Cara asing gaji lagi cepat!

Apabila dapat gaji, apa yang kita patut buat? Sudah tentu asingkan mengikut keperluan dan kehendak bukan terus beli set menu atau beli set wagyu? Tetapi ramai mengabaikan kepentingan mengasingkan perbelanjaan ini. Terdapat sebuah budaya orang Jepun yang menarik iaitu sebaik sahaja mendapat gaji, mereka akan mengasingkan gaji dengan sampul surat dimana setiap sampul surat ini mempunyai jumlah wang untuk sesebuah perbelanjaan misalnya sewa rumah, pengangkutan, makanan dan sebagainya. Tetapi masyarakat di Malaysia mahu membeli sampul surat setiap bulan? Leceh, kan? Kebanyakan di Malaysia menggunakan kalkulator biasa hingga lahirlah frasa terkenal 'Lelaki tidak bercerita " dengan aplikasi Kalkulator.. tetapi kadangkala tak ingat sebabnya bila taip kalkulator kita lupa yang mana satu komitmen ataupun kehendak dan kenalpasti perbelanjaan yang kita sebenarnya boleh kurangkan


Bagaimana dengan versi digital apabila kita boleh melihat gambaran keseluruhan perbelanjaan gaji dan melihat perbelanjaan mana yang lebih besar? Saya perkenalkan Salary Planner yang percuma dan cepat.


Anda tinggal masukkan gaji bersih selepas tolak KWSP,SOCSO,EIS kemudiannya masukkan jumlah belanja, kalau tiada dalam senarai sila tambah dengan butang Add Other Expense, dia akan automatik tunjuk jumlah perbelanjaan, baki, dan cadangan simpanan korang yang boleh dijadikan penanda aras dan semua perbelanjaan diringkaskan dalam bentuk carta. Lepas ini semua anda boleh simpan sebagai fail PDF dan lihat rumusannya. Ini adalah Salary Planner, sebuah laman ringkas dengan satu tujuan: mengasingkan gaji. 

Tak perlu sign up dan semestinya percuma! Laman ini juga mesra mudah alih tau! Siap dengan rekaan ringkas dan direka supaya cepat load dan berorientasikan ringkas dan minimalis tetapi berfungsi, UI tidak kompleks dan straight forward untuk memudahkan pengguna.

Salary Planner boleh dicuba di https://salaryplan.lekiu.net/

Bukan tuah dan menang : Mesin Claw

     Mesin Claw mengguna sistem yang cukup rigid, setiap pemainnya percaya untuk mendapatkan hadiah daripada Mesin Claw adalah daripada menggunakan cara yang betul ataupun bergantung kepada tuah. Itu adalah tanggapan yang cukup ramai mempercayainya hingga menghabiskan banyak wang untuk mendapatkan hadiah baik daripada jam tangan, plushie dan banyak lagi. Mesin Claw sendiri adalah aplikasi mekatronik. Mesin Claw juga difatwakan haram dan disini penjelasan ringkas mengapakah "tuah" sebenarnya tidak wujud dalam Mesin Claw sebaliknya penipuan halus.

Mesin Claw mempunyai tiga motor posisi iatu X,Y dan Z serta setiap grip mempunyai jumlah voltan kuasa yang berbeza berdasarkan jumlah syiling ataupun jumlah permainan yang ditetapkan. Setiap jumlah masa, jumlah token minimum boleh ditetapkan oleh operator yang boleh dilihat sendiri pada buku manual pembelian Mesin Claw. Misalnya seperti gambar dibawah; 

Andaikan setiap token berharga RM 2 Katakan operator menetapkan 12 token adalah jumlah payout maka RM 2 X 12 menyebabkan pengguna harus mengeluarkan RM 24 untuk mungkin "hadiah" yang jauh lebih murah daripada RM 24. Apabila jumlah token mencapai 12 token maka voltan yang tinggi akan dibekalkan kepada grip(cengkaman yang kuat), berbeza dengan hadiah yang tiba-tiba jatuh jika anda cuma memasukkan kurang dari token yang ditetapkan maka voltan yang rendah dibekalkan(grip tak cukup kuat untuk mencengkam hadiah). Cukup rigid. Sesetengah mesin Claw membolehkan operator menetapkan kebarangkalian.

Pengguna beranggapan Mesin Claw berdasarkan tuah dan kemahiran sedangkan semuanya sudah diprogramkan sejak awal dan berharap dengan memasukkan lagi dan lagi duit membolehkan mereka menang.


Syarikat yang bermula daripada bilik tidur!

Blogger asalnya bermula daripada kerja sampingan seorang pengaturcara yang pernah bekerja di HP dan Intel,Ev Williams. Ketika syarikat yang baru sahaja dia mulakan,Pyra Lab memfokuskan pada perisian untuk meningkatkan produktiviti di tempat kerja dan syarikat ini dimulakan semasa Ev masih 20 tahun. Asalnya blogger adalah kerja sampingan Ev yang bertujuan untuk mencatat log pekerjaan para pekerjanya. Blogger menganggu perhatian Ev berbanding fokus pada produk utama syarikat itu. Namun sebaik dilancarkan pada 1999,Blogger dilancarkan dan agak terkenal dikalangan peminat teknologi pada ketika itu.

Laman web syarikat pada 1999



 Namun Ev pada ketika itu Ev belum mempunyai pengalaman dalam menguruskan syarikat hingga kesemua 5 orang meninggalkan syarikat kecil itu akibat masalah seperti masalah kewangan dan akhirnya hanya tinggal Ev seorang sahaja yang masih meneruskan projek ini didalam ruang tamu. Visi Ev untuk dunia dimana orang ramai boleh memiliki "surat khabar" mereka sendiri tanpa perlu menulis kod.
Blogger 2001


Blogger mula mendapat perhatian ramai dan melalui derma dan pengiklanan,Ev mula mempunyai pendapatan dan mula mengajikan beberapa pengaturcara dan berpindah ke pejabat baru yang sewanya $400 sebulan (bersamaan $749 sebulan pada 2024) yang agak gelap. Seiring masa,blogger akhirnya mempunyai jutaan kiriman meskipun di pejabat yang sangat kecil.

Pada 13 Februari 2003,Google membeli Pyra Lab yang mana Blogger berpindah ke pelayan Google sebelum ditahun-tahun akan datang,Blogger merupakan sebuah fenomena sepertimana TikTok mengalami puncaknya tika ini tetapi Ev juga mengasaskan satu lagi platform blogging iatu Medium!

Sebenarnya kisah tentang blogger ini kami baca daripada buku yang fokus pada Twitter yang mana Ev adalah salah seorang pengasas bersama dengan Noah Glass dan Jack Dorsey dimana semestinya pengkhianatan dan tikam belakang sesama mereka.