Unabomber thoughts

  I explore a deeper story about the "Unabomber," Theodore Kaczynski, a former mathematics professor turned domestic terrorist, and have read many articles and papers about him. I forgot how I ended up on university program websites and unintentionally discovered this person. He was highly intelligent and wrote academic papers while working as Assistant Professor. But after two years, he dropped out and started living in a self-made cabin in rural Montana, USA, which lacked water, electricity, and heat. There, he made bombs and sent them to various people, including engineering professors and computer shop owners. Many were injured, though I don't remember the exact number, which might need a citation.


Ted was a gifted child who entered Harvard at 15 and was extremely talented, naturally, but isolated from others since his early days there. What’s interesting is I found that Ted was one of the subjects involved in the MK Ultra mind control experiment, where he and others were unaware of it. The experiment involved subjects having their views ridiculed and mocked by examiners to study stress. Talking about MK Ultra, it sounds like the conspiracy theories you sometimes see on social media. I was skeptical about it until CIA employees published a book about it and I read psychology books on the subject in college.


Okay, back to the main topic: Ted, still a teenager, was developing an identity, which led him to feel alienated and develop a hatred toward the professors who ridiculed his views. This is where his anti-technology stance began. Over time, Ted slowly began to believe it was his responsibility to make people "realize" what he saw. Just after leaving academic world, he started his terrorist activities on small cabin. At the time, no one knew who was sending the bombs, but the FBI was puzzled maybe it was a scientist or an engineer. That was until Ted asked a newspaper to publish his manifesto, "Industrial Society and Its Future," which ultimately led to his capture.

The system does not and cannot exist to satisfy human needs.

This genius wrote in an academic style, mostly directing his ideology: society is trapped by technology, and he must free them. Many of his points seem to make sense. Take Industrial Society and Its Future, for example,Ted explained why he did what he did. To simplify, there are many arguments in this work, but I’ll focus on one:


Technology forces everyone to work harder and not be free. Ted uses the car as an example, where we put in a lot of effort sitting in traffic and filling up with petrol when we could simply walk. Ted’s critique of modern society seems almost true; well, he's an intellectual, after all.


Now, here's why monsters like Ted are produced:


He isolated himself by his own will because society didn’t align with his views, and as a result, he had trouble communicating with many people. However, things became even more complicated in his teenage years when researchers, whom he believed to be adults, directly interfered with his search for identity (I mentioned the experiments earlier). It was at this moment that Ted developed extreme thoughts after enduring high-level stress to defend his views. Many intellectuals share Ted’s views on technology, but his experience was different. Teenagers rebel for many reasons, like developmental psychology. This might seem like an irrelevant analogy, but did you know why ISIS attracts many youths? Government pressure and killing its own citizens produce similar forces. Extremism on one side often leads to extremism on the other. Remember Newton's third law of motion.


Ted was finally arrested after nearly 20 years, and two decades later, he ended his life in prison.


I became interested in indoctrination after learning about Ron Jones’ Third Wave experiment. If we take a closer look, some claim Ted was "programmed" to do what he did. Not literally, but the key word is communication. Ted’s communication with others was limited. He developed a sense of being lost in a world of abstraction and words. Most dictators are intellectual but psychopaths, in a respectful way something’s wrong with that pun(?). If you observe most of his works, you can see that they touch on aspects of life, but we can also feel just how "lonely" it is. The Puppet Master in Ghost in the Shell was believed to be the smartest, most philosophical AI, but soulless, which reflects a signature of the postmodern world (unfortunately, postmodernism has reached its end, and both ugly and beautiful coexist now in something called 'metamodernism').


Ted didn’t realize how disconnected his statements were from reality. His combination of abstract concepts with an academic way of describing reality contributed to this. Well, in Psychology of Intelligence Analysis, it’s noted how dangerous conclusions can be without enough information. His thoughts became more extreme (militant) and were finally corrupted by his own intellectualism.


Pengajaran Monster dan produk persekitaran

 Beberapa tempoh yang lalu, kami menulis tentang kem pemulihan belia di Jerman yang dahulunya Jerman Timur yang tragik yang apabila tembok Berlin roboh maka tamatlah penderitaan penghuni-penghuni disini. Namun terdapat beberapa persamaan antara kisah fiksyen Monster dan peristiwa sebenarnya namun disini kami ingin memfokuskan kepada sikap dan pemikiran Johan dalam monster memandangkan asalnya mungkin Naoki Urasawa terinspirasi dari dunia nyata memandangkan dirinya pernah mengutip bahan untuk pembikinan manga dan terdapat aspek tertentu yang mirip kes dunia nyata.


