kesemuanya adalah ciptaan Iddo dan sedikit bantuan daripada Bibi seperti surat emosional daripada Yoni kepada keluarga mereka yang menggambarkan pengorbanan Yoni di medan perang demi negara tercinta.

Pengorbanan menentang pengganas ini meraih perhatian penduduk I$rael dan ketika itu,Bibi banyak muncul di televisyen menerusi pelbagai temuramah dan karier Bibi dimulakan dengan pelbagai bukunya tentang keganasan yang berkait rapat dengan ciptaan mereka berdua bahawa kehadiran Bibi dalam dunia politik untuk menentang pengganas dan dalam usia yang muda, Bibi mampu memegang kuasa sebagai pemimpin.
Sekembalinya dari Amerika Syarikat, dia mengasaskan Institut Anti Keganasan Yonathan Netanyahu sebelum menyertai bidang politik dan menjadi Perdana Menteri termuda I$rael pada usia 47 tahun dan diikuti rentetan ingin berkuasa dengan sehingga kini sudah 3 kali! Benjamin seperti kebanyakan penduduk I$rael lain, sekular dan sesetengahnya ateis tetapi percaya terhadap "bangsa pilihan tuhan".

Semuanya populisme, retorik yang menimbulkan banyak pendamba,ketika Bibi mengatakan Hitler sebenarnya tidak mahu melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap orang Yahudi di Jerman tetapi Mufti Baitulmuqaddis yang menyuruh Hitler berbuat demikian agar Yehudi tidak lari ke Palestin dan Bibi hanyalah membuat ucapan yang cuba untuk menyenangkan sikap para zionis,menggambarkan sikap mereka yang terus menjadikan holokus dan anti semitic sebagai senjata untuk melarikan diri daripada kejahatan yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.

I$rael sebuah negara yang terpencil di Timur Tengah ditambah ancaman yang membolehkan Bibi meraih pentas dengan cepat, dengan bantuan Iddo.

Bibi,ironiknya penulis tentang terrorisme tanpa menyedari dialah watak pengganas itu sekarang.