22 Julai 1963 bukan tarikh kemerdekaan Sarawak


Ya setiap tahun ada je komen yang bercampur dengan retorik kenegerian sempit. Yang penting menyimpang, tak kisahlah kau Sarawakian paling patriotik orang lain pengkhianat, ini penjelasan paling ringkas (yang penting bersumberkan fakta bukan retorik murahan!) 


22 Julai bukan Hari Kemerdekaan melainkan tarikh pembentukan kabinet sebab Gabenor British masih ada. Tapi si penulis ni jawab balik "kira merdekalah" tu nampak tak dia tak peduli pun? Tunku Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada 9 Ogos 1955. Jadi ikut logik penulis sepatutnya Persekutuan Tanah Melayu merdeka 9 Ogos atau 1 Ogos bila pembentukan Kabinet Tanah Melayu pertama. 31 Ogos 1957 atau 5 Safar. Dua Sarjana Sejarah iaitu Michael Leigh dan Sanib Said mengatakan bahawa itu tarikh berkerajaan sendiri dan bukan tarikh kemerdekaan. 

Menurut Michael Leigh;
Sadly, that myth is quite untrue, as the British Governor remained in absolute control through until August 31, 1963, after which he agreed to accept the advice of Sarawak’s new Chief Minister on all state matters, whilst continuing to exercise authority on federal matters until September 15, when he departed.

Merdekakah ketika orang asing masih mempunyai autoriti? 

Menurut Sanib Said pula;

22 Julai merupakan bermulanya proses ke arah kemerdekaan. Kita mencapai kemerdekaan daripada British hanya untuk beberapa jam pada 15 September 1963, apabila gabenor kolonial Sir Alexander Waddell berlepas ke Britain.

Keesokan harinya, Datuk Abang Openg Sapiee diisytiharkan sebagai gabenor dan pada masa sama, kita membentuk Malaysia dan kemerdekaan kita diteruskan. Adalah pada 16 September Sarawak mencapai kemerdekaan di Malaysia. 

 


Tambahan tarikh kemerdekaan memang dirancang satu tarikh iatu 31 Ogos tetapi masalahnya ketika itu Sarawak menghadapi ancaman Komunis.

Dalam naratif rasmi, 22 Julai 1963 bukan tarikh kemerdekaan Sarawak melainkan dirujuk Hari Sarawak bukannya Hari Kemerdekaan Sarawak. Sebabnya? Bekas Penasihat Legislatif Negeri, JC Fong menyebut 22 Julai bukan tarikh kemerdekaan Sarawak melainkan pada Hari Malaysia dan mengatakan gazet yang ditandatangani oleh mantan Ketua Menteri ketika itu 'wrongly prepared ' hinggalah pelbagai pemimpin menggesa agar dipinda. 

Tapi kenapa benda ni acapkali jadi isu. Retorik. Retorik memancing emosi, rasa kebersamaan, rasa bangga, rujuk kenyataan Peter John Jaban, Lina Soo. Diorang peduli apa sarjana Sejarah perjelaskan macam mana pun. Yang penting sesuai dengan tekak regionalism. Bukan diorang je, ahli politik memang mengambil peluang kekeliruan ni untuk kepentingan politik diorang. 

"Jangan kita butak sejarah agik" katanya. Ironi sungguh.

Bukan tuah dan menang : Mesin Claw

     Mesin Claw mengguna sistem yang cukup rigid, setiap pemainnya percaya untuk mendapatkan hadiah daripada Mesin Claw adalah daripada menggunakan cara yang betul ataupun bergantung kepada tuah. Itu adalah tanggapan yang cukup ramai mempercayainya hingga menghabiskan banyak wang untuk mendapatkan hadiah baik daripada jam tangan, plushie dan banyak lagi. Mesin Claw sendiri adalah aplikasi mekatronik. Mesin Claw juga difatwakan haram dan disini penjelasan ringkas mengapakah "tuah" sebenarnya tidak wujud dalam Mesin Claw sebaliknya penipuan halus.

Mesin Claw mempunyai tiga motor posisi iatu X,Y dan Z serta setiap grip mempunyai jumlah voltan kuasa yang berbeza berdasarkan jumlah syiling ataupun jumlah permainan yang ditetapkan. Setiap jumlah masa, jumlah token minimum boleh ditetapkan oleh operator yang boleh dilihat sendiri pada buku manual pembelian Mesin Claw. Misalnya seperti gambar dibawah; 

Andaikan setiap token berharga RM 2 Katakan operator menetapkan 12 token adalah jumlah payout maka RM 2 X 12 menyebabkan pengguna harus mengeluarkan RM 24 untuk mungkin "hadiah" yang jauh lebih murah daripada RM 24. Apabila jumlah token mencapai 12 token maka voltan yang tinggi akan dibekalkan kepada grip(cengkaman yang kuat), berbeza dengan hadiah yang tiba-tiba jatuh jika anda cuma memasukkan kurang dari token yang ditetapkan maka voltan yang rendah dibekalkan(grip tak cukup kuat untuk mencengkam hadiah). Cukup rigid. Sesetengah mesin Claw membolehkan operator menetapkan kebarangkalian.

