Kita Cuma Kawan, Kan oleh Auni Zainal

PlayStore Books

Novel ni saya pernah beli sekitar 2024, beberapa bulan selepas dilancarkan yang tular kat TikTok waktu tu, jadi saya bagi pinjam kepada rakan yang akhirnya hilang dan saya beli semula versi ebuku di PlayStore dan teringat ulasan saya tak siap jadi inilah ulasan saya yang tiba-tiba jadi kajian teks macam komsas pulak. Takpe sila baca.

Tentang novel ni;
Novel ini diterbitkan sekitar 2024 oleh Iman Publication (waktu tu RUMA belum wujud tau) yang ditulis oleh Auni Zainal, yang juga merupakan penulis Mawaddah Ilmi Ingin Pulang. Novel ini mengisahkan Adam, seorang penyanyi dan Yulia, seorang pemandu e-hailing yang asalnya Adam ni tak suka Yulia. Tapi ni bukan tipikal novel Melayu ada orang ketiga sebagai faktor utama tau, novel ni lebih ke arah yang berbeza sebabnya konflik tu daripada sekeliling dua orang watak ni dan diri mereka sendiri, atau maksud saya lagi realistik daripada novel cinta megah holding sebabnya tiada penggunaan elemen 'materialisme' yang melampau macam Holding Berhad, Sdn Bhd, Lamborghini, Iphone 17 Pro dan seterusnya. Ini menepati sebagai sebuah novel cinta! Bagaimana cinta bermula, berkembang, mendapat tentangan dan kesudahannya yang agak dekat dengan ramai orang biasa yang tak linear macam novel tipikal.

Intro; 
 Adam ni asalnya tak suka dengan Yulia yang tak sedar yang dia pergi kutuk vokal Adam sedangkan Yulia takde pengetahuan pun dalam muzik ditambah kes telefon pintar Adam yang hilang, Adam dah luah serba sedikit hidup dia dan lawak hambar Yulia, memang Adam ni tak sukalah Yulia! Tapi selepas banyak kebetulan antara diorang, benci tu beransur-ansur berevolusi kepada cinta! Walaweh! 

Gaya penulisannya;
Gaya penulisan novel ni agak straight forward dan tiada basa basi yang berlebihan, anda buka novel terus baca mamat rambut wolfcut tengah main vinyl pastu rosak yang membawa anda ke setiap kejadian sebabnya walaupun saya suka perkara abstrak macam blog ni kekadang banyak simbol Matematik, saya susah baca buku yang banyak perlambangan tau! Penulis tunjukkan semua watak ada kelemahan, ada marah, ada sedih, ada kesilapan hatta watak utama dan bukannya watak ideal atau sempurna. Dan pasal pengakhiran yang agak tergantung, mungkin memadai novel ini tentang apa? 

Yang paling saya kagum, penulis juga suka buat detail yang "show don't tell" macam kepayahan Yulia sebagai pemandu e-hailing, keadaan keluarga Yulia, kesesakan psikologi Adam dan Yulia, Adam dengan kerjanya di Studio serta membayangkan Adam seorang popstar yang berlakon drama, yang pernah buat lagu pop rock. Dan penulis juga menggambarkan adegan yang atmospherical contohnya Adam pergi tasik dan healing dalam kesunyian itu, hujan, lagu-lagu yang mengambarkan suasana. Dia macam menyelami kehidupan seorang penyanyi. Ada playlist tau dalam novel ni.
Dan setiap bab ada mutiara yang bernada memujuk hati yang buatkan kita termenung sejenak dan kembali semula kepada kehidupan. Mungkinkah novel ini refleksi hidup ini? 

 
Isu-isu; 
Terdapat banyak perkara yang disentuh dalam novel ni antaranya industri hiburan yang bolehlah dikatakan agak 'plastik' yang tak boleh hidup tanpa kisah-kisah palsu daripada ibu dia untuk menaikkan dopamine pengguna yang memberi keuntungan kepada mereka. Contohnya Adam dikatakan mempunyai banyak kontroversi, dan mempunyai skandal yang menyebabkan beban mental bagi diri dia sampai masuk lokap tau. Contohnya bahagian wartawan menanyakan soalan yang panas kepada Adam, komen-komen netizen dan tanggapan kru persembahan pada dia. Disebabkan inilah Adam ni suka dengan kehidupan Yulia yang tak ambil kisah pun gosip murahan tentang artis. Dan dan Adam sebenarnya penat menyanyi kerana ini sehinggalah Yulia menggunakan jurusan Talk No Jutsu dia bahawa tak semestinya Adam kena berhenti buat benda yang dia suka semata-mata sebab tak nak jadi Laila Borhan. Dia boleh penat tapi takkan ubah minat dia pada sesuatu tu. 

