Jika Hang Jebat pejuang rakyat, kenapa dia membunuh rakyat?

Hang Tuah dikatakan penyembah raja akibat kesetiaan tak berbelah bagi terhadap raja dan Hang Jebat pula penderhaka yang membela rakyat. Tetapi..

Hang Tuah setia dek kerana dia sedar kestabilan Melaka lebih penting dan adakah kerana dia seorang, sebuah negara harus dikorbankan? Kelompok Hang Jebat hanya melihat dari dirinya seorang, jika Sultan dibunuh, siapa yang memimpin Melaka? Huru-hara Melaka. Memang Hang Tuah setia pada apa saja titah Sultan meskipun harus melakukan sesuatu yang salah. Itu kontranya. Adakah satu Kesultanan Melaka harus menerima akibatnya?

Dan Hang Jebat yang sering dicap sebagai pejuang rakyat selepas mengamuk tiba-tiba membunuh ramai orang tidak bersalah. Itukah pejuang rakyat? Ini pelik. Hang Jebat marah pada Sultan dan Tuah kenapa rakyat Melaka dijadikan korban? Sesetengah golongan suka menggunakan Hang Jebat selaku simbolik penentangan, yang jelas semuanya berorientasikan dirinya sendiri hingga bermukah dengan Dayang Istana dan membunuh rakyat Melaka yang tidak ada kena mengena. Pejuang rakyat???

Ulasan