Pepatah Jepun ini tentang pengetahuan

Pepatah Jepun ini sentiasa terngiang-ngiang di kepala sejak alam persekolahan namun hanya beberapa masa ini penulis memahaminya. Pepatah ini mungkin berasal daripada kisah dongeng serupa daripada China tentang seekor yang yakin bahawa tiada dunia sebesar langit telaga yang didiaminya sehinggalah penyu memberitahu adanya lautan yang luas dan katak dengan tidak percaya dengan penyu kerana dirinya sukar membayangkan hal tersebut. Sehinggalah penyu mengungkapkan lautan adalah air yang tak pernah kering.

Kenapa katak yakin dengan pendapatnya tentang luas dunia telaga? Hidupnya dikelilingi telaga dan tidak melihat dunia, yang menyakinkan dirinya serta tidak percaya kepada penyu.

Ahli muzik mesir yang terkenal didunia Arab,Omar Khairat

 


Di wilayah Timur Tengah, Omar Khairat adalah ahli muzik yang paling berpengaruh dalam dunia Arab dan memperkayakan dunia muzik dengan menggabungkan elemen muzik klasik Barat dan Mesir.

Beliau dilahirkan pada 11 November 1948 di Kaherah,Mesir didalam keluarga yang menitikberatkan seni dan muzik. Ayahnya adalah seorang arkitek dan pemuzik terkemuka,Abu Bakar Khairat yang merupakan pengaruh awal kepada Omar Khairat membentuk gaya muziknya yang dikenal hari ini ekoran Abu Bakar ketika itu dikenali sebagai "Mozart Arab" ketika mula menggubah muzik seawal 10 tahun hingga menjadi pengasas kepada Cairo Conservatoire dimana Omar merupakan pelajar untuk kelas pertama institut ini pada tahun 1959 dan disinilah Omar mempelajari piano.

Selepas tamat dari institut tersebut, Omar kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Kolej Triniti,London dalam bidang komposisi muzik. Sekembalinya ke Mesir pada 1967,Omar dan beberapa rakannya menubuhkan band muzik Les Petits Chats dimana ketika ini Omar merupakan pemain drum. Beberapa tahun kemudian Omar memilih untuk bergerak solo dan disinilah titik mulanya beliau dalam perjalanan sebagai seorang pemuzik berpengaruh.

Menurut Omar,karya Malam Penahanan Fatma(1983) adalah karya yang menjadi permulaan kariernya. Beliau seorang yang mengkaji muzik Barat dan menggabungkan dengan muzik klasik Arab,dalam setiap karyanya terdapat gaya susunan yang sangat identik dengan dirinya. 

Hari ini Omar Khairat merupakan ahli Muzik berpengaruh didunia Arab dan karyanya banyak menerima anugerah dari dalam dan luar Mesir.

[Misteri] Pembunuhan Daisaku Chiba

Daisaku Chiba adalah seorang pelukis manga yang berusia 20 tahun yang juga merupakan pelajar tahun pertama di Universiti Kyoto Seika dalam Fakulti Manga,sebuah Universiti elit yang agak kompetitif untuk memasuki institusi pengajian tinggi ini. Beliau merupakan seorang pelajar yang sangat berbakat dalam lukisan manga dan bercita-cita ingin menjadi seorang pelukis manga yang berjaya.

Pada malam ketika berbasikal pulang daripada kampus menuju ke apartmen rakannya,iatu sekitar 7:40 petang pada 15 Januari 2007,Daisuka telah bertemu seorang yang juga menggunakan basikal dan menurut saksi yang melihat kejadian itu,lelaki itu agak pelik dengan bergerak dengan cara yang luar biasa dengan mengeluarkan kata kesat kepada Daisuka iatu "Bodoh, Bodoh" sedangkan Daisuka cuma memandang ke bawah sahaja. 

Tiba-tiba lelaki yang tidak dikenali itu mengeluarkan pisau lalu menikam Daisuka yang menyebabkan pergelutan antara mereka berdua,Daisuka sedaya upaya melawan hingga ditikam berkali-kali dan didapati sebanyak 10 tikaman.

Tidak lama selepas itu,seorang lagi saksi yang menaiki basikal melihat keadaan Daisuka yang sudah terbaring diatas tanah manakala pelaku yang menikamnya sedang duduk. Saksi itu beredar daripada situ ekoran takut dengan keselamatannya dan kembali ke lokasi yang sama tidak lama kemudian tetapi pelaku itu sudah tidak ada,melainkan Daisuka yang sudah dalam keadaan parah sedang terduduk memberitahunya sebaik didekati" Saya telah ditikam oleh orang yang tak dikenali, tolong hubungi ambulans"

Ambulans pun tiba tidak lama kemudian, dan Daisuka menggunakan kekuatan yang tersisa untuk memberitahu pasukan perubatan "Saya tidak kenal penjenayah itu. Dia mula menjerit kepada saya entah dari mana. Dia memaksa saya turun ke padang, dan saya naik semula ke atas jalan, cuba menghubungi ambulans. Lelaki itu lebih tua sedikit daripada saya.”