Seterusnya tentang penderaan domestik, Adam ni trauma didera mak dia sejak kecil dan agak pesimis dengan ibu dan ayah dia sampailah bertemu dengan ayah dia. Dan keluarga labah-labah. Zarin persoalkan kenapa kakak-kakak diorang ni menyusahkan, ada yang jadi scammer, ada yang berhutang dengan ceti haram, yang dimana implikasi ni bebannya diletakkan pada Yulia hatta sekecil-kecil buku teks anak diorang. 
Selain itu, cerita pasal kurangnya komunikasi antara pasangan contohnya Izhar dengan Ayana yang asyik bergaduh sampaikan beri kesan kepada anak mereka, Haikal.

 Seterusnya, masalah individu macam Ibu kepada Adam iaitu, Laila Borhan yang mementingkan diri dan sanggup menjatuhkan anak kandungnya demi perhatian dan malah mengugut bapa Adam agar tidak menghubunginya. Seolah-olah hanya dirinya berhak akan kebahagiaan yang dia sendiri mungkin tak hiraukan. 

Penulis juga beri motivasi kepada pembaca-pembaca yang mungkin menghadapi konflik yang mirip macam Adam atau Yulia, yang mereka tak semestinya perlu menanggung beban akibat sekeliling mereka dan boleh melukis kisah mereka sendiri sepertimana Adam,Yulia,Zarin dan Fahmi.

Selain itu juga, novel ni pasal gadis yang tak pernah menyerah dan berdikari serta terus berlari iatu Yulia. Dia tak peduli pasal imej dan edarkan resume pada pelanggan dia. Kakak dia naikkan sewa kereta dia pergi cari kerja lain. Izhar pecat dia, dia pergi kerja menjahit. Yulia sentiasa memikirkan jalan keluar, dan dia dipaksa keadaan untuk menjadi sedemikian. Cuma disebabkan itu dia rasa diri dia tak perlu ada apa yang semua mahukan; cinta, impian. Adik dia, Zarin dan sahabatnya, Amalina serta Adam berharap Yulia mengejar dua benda tu. Bila sebut pasal lari ni teringat satu lagu pasal berlari,lari dan lari mengejar impian walaupun memenatkan dan payah demi hari esok dan jangan menyerah tapi masih akui tak selalunya mimpi tu tercapai; 





Ulasan; 

Dalam novel ni kedua-dua watak ni dinyatakan sebagai pengikut dan pelari dimana Yulia ni seorang pelari manakala Adam pulak seorang pengikut yang mana disebabkan benda ni membentuk karakter diorang yang semestinya akan ada perbezaan komunikasi yang saya yakin penulis cuba sampaikan. Contohnya Adam dibesarkan dalam keluarga yang broken, hidup dengan ibu yang mendera emosi dia daripada kecil dan pernah dikelilingi kontroversi-kontroversi palsu yang dicetuskan oleh mak dia sendiri yang menyebabkan dia jadi menyendiri dan suka "mengikut" orang hasil hidup dia yang dikawal, serta agak dingin berbeza dengan imej sebagai seorang penyanyi, apabila berlaku pertembungan perspektif dia dengan Yulia, Adam ni sinis bila Yulia utarakan pasal seorang kasih sayang Ibu sebab ibu kandung dia berbeza daripada ibu Yulia dan saya teringat ayat "Ibu juga boleh menderhaka" daripada novel (Mawaddah Ilmi ingin pulang daripada penulis yang sama)yang manifestasi dia watak Adam dan Ibu dia! 

Akan tetapi disebabkan inilah puncanya, Adam tak boleh lari daripada hidupnya yang bagi dia asyik bermasalah, begitu juga Yulia tapi Yulia ni ada sejenis coping mechanism, lawak hambar dengan penumpang dia yang memang ada proses berfikir tentang lawak contohnya lawak pasal not-ella, Adam Adwa kenapa cuma satu yang tinggal dihamburkan kepada audiens. Maksudnya Yulia ni lowkey chill girl yang takkan berhenti pun orang kutuk lawak hambar diaDalam novel ni ada watak yang bagi comic relief contohnya Amalina, Reza(dan mungkin Yulia sendiri!) 

Pada bahagian Adam bayar hutang keluarga Yulia, ini bahasa cinta yang berbeza daripada bahasa cinta yang kita faham. Apa yang kita faham kan, kenapalah si Adam ni daripada awal tak mengaku terus dengan jelas dan buat gaya-gaya hero drama Korea. Sebabnya bahasa cinta yang Adam guna apa yang kebanyakan individu terutamanya lelaki guna ditambah Adam dibesarkan dalam persekitaran toksik. Contohnya Adam tolong Yulia angkat kotak-kotak, jalan bersama ke kedai, ajak ke kedai Lego, buatkan kopi, menyanyikan lagu untuk dia masa busking dan bagi hint berkali-kali tapi Yulia tak faham sebabnya Yulia tak percaya diri dia disukai seseorang lelaki disebabkan faktor dia berdikari dan menganggap hint Adam ni "bantu" dan bila Adam akhirnya gunakan bahasa yang jelas dengan tekankan dia memang sukakan Yulia. Bukan sebab dia suka ikut orang. Bukan sebab dia keliru. 