Pengguna beranggapan Mesin Claw berdasarkan tuah dan kemahiran sedangkan semuanya sudah diprogramkan sejak awal dan berharap dengan memasukkan lagi dan lagi duit membolehkan mereka menang.


Pilihlah buku kanak-kanak yang tepat!


Ketika menyusun buku kanak-kanak, terdapat perkara yang menarik untuk dikongsikan. Seawal usia kanak-kanak dan remaja lagi harus direnungkan ke arah pembangunan seseorang daripada bahkan hal sekecil buku apa yang dibaca. Umur kanak-kanak mempunyai neuroplasticity yang tinggi, di mana otak mereka cukup responsif dan menyerap apa sahaja daripada sekeliling, misalnya terhadap visual dan naratif daripada buku, kartun. Sukar untuk menjelaskan bahawa kartun, buku, mainan tidak mempengaruhi siapa diri mereka kerana bahagian seperti amygdala(emosi) dan hippocampus (memori jangka panjang) juga aktif, daripada ini untuk kes saya masih mengingati kisah-kisah teladan yang saya baca ketika berusia 8 tahun. Kanak-kanak boleh meniru percakapan ibu bapa yang baik atau sebaliknya. Kanak-kanak yang terdedah kepada cerita yang dipenuhi nilai moral akan membangunkan laluan nilai antara prefrontal cortex (logik)dan insula(empati) yang mana ini akan menjadi 'GPS' atau kompas awal kanak-kanak tersebut dalam kehidupan tanpa mereka sedar. Ya, anda harus memberitahu dan meletakkan sempadan bahawa benar dan salah itu wujud kerana kanak-kanak dicorakkan ibubapanya.

Meningkat umur remaja, fasa dimana zaman pencarian identiti seseorang, remaja akan membawa kembali rangka zaman kanak-kanak mereka dalam membuat keputusan. Misalnya tadi disebutkan sempadan bahawa benar dan salah itu wujud akan kembali dipersoalkan ketika usia remaja mahupun dewasa kecuali anda telah menyediakan panduan bahawa baik dan benar tetap wujud walaupun dicampuradukkan dan meskipun yang salah lebih banyak daripada yang benar. Macam pernah dengar? Kekeliruan dan pencarian jawapan di zaman remaja memerlukan panduan yang mirip seperti mana zaman kanak-kanak, mereka mengetahui yang benar dan salah daripada cerita dan visual.
Meningkat remaja juga, apa-apa yang dihadam baik daripada media sosial, pergaulan dan novel mempengaruhi siapa mereka, kesemuanya melalui proses kognisi dan daripada proses kognisi terbentuknya persepsi yang terhasil daripada hubungan-hubungan maklumat sebelumnya. Misalnya kita melihat gunung, bacaan sebelumnya mendapati bahawa gunung terbentuk daripada proses lipatan daripada aktiviti tektonik di masa lalu. 

Ini seringkali dipandang enteng oleh ibubapa mahupun pihak berkepentingan, persekitaran membentuk seseorang, sekeliling memberi impak kepada seseorang daripada makanan, aktiviti harian dan apa yang dihadam. 

Untuk senario dunia nyata, penerbitan seperti ThePatriots adalah penerbitan yang membina persekitaran ini, kerana kita kini mempunyai penerbitan pop ilmiah yang melahirkan masyarakat yang mencintai ilmu (dan saya seorang daripadanya!) tetapi bagaimana dengan buku kanak-kanak? Adakah anda mahu membeli buku dibawah sebagaimana buku kanak-kanak ini memberikan identiti kepada Johan Liebert mahupun buku seterusnya yang membentuk Mark Chapman? 

Menariknya di Malaysia selain buku-buku penuh nilai Islami serta animasi berkembang pesat seperti Alif dan Sofia, Omar dan Hana, serta banyak lagi menggantikan animasi luar yang dahulunya membentuk generasi ketika ini. 

Sepertimana Parameswara yang berpandangan jauh dan futuris, adakah kita harus mula berfikir di masa depan dengan persekitaran lani ? Kita harus bermula dari sekarang.

Soalan ini menimbulkan banyak persoalan

 "Kenapa orang Jerman berdiam ketika orang sekeliling mereka (Yahudi) dibunuh sedangkan yang dibunuh itu orang yang tak berdosa"? Soalan ini menimbulkan banyak persoalan, dan teori yang akan dikumpulkan dibawah. 