Meskipun berjaya diselamatkan, Daisuka Chiba meninggal dunia pada usia 20 tahun akibat kecederaan yang parah.

Motif
Pihak Polis berteori lelaki yang tidak dikenali ini merasa marah dengan Daisuka kerana samaada terpaksa memperlahankan basikalnya kerana Daisuka dihadapan atau memberhentikan basikal. Namun motif atas rompakan ditolak ekoran barang milik Daisuka tidak terusik dan pelaku ini pada awalnya disyaki mempunyai sikap panas baran dan cepat tangan. 

Petunjuk daripada pihak polis mendapati pelaku itu adalah orang tempatan dan berketinggian 175 cm manakala usianya dalam lingkungan 20-30 tahun. Keterangan daripada saksi pada tingkah pelik menunjukkan seolah-olah pelaku ini mempunyai masalah jiwa daripada gayanya mendekati Daisuka. Tetapi hingga hari ini pelaku itu masih belum dijumpai dan kekal misteri hingga hari ini. 

Disebabkan ini,profesor dan rakan-rakan Daisuka telah membuat manga untuk membantu mencari siapakah pelaku ini dan Ibunya Daisuka masih berharap untuk mendapatkan keadilan buat anaknya dengan mengedarkan risalah-risalah.

Anda boleh membaca manganya disini-->http://www.daisaku-kyoto.jp/daisaku_01.htm

Siapa mafia? apa dia buat?

 

Mafia kena tangkap

Kumpulan jenayah terancang di Itali secara umumnya dikenali sebagai mafia dapat dijejaki asal usulnya melalui Kepulauan Sicily,ya anda pernah dengar ini,tempat lahirnya Archimedes. Kepulauan ini yang banyak kali ditawan menyebabkan wujudnya organisasi rahsia yang bertujuan untuk melindungi penduduk sekitar dengan peraturan dan hukum mereka sendiri. Selepas penyatuan Itali pada 1861,Mafia di Sicily mulai meluaskan pengaruhnya yang mana ketidakstabilan politik dan ekonomi dimanfaatkan untuk memperkukuhkan jaringan perniagaan dan kekuasaan.

Mafia mulai terlibat dengan pelbagai jenis sektor perniagaan hinggakan mereka juga mulai terlibat dalam politik. Pada waktu ini,mafia mulai menjadi organisasi yang lebih berstruktur dan mempunyai hierarki tersendiri.

 Lama-kelamaan mafia mulai mengambil tugas seperti mengutip cukai ataupun melaksanakan undang-undang yang juga menguasai sistem kewangan pulau tersebut. Hal ini menyebabkan masyarakat menjadi takut dan mafia merupakan pemilik sebenar disini dimana calon pilihanraya yang mereka sukai akan menjadi pemimpin. Mafia mulai kebal pada undang-undang malahan masyarakat yang mula membuat bising tentang 'kewujudan' mereka akan diadili di Mahkamah.

Mafia kemudiannya tidak terdapat di Itali dan Sicily sebaliknya memasuki negara lain akibat peranannya perniagaan dadah di Amerika, Eropah dan Asia. Ahli kumpulan mafia digambarkan sebagai orang-orang yang antisosial,tak terlihat namun gaya hidup mewah mereka seringkali menarik perhatian masyarakat. Ahli mafia asalnya dihadkan pada lelaki sahaja. 

Mafia kini secara umumnya tidak lagi ciri khasnya Sicily melainkan merujuk kumpulan jenayah terancang Itali dan sesiapa yang cuba menentang kumpulan ini,mereka akan menerima nasib yang buruk menerusi beberapa siri pembunuhan oleh individu yang cuba menentang atau melawan kumpulan ini.

Menurut Kementerian Dalam Negeri Itali pada 2013,perniagaan haram merupakan perniagaan terbesar di negara Mediterranean ini,iatu menjana kira-kira 1.7% KDNK (€25.7bilion).

Menurut penulis Itali juga,mafia pada hari ini bukan sahaja menggunakan kekasaran namun juga menggunakan kawalan ekonomi untuk bertindak. Mafia mempunyai cabang perniagaan apa sahaja yang anda boleh fikirkan baik aktiviti haram atau perniagaan yang sah.

Antara perniagaan yang mana mafia terlibat adalah;
Perniagaan dadah
Perjudian haram
Perlindungan(Membayar mereka untuk cover)
Penyeludupan senjata api dan manusia(pelacuran)
Penggubahan wang haram
Restoran dan bar
Kelab dan pusat hiburan 
serta banyak lagi..