Jadi mungkinkah sebab Yulia dah masuk sempadan paling dalam dalam diri Adam? Berdasarkan cerita mungkin ya sebabnya Yulia berjaya buatkan Adam buat redemption ark dengan kembali menyanyi dan tunjukkan siapa Adam Adwa sebenarnya serta mendefinisikan balik apa yang Adam percaya selama ini dan kehadiran Yulia kadang-kadang jadi sokongan kepada Adam contohnya sewaktu Adam tengah sesak disebabkan ibu dia. Secara tak langsung Adam dah izinkan Yulia masuk ruang yang dia larang orang lain masuk sebelum ni, menambah isi didalam ruang fikiran Adam. Then that's why Adam ni rasa Yulia ni sebahagian daripada dia! Tetapi Yulia masih melihat perbezaan mereka sesuatu yang menghalang tetapi akhirnya Yulia masih berharap dengan Adam sehingga pertemuan diorang semula. Paling penting, diorang dah mengejar impian masing-masing. Pendek kata diorang ni ibarat ;
right person, wrong time
Menariknya mungkin kak Auni tak sedar atau mungkin sedar yang beliau membawakan persoalan cinta yang menarik dimana kedua-dua individu tak perlu memadamkan identiti diorang  dan cinta tu sendiri bukan faktor penyembuhan yang bertentangan majoriti novel cinta bahawa kalau kita jumpa cinta masalah akan selesai, hero jadi baik, heroin insaf etc yang mana dalam novel ni cinta itu memberikan ruang supaya diorang sembuh sendiri sebab  dalam novel, ruang itu ada tapi sangat sempit dan diorang berdua kena selesaikan masalah untuk menyerahkan kunci ruang selamat masing-masing yang mana masalahnya adalah jurang. Kalau diorang teruskan dalam jurang itu, salah seorang harus korbankan identiti yang bertentangan sejak awal, jadi ini bercanggah dengan konsep "pasangan" yang berasaskan perkongsian hidup yang menerima kekurangan dan saling melengkapi bukannya idealisme kesempurnaan yang end up akan jadi asimetri dan toksik. Dia cari teman bukan pakar terapi. Sebab tulah novel ni agak progresif part ni.


Agaknya kalau Yulia tolak Adam untuk kali kedua dan tak berbaik dengan Izhar dan Suraya dah ada pakwe, mungkin lepas ni Adam kena bertukar genre daripada pop rock Macam Gila kepada rock ala-ala Hukum Karma daripada Wings pulak; 

Gila Darjat!(Izhar)
Gila Nama!(Laila Borhan dan netizen)
Gila Kuasa!(Ehsan)
Gila Hartaaa(Kak Lang & Kak Ngah) 
Semua Gilaaaa!

Eh taklah gurau je.

Kesimpulannya ini adalah sebuah kisah cinta yang sesuai dengan kulit bukunya; Tiada cinta sempurna tanpa hadir perasaan lain - sedih, marah dan kecewa bersamanya. 


China menuju moden : "Revolusi" Mao

 

Bahagian 1 : Siri "Revolusi" Mao

Selepas kegagalan polisi Lonjakan Besar Ke Hadapan, pengaruh Mao dalam keputusan kerajaan mulai dikurangkan dan Mao kekal sebagai Pemimpin tertinggi Parti Komunis China. Gagalnya polisi ini akibat daripada ketakutan masyarakat sehingga memalsukan laporan dan ilmuwan jarang bersuara ekoran Mao sentiasa menganggap kritikan adalah kontra revolusi yang menjadi punca propaganda tentang kejayaan lebih penting daripada keberhasilan polisi tersebut. Kritikan terhadap Mao adalah sesuatu yang cukup berbahaya dan ramai pemimpin yang dihukum dan diasingkan kerana mengkritik yang juga mengurangkan legitimasi Mao pada kuasa tertinggi China.

Sekilas kuasa..

Sebaik sahaja Republik China ditubuhkan pada 1911 selepas Dinasti Qing runtuh, yang menandakan berakhirnya dinasti ribuan tahun di tanah China yang kemudiannya Sun Yat Sen, pengasas Kuomintang dilantik menjadi Presiden pertama. Parti Komunis China kemudiannya ditubuhkan di Jiaxing 1921 oleh sekumpulan intelektual daripada 13 pendiri. Penubuhan Parti ini sendiri diinspirasikan Revolusi Bolshevik 1917 yang melahirkan Kesatuan Soviet. Memandangkan Sun Yat Sen membenarkan ahli Parti Komunis menyertai Kuomintang serta bekerjasama Komintern, mereka menggunakan kelebihan ini untuk menarik lebih ramai ahli baru. Namun Chiang Kai-shek cukup curiga dengan Parti Komunis serta pengaruhnya dalam tentera dan KMT yang akhirnya membawa Peristiwa 12 April 1927 apabila ahli-ahli Parti Komunis ditangkap, dibunuh dan ada yang melarikan diri, KMT menggunakan keganasan untuk menyingkirkan lawan politik. Parti Komunis kemudiannya mencuba di desa-desa dimana pemimpin seperti Mao merekrut kader dan menjadikan masyarakat petani sebagai aset parti. Penduduk desa tertarik pada PKC juga disumbangkan kebencian terhadap KMT yang menindas rakyat. KMT kemudiannya mengepung Parti Komunis China di Jiangxi untuk menghapuskan markas PKC, yang mana Mao mengerakkan anggota PKC(perarakan yang panjang) untuk mencari markas baru yang dimana ketika inilah permulaan kebangkitan Mao. Namun, perjalanan yang melalui kawasan pergunungan yang sukar dengan cuaca yang ekstrem yang mengakibatkan ramai anggota PKC mati sehingga mereka sampai ke Shaanxi yang mendirikan markas yang bertahan hingga kemenangan 1949 yang membawa pengusiran KMT  serta jutaan pegawai dan tentera ke Taiwan.