Alam semesta Monster agak menarik ekoran watak antagonis disini,Johan Liebert adalah kanak-kanak yang tidak ada kesempatan untuk mencari identiti,keadaannya berbeza dengan Anna ekoran meskipun sebenarnya Anna yang mengalami pengalaman buruk sebagai objek eksperimen berbeza dengan Johan yang 'kosong' dan tidak menjumpai jawapan pada banyak persoalan siapa dirinya, mengapa dia ada dan malah berubah pemikiran. Namun ekoran dramatisasi,kita mungkin kurang melihat dimana persoalan Johan terhadap dunia yang sepertimana orang yang gagal menjumpai tujuan,mencipta tujuannya sendiri. Bahkan Johan mengambil memori orang lain sebagai miliknya. Jika dijejaki mengapa terbina seorang Johan Liebert,lihat zaman kecilnya dimana pemikiran nihilis terbentuk ekoran menganggap dirinya sebagai sebahagian daripada Anna(memandangkan "aku" itu hampir tidak ada bagi Johan) dan tujuan Johan adalah menghapuskan semua orang hingga yang tertinggal dirinya sebelum membunuh dirinya atas tujuan menghapuskan kewujudan dirinya..mustahil.

Johan bermula sistematik dengan memanipulasi orang-orang disekeliling,membuka perniagaan haram di usia remaja hinggalah mendekati para elitis untuk tujuan menguasai dunia. Kk.


Baik tentang menghapuskan kewujudan berhubung dengan tanggapan Johan bahawa dilahirkan itu adalah tidak ada keistimewaan,seperti terdapat kekosongan untuk menjadi "saya" namun luar daripada cerita sebenarnya Naoki Urasawa terinspirasi daripada The Fugitive dan dalam siri Monster dari awal hingga akhir, Dr Tenma tidak berubah daripada pendiriannya.


Benar,kejahatan Johan berakar dari kekosongan jiwa berbeza dengan Dr Tenma yang mempunyai tujuan. Dan Anna yang menjadi "Anna" dan melawan Johan yang menganggap dirinya sebahagian daripada "Anna".


Zaman kanak-kanak yang buruk membentuk karakter seseorang,Johan melihat dirinya sebagai raksasa tanpa nama dalam buku Raksasa Nirnama. Ini sangat mirip dengan kes pembunuh John Lennon,Mark Chapman yang menyedari John Lennon adalah sebahagian orang dewasa yang palsu sepertimana Caulfield melihat orang dewasa yang palsu,dia berubah pemikiran selepas membaca kembali buku The Catcher in the Eye,begitu juga Johan selepas membaca kembali Raksasa Nirnama. Identik. Anda boleh baca kes Mark Chapman dibawah.


Namun meskipun, Johan mengaplikasikan pengetahuannya bagaimana manusia bertindak dan berfikir kemudiannya memanipulasi manusia untuk menjayakan tujuan asalnya. 


Kesemua kata-kata yang terbit daripada Johan itu sendiri mungkin bukan sahaja mempengaruhi watak dunia Monster tetapi dunia nyata,yang menganggap kata-kata Johan sesuai dengan realiti sedangkan pemikiran, pandangan nihilis Johan yang melihat dunia ini daripada kaca mata yang menolak tiang untuk berpaut. Ini pernah dijelaskan Pascal bahawa manusia sememangnya rapuh dan kita akan mencari-cari kebenaran dan cuba melihat apa-apa didunia daripada mana-mana sahaja ekoran ketiadaan identiti atau roh dan daripada ketiadaan serta kekosongan itu ramai melihat dunia dengan tanpa makna ekoran dia belum menjumpai makna

Disini kanak-kanak belajar membunuh dengan diseksa


Pusat kebajikan Belia Torgau adalah sebuah kem pemulihan remaja dan kanak-kanak dalam lingkungan 14 hingga 20 tahun yang dikendalikan dibawah Kementerian Pendidikan Jerman Timur ketika itu. Pusat belia ini ditubuhkan pada 1964,menggunakan sebahagian besar bekas tapak penjara belia. Tujuan asal pusat ini ditubuhkan adalah untuk mendidik semula anak-anak yang memberontak untuk kembali menjadi seorang pemuda sosialis yang baik ekoran remaja dan kanak-kanak yang ditempatkan disini adalah kelompok bermasalah misalnya salah seorang penghuni disini adalah Karsten,16 tahun yang cuba bertemu dengan ayahnya di Jerman Barat yang mana kanak-kanak ini dipastikan untuk mendakap dunia yang berpaksikan kesejahteraan manusia,bukannya berpaksikan wang seperti di Jerman Barat yang mengeksploitasi kaum pekerja. Kanak-kanak dan remaja yang dimasukkan disini adalah melalui laporan daripada pihak sekolah dan ibubapa tidak boleh menghalang keputusan ini.


Namun penubuhan Pusat ini ibarat neraka bagi penghuni disini,dengan suasana yang teruk. Berdasarkan salah seorang bekas penghuni disini,mereka melalui latihan ekstrim seperti Kawad Kaki,Tekan Tubi hingga 100 kali baik lelaki dan perempuan. Disini jika salah seorang gagal melaksanakan misalnya tekan tubi seperti diminta maka semua akan menerima hukumannya dimana dalam bentuk penyeksaan hingga kanak-kanak yang gagal itu akan diajar pada waktu lain ekoran daripada kelemahannya. Disini semua penghuni diajarkan bahawa menunjukkan kelemaha. adalah suatu bentuk kekalahan. Maka dari itulah wujudnya,kanak-kanak mulai membunuh.