Ya,mafia sememangnya kaya.Confesercenti, pertubuhan berkaitan perniagaan di Itali  menganggarkan bahawa kumpulan jenayah terancang mempunyai sekitar €65 bilion, atau kira-kira $90 bilion, dalam simpanan tunai. “Mereka memiliki jumlah wang yang sangat menakjubkan,” kata David Ellero, seorang pakar dalam jenayah terancang Itali di Europol, agensi penguatkuasaan undang-undang Eropah. Ini menjadikan kegiatan jenayah terancang adalah bank terbesar di negara Mediterranean itu.

Gambar diatas adalah ketua kumpulan mafia La Costa Notra yang ditangkap di Amerika.

Sanib Said lapor polis ahli politik

Dr Sanib Said

 Petikan daripada TVS :

Pakar sejarah Sarawak, Datu Dr Sanib Said membuat laporan polis terhadap seorang pemimpin parti politik yang menuduhnya tidak mengetahui kaedah penyelidikan sejarah.

Sanib yang juga Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) mendakwa, pemimpin itu juga telah menuduhnya menimbulkan isu perkauman.

“Saya tidak pernah sentuh isu perkauman.

“Saya dapati kenyataan pemimpin itu telah memalukan saya sebagai sejarawan yang berkelayakan apabila mempersoal kelayakan saya membuat penyelidikan dan menulis sejarah Santubong sebagai negeri Melayu tertua di dunia di Sarawak,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Sentral di sini hari ini.

Menerusi sebuah portal sebelum ini, pemimpin politik itu menggesa ahli sejarah untuk tidak membuat dakwaan yang tidak berasas sekiranya tiada bukti saintifik demi keharmonian dan perpaduan kaum.

Sementara itu, Sanib turut memberitahu, semua buku tulisannya bermula peringkat ijazah sarjana muda hingga ijazah doktor falsafah (PhD) berkisar mengenai Melayu.

“Saya tidak menulis tentang suku kaum lain di Sarawak kerana ia sensitif.

“Apabila saya menulis tentang Melayu iaitu bangsa saya sendiri, saya dihina dan (ianya) sangat keterlaluan,”katanya. - sumber portal TVS


Sanib Said adalah seorang tokoh yang kerapkali diserang . Bukan kerana peribadinya mahupun cakapnya tetapi yang dia sampaikan itu tidak boleh disanggah dan modal golongan yang membenci beliau hanyalah murahan seperti beliau seorang rasis, tidak tahu kajian penyelidikan dan sebagainya. Ketika beliau menyuarakan isu tanah orang Melayu Kuching yang menggemparkan satu Sarawak ketika 2017, beliau juga diserang tanpa asas, yang menghairankan dalam cakapnya tidak ada pula dia merendahkan bangsa lain dan kenyataan ahli politik pembangkang tersebut bercampur emosi dan tidakkah mereka belajar bagaimana seorang ahli politik muda negeri ini yang disaman RM 8 juta kerana melampau menuduh Dr Kamarul Yusoff? Sudahnya kalah saman dan tidak semena-mena mendapat malu.

Dimanakah perkauman yang dimaksudkan ahli politik tersebut? Saya ada membaca kenyataan dangkalnya di portal tersebut yang asasnya cuma Gua Niah dan spesifiknya menyebutnya bangsa tertentu tanpa kajian yang mendalam pun. Dia pun bukan ahli Sejarah. Cuma seorang yang terlampau emosi tetapi tidak ada kajian sanggahan mengapa begitu, dia tidak dapat menerima kenyataan dan modalnya cuma diatas, perkauman, dakwaan tak berasas. Siapa yang membuat dakwaan yang tidak berasas yang tiada bukti saintifik? Sumber wikipedia? National Geographic? Menurut ramai pengkaji Sejarah yang saya baca misalnya Dr Azmi Ariffin, Sejarah tidak disorok, displin itu mesti akademik dan objektif walaupun tidak disukai. (Bukan sebab tak betul, sebab orang tak boleh terima)

Bagi saya tindakan membuat laporan polis adalah tindakan yang berbudi bahasa meskipun difitnah sedemikian rupa, secara peribadi saya akan saman sahaja ahli politik tersebut yang merosakkan kredibiliti, imej orang lain selaku ilmuwan yang sememangnya pakar Sejarah Sarawak yang dirujuk berbagai universiti dan menimbulkan prasangka jahat orang ramai yang tidak faham apa yang terjadi.

Kita ada undang-undang bagi pihak yang emosional memfitnah orang lain perkara yang tidak betul dan menjatuhkan kredibiliti serta mengakibatkan kerugian, kelayakan akademik pun dipersoalkan.