Walaupun kemenangan Parti Komunis China dianggap Revolusi, namun masih pegawai dan professional era KMT masih wujud dengan syarat harus menumpahkan kesetiaan pada PKC. Mao yang kini menjadi pemimpin tertinggi Republik Rakyat China, menyedari bahawa negaranya lemah dan hancur akibat peperangan, masyarakat yang miskin serta kelaparan di banyak daerah. Mao memusatkan pemerintahan Parti Komunis, mendirikan persatuan untuk melibatkan kelompok sosial lain dan mula melihat Soviet sebagai model yang sesuai walaupun China masih lagi berasaskan pertanian berbanding di Soviet. Dan mula mengadakan perjanjian dengan USSR pada 1950. Tetapi Mao mahu China menjadi sebuah negara yang kuat dengan landasan idea yang dibawanya; perjuangan kelas yang kemudiannya menjadi banyak punca kegagalannya. Untuk membina sebuah negara yang kuat, Mao menstabilkan politik dengan menyebarkan sebanyak propaganda pro pemerintahan bagi mengukuhkan legitimasi kekuasaan dan mendiamkan pengkritik yang boleh memudarkan legitimasi kuasa. Dia terinspirasi daripada industrialisasi Stalin dengan pembangunan kilang di kota yang mana Mao mula mengadaptasi dengan situasi desa di China dengan polisi seperti Lonjakan Besar Ke Hadapan dengan menginginkan hasil yang diimpikan dan mulai menganggu rantaian makanan dengan menghapuskan Burung Pipit,Tikus,Lalat dan Nyamuk yang mengakibatkan tanaman rosak akibat serangga tetapi laporan pengeluaran mirip di USSR apabila dipalsukan oleh pegawai. Laporan palsu tetapi kebuluran yang sangat teruk berlaku, rakyat tidak dibenarkan menyimpan makanan serta bergerak yang mengakibatkan kematian jutaan orang yang naratif dipegang adalah faktor cuaca yang merosakkan polisi ini yang digunakan oleh penyokong Mao yang sebenarnya bukan salah satu faktornya, menarik beberapa tahun yang lepas laporan kematian akibat polisi ini akhirnya diterbitkan di China tetapi untuk orang dalaman Parti Komunis sahaja. Pemimpin yang mengkritik keras seperti Peng Dehuai dipecat. Menariknya, Mao sebenarnya tahu dan terdapat pegawai yang melaporkan tentang kebuluran yang dahsyat tetapi Mao memilih untuk meneruskan eksport makanan kerana kematian dan kebuluran pengorbanan yang harus dihadapi untuk mewujudkan sebuah utopia ditambah faktor cuaca.

 Kritikan Nikita Khrushchev pada Stalin(Khrushchev ini anak emas Stalin masih hidup) yang cukup keras dan mengumumkannya sebagai diktaktor menyebabkan Mao mulai memikirkan adakah dirinya berada pada nasib yang sama?Pada awalnya, Mao Zedong mengajak masyarakat untuk memberikan idea dan mengkritik menerusi kempen Ratusan Bunga tetapi kritikan daripada intelektual yang mengkritiknya sukar diterima hingga kempen Anti Rightist dimulakan dengan menyingkirkan intelektual,ahli akademik, wartawan yang kontra dengan pendapatnya dan melabelkan sesiapa sahaja yang berbeza sebagai musuh, memanipulasi idealisme orang muda untuk menghapuskan musuh. Sesiapa sahaja, baik sekutu didapati mengkritik akan dihukum. Mao cepat koyak ke?