Ahli teologi, Dietrich Bonhoeffer yang menentang rejim N@zi ketika dipenjarakan berteori bahawa;


Kebodohan bukanlah kekurangan daya intelek melainkan kekurangan kebebasan mental. Ini kerana waktu tu penyokong rejim adalah golongan bijak pandai, bahkan Saintis N@zi merupakan antara yang keterhadapan ketika itu tetapi percaya kepada doktrin . Beliau juga mengatakan bahawa kebodohan lebih berbahaya daripada kejahatan sebab orang yang bodoh tak boleh dihadapkan dengan fakta atau logik melainkan dimanipulasi dengan pemikiran. Alamak bunyi dah macam mencarut, selain itu terdapat eksperimen seperti eksperimen Stanford dimana simulasi penjara dilakukan dan lama kelamaan penjaga beransur-ansur menjadi 'jahat' dengan mengejek tahanan, tak benarkan ke tandas hingga eksperimen ini dihentikan. Kesimpulan eksperimen ini agak menakutkan bahawa; orang yang baik boleh menjadi jahat.



Sementara eksperimen sosial yang dilakukan guru sejarah, Ron Jones lebih menarik kerana mensimulasikan sendiri doktrinisasi tanpa disedari, budak yang banyak soal akan dihukum ke perpustakaan dan selang seminggu, pelajar-pelajar tersebut akhirnya menyedari bahawa mereka tidak bebas daripada propaganda dan kenyataan Ron Jones pada mereka seakan-akan menyedarkan diri mereka(beliau menayangkan bagaimana orang-orang tidak bersalah dibunuh) dan budak-budak tu pun auto insaf.




[email protected]





Watak CEO dalam novel romance tak realistik

 Kebiasaannya watak utama dalam genre cliche novel romance adalah jejaka CEO serius kemudian mengalami update lepas jumpa watak heroin, tapi sebenarnya logik cuma mungkin penulis kurang buat kajian bahawa ada je CEO umur 15, 21,25 tapi bukan warisan keluarga melainkan diorang sendiri membina syarikat tu. Kenali dunia startup!


Kebanyakan rangkaian sosial hari ini dimulakan oleh golongan muda misalnya Reddit, Quora, FB, Blogger dan banyak lagi, eFishery yang saya tulis sebelumnya malahan syarikat penerbitan seperti Patriots Publishing dimulakan golongan muda daripada skala yang kecil. Misalnya Blogger asalnya dimulakan di bilik tidur kemudian berkembang sebelum dibeli Google. CEO dalam novel kebiasaannya kabur dan tidak pasti apa jenis perniagaan diorang buat dan 8-5 gitu. CEO adalah kerja yang paling memenatkan berdasarkan kenalan saya kerana hampir semua bahagian anda akan terlibat baik halatuju syarikat, pembangunan produk eg software, pemasaran, meeting dengan stakeholder, pitching pelabur, kewangan(gaji, cash flow), berjumpa dengan klien serta bertindak ketika krisis atau masalah dalam syarikat untuk pastikan semuanya perfect dan ramai CEO mungkin tak cukup tidur akibat tanggungjawab yang besar ataupun ruang untuk jatuh cinta dengan heroin adalah tipis kecuali dia Sam Bankman Fried-scammer.



Dalam novel kebiasaannya, watak CEO akan dianggap berjaya sebab sebesar mana warisan mak ayah akan tetapi dunia nyata bergantung kepada kemahiran dan sikap CEO dan terus menerus belajar. Jadi CEO yang korang tulis tu mungkin perlukan sedikit consideration sama ada jatuh cinta🗿

What's going on in Indonesia?

Everyone knows that recently the Indonesian Parliament passed the TNI bill, which has sparked criticism not just among Indonesian citizens but also from some in the international community. Protests, while common, have increased; however, I dug deeper when I found that various entities addressing the issue have received some sort of threats. For example, Indonesian media outlet Tempo received a rotten pig's head and six decapitated rats. Some Indonesians believe this is linked to the six Tempo journalists handling the Bocor Alus Politik podcast, which exposes those lobbying behind the TNI bill.

Many Indonesians have noticed changes in Ferry Irwandi's latest video. I came across this interpretation on Facebook, where many believe that Ferry is sending a hidden "message" in that video. He also posted images of his family on Instagram, raising the question: Is he being threatened?

Many also view this as a return to the New Order era. Briefly, the New Order refers to the Suharto administration, which was marked by human rights violations, such as the torture of opposition members, intimidation of human rights activists, corruption, and poor economic policies. There was widespread instability, and when the 1998 Asian financial crisis hit, Indonesia was also affected, leading to the end of Suharto's regime.

Recently, Prabowo requested immigration authorities to monitor the movements of foreign nationals in Indonesia. Prabowo, who was a special agent and understands the realities of politics and national security, has raised concerns. I myself once took a short course in intelligence analysis and national security, but this request seems strange, as it would require foreigners to report their whereabouts to immigration for security reasons, potentially creating unnecessary bureaucratic complications.

What's going on in Indonesia?