Selepas kegagalan polisi, Mao mengundurkan daripada urusan pentadbiran harian yang diserahkan kepada Liu Shaoqi dan Deng Xiaoping yang merupakan pemimpin pragmatik yang tugasnya memulihkan ekonomi. Kebangkitan sokongan masyarakat terhadap golongan pragmatik berlaku selepas Mao didapati “salah” malah pada persidangan 7000 kader 1962, Liu Shaoqi menyebut 

70% bencana akibat tindakan manusia, bukannya alam

 Dalam persidangan ini banyak membicarakan tentang reformasi ekonomi, ramai pemimpin mula mengorak langkah pragmatisme. Mao mula melihat ini sebagai serangan terhadap dirinya, dan memandangkan dirinya dan ideanya sudah tidak relevan yang akibat dipudarkan kelompok pragmatik, Mao mula mengerakkan pergerakan pendidikan sosialis seluruh negara untuk membersihkan parti, menghalang revisionism yang kian meningkat serta menyatakan bahawa musuh juga berada didalam Parti Komunis,yang pada 1966 bermulanya Revolusi Kebudayaan yang menghapuskan elemen kapitalis dan tradisional dalam masyarakat. Sebelum itu, terdapat sebuah pementasan drama yang membuatkan Mao merasakan itu adalah serangan terhadap dirinya iatu Hai Rui Dilucutkan Jawatan 海瑞罢官 yang mana kisahnya tentang Hai Rui di latar masa dinasti Ming yang dilucutkan jawatan kerana mengkritik Maharaja dan bercakap benar yang mana masyarakat mulai menafsirkan Hai Rui sebagai Peng Dehuai dan Maharaja sebagai Mao Zedong. Mao melalui isterinya, Jiang Qing dan penulis, Yao Wenyuan mula menyerang drama ini sebagai serangan politik. Kritikan Nikita Krushchev yang keras terhadap Stalin menyebabkan Mao mulai memikirkan tentang dirinya dan kejutan mungkinkah jika dia meninggal, orang disekelilingnya akan menghapuskan jejaknya? Kultus personaliti Mao memang dilahirkan atas kekagumannya terhadap diri sendiri yang sentiasa “betul”.

Pada 16 Mei 1966, Notis dikeluarkan pada akhbar People Daily oleh Politburo Parti Komunis China menyeru massa untuk menghapuskan elemen-elemen borjuis dan tradisional dan membenarkan keganasan kerana elit borjuis juga wujud pada parti. Mao melalui Jiang Qing mula menggerakkan pelajar.

 Pada Ogos 1966, bermulanya revolusi budaya apabila gerakan massa bermula apabila Red Guards terbentuk dan berhimpun di Tiananmen yang Mao juga turun ke khayalak ramai dan beritahu golongan muda ni untuk hapuskan 4 perkara lama;

  • Idea lama

  • Budaya lama

  • Tabiat lama

  • Adat lama

Keempat-empat ini kemudiannya diimplementasikan dalam keganasan memandangkan Mao menganggap keganasan itu perlu dan betul, dengan membakar buku, menyerang professor mengajar cara lama,serang kedai tradisional,larang perayaan tradisional, yang juga menyerang pemimpin seperti Liu Shaoqi dan Deng Xiaoping serta keluarga mereka. Anak lelaki sulung Deng Xiaoping juga mengalami kecederaan yang teruk. Ini adalah serangan Mao pada parti. Chen Boda, antara penulis sebenar Buku Merah Kecil dan kebanyakan karya atas nama Mao, juga dihukum walaupun dirinya yang mencipta watak Mao Zedong sebagai "intelektual" dan "genius" dengan karya teori dan risalah seperti On Practice dan On Contradiction, kedua-dua karya ini adalah justifikasi dan legitimasi kuasa Mao yang penulisannya bukan daripada Mao tetapi pasukan propaganda dan Chen Boda. Mao menyedari kuasa yang dimiliki Chen Boda kerana Chen Boda lah yang mencipta dirinya, dan semestinya Chen Boda boleh menggunakan watak tersebut untuk tujuan yang lain, tambahan dirinya rapat dengan Lin Biao yang diisytihar pengkhianat negara walaupun ditunjuk sebagai pengganti Mao yang mana Mao sendiri tidak suka dengan idea "pengganti". Chen Boda dipecat dan namanya hampir lenyap.

Patung-patung sejarah dimusnahkan, ada yang dirosakkan. Hukuman “rakyat” seperti menampar,menendang dan menumbuk serta memalukan dikhalayak ramai. Revolusi ini memberi kesan yang teruk apabila ekonomi terjejas. Red Guards ini dilindungi Mao secara politik. Ini dianggap serangan Mao terhadap Partinya sendiri dengan menggunakan massa. Mao bangkit semula sebagai pemimpin tertinggi, Liu Shaoqi ditahan, Deng Xiaoping dipecat dan dihantar ke kilang untuk “belajar bergaul dengan rakyat”. Walaubagaimanapun, kekacauan semakin teruk bahkan sekutu Mao juga diserang. Tahukah anda ayah Xi Jinping adalah mangsa Revolusi Kebudayaan ini dan Xi sendiri menghadapi masa remaja yang sukar dimana keluarganya dipulaukan dan dimalukan. Apa yang tinggal di sekeliling Mao adalah Yes Man dan pengikut tanpa soal.  Mao kemudiannya menerusi Tentera untuk memulihkan dan mengawal suasana. Red Guards mula dibubarkan dan dihantar ke desa.


Mao menerusi kumpulan propagandis iaitu 4 Serangkai mengawal budaya,media dan serangan politik. Deng yang kini diasingkan cuba kembali, namun dihalang dan hanya dibenarkan berkuasa pad 1973 secara terhad sebagai timbalan perdana menteri sehinggalah Mao meninggal dunia pada 1976 dan Hua Guofeng menggantikan Mao, 4 Serangkai masih mengawal politik dan media dengan mengkritik Hua dan sekutu lama Mao. Dalam diam, Hua Guofeng dan Wang Dongxing (ketua pengawal Mao) merancang agar 4 serangkai tidak boleh melarikan diri yang sebulan kemudian pada Oktober 1976, 4 serangkai ditangkap dan dihukum.

4 Serangkai terdiri daripada;

  • Jiang Qing, isteri Mao

  • Yao Wenyuan,penulis

  • Zhang Chunqiao, penulis politik

  • Wang Hongwen,

Deng, yang kembali secara terhad pada 1973 dan menguruskan pentadbiran ekonomi sejak 1975 kemudiannya dilantik penuh sebagai Pemimpin Parti dan Pemimpin De Facto Republik Rakyat China. Deng sendiri cukup merasakan dikhianati oleh Mao selepas dirinya dihukum oleh Mao dan cukup emosional dengan Revolusi Kebudayaan selepas setia 40 tahun pada Mao. Dirinya banyak belajar daripada lawatan ke Amerika Syarikat dan Singapura dan kini mempunyai satu tugas: memodenkan China selepas menyedari China cukup tertinggal dan merupakan antara negara termiskin di dunia.

Pemodenan China bermula daripada pelbagai fasa dan menariknya Deng kerapkali menyebutkan tentang kemajuan Sains dan Teknologi. Sekolah dan Universiti dibuka kembali,dan memulakan dasar pragmatik yang berbeza daripada pendekatan Mao yang mana kini Deng mengkritik kesilapan Mao.

Reformasi ekonomi fokus pada pertanian,perdagangan dan perindustrian dimana sektor seperti pertanian, perindustrian, pendidikan, pertahanan serta Sains dan Teknologi menjadi fokus pembangunan.

Institusi pendidikan tinggi dibangunkan, manakala pelaburan asing dibenarkan dan Zon istimewa ekonomi diwujudkan serta politik mulai distabilkan yang mengakhiri polisi isolasi (Mao sebelumnya mula menjalinkan hubungan dengan Amerika Syarikat menerusi lawatan diplomatik Henry Kissinger ke negara itu) . Deng pernah melawat Wall Street dan model yang serupa diadaptasi ke China, Shenzhen yang asalnya sebuah perkampungan kini merupakan Silicon Valley China yang melahirkan banyak syarikat dan firma swasta, hartawan yang sangat bertentangan dengan idea Mao Zedong. Malah pada persidangan 1981, Parti Komunis menyebut Mao Zedong betul sebelum 1957 dan banyak melakukan kesilapan selepas tahun tersebut dan versi yang ini ditulis dan disemak berulang oleh Deng dan mungkin mengandungi kritikan yang cukup keras dan tajam pada legasi yang ditinggalkan Mao Zedong dan mungkin mempersoalkan sendiri legitimasi Parti Komunis China untuk berkuasa. Parti Komunis China mula menjenamakan China sebagai Sosialisme dengan Perwatakan Cina sebagai penjenamaan baru memandangkan ahli politik Parti Komunis China juga ahli politik yang tidak mahu kehilangan kuasa, dan menolak Mao sama seperti menolak keseluruhan Parti Komunis China yang mana hari ini, Mao Zedong hanyalah dianggap ritual oleh Parti dan idea-idea serta polisinya ditolak oleh kepimpinan dan realiti di China hari ini bahkan Xi Jinping yang lahir sebagai produk trauma dari Revolusi Budaya memilih bukan pergerakan massa melainkan sistematik untuk menyingkirkan lawan dalam parti. Walaubagaimanapun, reformasi Deng hanyalah reformasi ekonomi dan kejadian Tiananmen 1989 menyebabkan pemimpin seperti Zhao Ziyang yang bersedia untuk perubahan dan dialog dihukum dan dilarang bersuara sehingga mati. 

Semuanya tentang kuasa. Rejim demi rejim mengajarkan ramai pemimpin di China bahkan Xi bahawa pemimpin yang baik sentiasa disingkirkan dan pemimpin yang zalim kekal berkuasa baik era Dinasti Qing, Kuomintang hinggalah Komunis dan tekanan adalah alat menstabilkan lawan.


Bersambung di bahagian 2 :  Fasa Pembangunan.

KOMA oleh thefnlini - Ulasan

Percuma Penanda buku dan Poskad 

 

Saya mengikuti penulisan KOMA dari era Wattpad sejak beberapa tahun lalu dan cukup tertarik dengan cerita yang segar dan dystopia yang tersendiri. Saya kurang pasti sama ada thefnlini sedar atau tidak bahawa semua premis yang terjadi didalam novel beliau benar-benar wujud didalam dunia nyata dan beberapa adegan didalam novel cukup membuatkan penulis sedih. Khabarnya ini adalah penulisan pertama thefnlini yang asalnya bermula daripada cerpen sebelum berkembang kepada sebuah novel. Tahniah! 

Novel ini mengisahkan seorang remaja lepasan SPM, Ayman yang berada di realiti yang berbeza selepas dia ni mengalami kemalangan kemudiannya menyedari realiti yang berlaku cukup menakutkan apabila Islam telah mati, sesuatu yang Ayman tak boleh cerna bila dihidangkan arak, pergaulan bebas macam tiada larangan. Bukan kerana umatnya tidak ada tetapi disebabkan penindasan rejim yang memaksa umat Islam berdiam, ini skrip yang menakutkan tetapi skrip yang wujud di dunia sebenar. Hampir kesemua pemerintahan kuku besi melarang unsur yang boleh membebaskan masyarakat daripada kawalan mereka.

Ayman ini masih muda dan tidak membiarkan keadaan disitu sebegitu saja dan kemudiannya mencuba menghidupkan dakwah dengan mengajak rakan-rakannya sekali. Dalam keadaan masyarakat tersebut, cukup sukar dan memandangkan elemen Islam adalah sesuatu yang dilarang di Merizia maka Ayman bersama rakan-rakannya sudah membawa elemen yang dianggap berbahaya atau mungkin label 'musuh negara' ataupun 'pengkhianat', yang secara logiknya kerana meruntuhkan kuasa yang dimiliki pemerintahan kuku besi Merizia. Apa yang Ayman dakwah? Tunduk kepada Pencipta. Kenapa pemerintahan Merizia melarang aktiviti sebegini? Kerana Merizia bimbang seandainya rakyatnya menyedari bahawa mereka sebenarnya sedang diperhambakan oleh manusia yang cuba menjadi Tuhan. Berita tentang kebebasan menakutkan pemerintahan Merizia.

Menariknya, Ayman bermula dengan mengedarkan risalah-risalah yang menyebabkan mereka dipandang aneh oleh masyarakat Merizia. Mungkin pemerintah Merizia menghanyutkan dengan hiburan,arak, budaya bebas agar didalam hati mereka tak terfikir pun kezaliman.

Daripada pengkhianatan akibat janji palsu hinggalah tindakan sekumpulan remaja ini membawa 80% rakyat Merizia yang hidup dalam ketakutan keluar daripada ketakutan itu sekaligus mengadakan pemberontakan, ini sebuah revolusi. Dan elemen fizik spekulatif yang menarik disebutkan didalam ini selain tanda tanya tentang dimensi dihujung novel. Inilah novel yang segar!

Sangat banyak elemen yang menarik, misalnya pergerakan dakwah yang dibawa Ayman menentang ideologi yang digunakan pemerintah Merizia untuk kekal berkuasa, dan ini mengancam kedudukan dan kuasa mereka. Mereka meletakkan Allah SWT sebagai paling tinggi yang menjadikan penyeksaan, ketakutan kepada manusia hanyalah biasa, kerana mereka sudah 'bebas' daripada penghambaan makhluk dan inilah yang paling berbahaya bagi semua rejim berkuasa didunia. Tidak ada apa yang mampu menghentikan mereka. 

Kemudiannya pengkhianatan rakan Ayman kerana terpedaya dengan janji pemerintah Merizia. Yang kemudiannya rakan yang lain menyedarkan dusta yang dia percaya tetapi mengorbankan banyak perkara demi sebuah dusta. Ada adegan yang cukup powerful iaitu ketika Luth menyedari dia dah terpedaya dengan dunia yang penuh penipuan bahawa adiknya boleh dihidupkan namun Luth telah terpedaya bahawa dunia ini kekal.

Dan kebangkitan rakyat Merizia ini adalah sesuatu menarik apabila mereka diinspirasikan sekumpulan remaja, mereka juga berjaya dibebaskan daripada ketakutan terhadap manusia yang bersembunyi dibelakang tentera dan menggunakan kuku besi untuk menutup suara-suara melawan yang kemudiannya membawa kepada Perang Mujahidin yang membungkam umat Islam sebelum dibebaskan dan melawan diktaktor. Dalam kehidupan seharian kita, kita kena menegur apa yang salah dalam negara walaupun pahit. 


Dunia dimana maksiat bermaharajalela dan kemungkinan yang cukup menakutkan didalam novel ini membawa mesej ketika mana umat Islam berdiam diri maka kesannya cukup menakutkan. Secara logiknya setiap tindakan membawa kepada akibat, ini wujud dalam semua perkara hatta kehidupan seharian bahkan elektronik, fizik ataupun kejuruteraan menerusi sistem dinamik.

Kesimpulannya, novel ini membawakan persoalan yang menarik. Seandainya dunia kejam dan tetapi dimana suara yang menentang kezaliman? Adakah kita akan membiarkan kezaliman yang berlaku? Sekecil tindakan juga adalah dakwah! 

Dendam dan benci,Prof Abullah,Dr Roosevelt,senjata pembunuhan besar-besaran

 

all images are for education and promotion purpose,all material used are copyright to respectful owner

Pluto merupakan sebuah karya pelukis genre misteri yang terkenal iatu Naoki Urasawa yang mengambil inspirasi daripada manga terkenal,Astroboy yang diceritakan dalam imaginasi yang baharu yang lebih serius,tragis,gelap dan misterius. Latar cerita berlaku didunia antara manusia yang hidup seiring dengan robot yang sangat canggih dan menjangkau kepintaran manusia. Dalam astroboy,tentang robot kanak-kanak yang menyelamatkan dunia,begitu juga dalam Pluto cumanya lebih kompleks dan lebih mendalami.


Selepas beberapa lama tamat Perang Asia Tengah 39 tamat,akhirnya dunia berada dalam keamanan dimana dunia dimana manusia hidup dengan robot. Super robot atau senjata pemusnah yang merupakan veteran perang dalam perang tersebut kembali seperti orang biasa dan kebanyakannya tidak mahu adanya peperangan lagi. Namun, entah kenapa peristiwa kejatuhan kerajaan Parsi dalam anime ini sangat mirip dengan peristiwa sebenarnya iatu kejatuhan Iraq diatas senjata pembunuhan besar-besaran.

Dalam anime ini Pluto merupakan pembunuh robot canggih yang memburu kesemua robot canggih. Pada awalnya kita menyangka ini disebabkan Pluto yang mahu menyebabkan manusia dan robot bermusuhan antara satu sama lain. Namun,Pluto hanyalah bayangan dan disebaliknya seorang yang penuh dengan dendam dan benci,iatu Profesor Abullah,saintis daripada negara yang sudah jatuh, Parsi. Dan seorang lagi yang entah kenapa mirip dengan seorang yang terkenal dengan tangan yang berdarah.

Akibat undang-undang PBB melarang penghasilan senjata pembunuhan besar-besaran, Presiden Thracia menuduh kerajaan Parsi menghasilkan robot pemusnah secara besar-besaran yang menyebabkan berlakunya Perang Asia Tengah 39. Di Parsi sendiri dipimpin diktator kayu Darius XIV (ya,mirip dengan Saddam Hussein) yang menzalimi rakyatnya dan senjata pembunuhan besar-besaran yang dikatakan Presiden Thracia tidak wujud melainkan projek Bora,projek menukarkan padang pasir yang tandus kepada kawasan hijau. Projek ini dimulakan Prof Abullah yang merupakan ketua di Kementerian Sains Parsi.

Selepas Perang Asia Tengah 39,Parsi menjadi wilayah yang sangat teruk, ramai kanak-kanak, manusia,robot yang tidak bersalah terbunuh. Kematian keluarga yang tragis,dan negara yang hancur akibat Presiden Thracia yang dimanipulasi mengakibatkan Prof Abullah penuh dengan dendam keatas 7 robot canggih,juga Thracia yang menghancurkan segalanya dan kebencian yang menguasai ini mengakibatkan Prof Abullah membangkitkan Goji yang merupakan watak jahat sebenar. Goji hanya terlihat seperti Prof Abullah.
Prof Abullah meratapi kematian Murat,anaknya



Impak dari "senjata pembunuhan besar-besaran" ini mengakibatkan seluruh Parsi hancur dan ramai orang yang tidak bersalah. Namun kebencian selalu membawa kepada dendam dan dendam sekali lagi melahirkan kebencian. Presiden Thracia rupanya mempunyai penasihat yang manipulatif dan sangat membenci manusia, iatu Dr Roosevelt, atas nasihat Roosevelt, berlakunya peperangan yang mengorbankan banyak nyawa di Parsi.
Roosevelt kepada Presiden Thracia

Roosevelt hanyalah robot dengan kecerdasan buatan yang tinggi dalam rupa sebuah beruang teddy bear yang tidak dapat bergerak. Dr Roosevelt menasihati Presiden Thracia agar menghentikan "senjata pembunuhan besar-besaran",menyokong Abullah dan robot ini tidak mempunyai masa lalu yang tragis melainkan dengan kebencian yang jelas terhadap manusia. 
Kesemua robot akhirnya mati kecuali Atom yang mengimpikan dunia baru dengan keamanan.

Di alam realiti, Parsi dalam anime ini mirip dengan Iraq ketika pemerintahan Saddam Hussein dan Darius XIV sangat mirip dengan Saddam Hussein serta adegan yang sangat tragis dimana seorang bapa berada dalam rumah dimana anaknya mati akibat dibom. 
Demi sebuah 'keadilan'


Ini mengingatkan kita pada ucapan Bush ,bahawa demokrasi, kebebasan, keadilan buat rakyat Iraq kini hanyalah sebuah ilusi. Roosevelt,penasihat presiden Thracia tidak lain mirip Henry Kissinger yang membunuh ramai manusia tak bersalah.

Bezanya saintis sehebat Prof Abullah didunia nyata belum wujud. Dalam kitaran keganasan tanpa henti dari benci kepada dendam.