Pengawal yang berada disitu hanya membiarkan remaja membelasah kanak-kanak lain ekoran moto keramatnya  "Kalau tak dengar, mendapatlah". Malah ada gadis-gadis yang diperkosa oleh pengawal dan pengarah pusat ini hinggakan gangguan seksual adalah sesuatu yang normal disini. Pada waktu malam,bilik dikunci hinggakan penghuni menyediakan baldi untuk membuang air besar dan kecil.

Perkara yang serupa berulang hari demi demi hari. Setiap harinya hidup dalam seksaan fizikal dan mental menyebabkan ada yang mencuba untuk membunuh diri dengan menelan paku dan gris yang hujungnya berakhir ke hospital. Salah seorang bekas penghuni disini menulis bahawa dirinya mahu keluar sebagai manusia.

Salah seorang remaja 16 tahun yang mahu membunuh diri akibat sudah tidak mampu menanggung penderaan fizikal dan mental mengajak rakannya yang lain untuk membunuhnya tetapi percubaan mereka gagal selepas dirinya masih hidup hingga diketahui tutor disitu lalu dipisahkan tempat mereka berdua untuk dikenakan hukuman hingga dia dibawa ke hospital psikiatri kanak-kanak dan tinggal disitu selama 10 tahun.

Di pusat ini,kanak-kanak tidak tahu apa yang terjadi pada dunia luar dan diasingkan daripada sehinggakan bekas penghuni disini sukar beradaptasi dengan kehidupan ditambah trauma yang teruk. Sebenarnya penubuhan pusat ini tidak lebih daripada proses meruntuhkan identiti kanak-kanak dan menukarkannya dengan identiti, perspektif yang baharu sebagai penganut komunis dengan memisahkan mereka daripada ibubapa bahkan menindas kreativiti supaya kanak-kanak ini mudah dikawal. Ini ibarat keluar mulut buaya masuk mulut harimau meskipun kanak-kanak ini didera di Pusat ini,hakikatnya penderaan adalah sesuatu yang normal di Jerman Timur disebabkan alasan tertentu.

Proses meruntuhkan identiti

Kanak-kanak yang masuk ke dalam pusat ini tidak memanggil masing-masing dengan nama sebaliknya dengan nombor yang diberikan untuk menghapuskan identiti individu mereka,mereka dilarang untuk bertindak seperti kanak-kanak dan remaja yang umumnya suka meneroka dan mencuba perkara baru misalnya dilarang berpakaian sesuai keinginan mereka,bersuara atau berperilaku melainkan patuh kepada arahan.

Penderaan fizikal dan mental yang diterima oleh kanak-kanak dan remaja ini menyebabkan mereka beransur-ansur hilang keperibadian dan maruah. Kanak-kanak dan remaja yang masuk ke sini ada yang ditanggalkan seluruh pakaian dan dibiarkan selama beberapa jam oleh pentadbir di pusat tersebut. Mereka diajarkan untuk bertindak secara kolektif seperti yang kami ceritakan awal tadi jika seorang berbuat sesuatu, semua akan mendapat hukuman. Jika seorang melakukan kesalahan maka seluruh penghuni akan mendapat hukuman dan disini mereka harus mengorbankan identiti individu demi kumpulan.

Pemaksaan doktrin komunis.

Bayangkan kanak-kanak dan remaja berumur 14-20 tahun diajarkan untuk jangan sesekali berfikir sesuatu yang bertentangan dengan komunisme. Kanak-kanak dipengaruhi dan diprogramkan dengan propaganda komunis. Memandangkan disini mengamalkan didikan "pendidikan untuk bekerja melalui kerja",penghuni sampai-sanpai ada yang menelan paku,skru untuk membebaskan diri sekejap daripada neraka ini.

Hingga selepas runtuhnya tembok Berlin,pusat ini ditutup ekoran merupakan institusi ideologi komunis dan kanak-kanak dikembalikan pada ibubapa ataupun berpindah ke sistem yang baharu dan segala propaganda, sistem dihapuskan yang kemudiannya disruktur semula berdasarkan sistem pendidikan Jerman Barat.

Bekas-bekas penghuni ini mengalami tekanan dan trauma yang sangat teruk,mereka kemudiannya membawa kes ini ke Mahkamah yang mana hingga hari ini masih berlanjutan.

Luahan daripada orang yang tak wujud

Orang membaca luahan Aziz yang menyediakan,dizalimi orang tertentu dan dihargai dan sikap sebenar sesetengah individu. Tetapi, Aziz tidak wujud dan kesemua isi ditulis Aziz tidak wujud tetapi luahan kisah hidup tidak wujud ini membentuk pemikiran seseorang yang wujud. 

Dunia internet juga adalah pasar dan lambakan luahan-luahan yang antara fiksyen dan kenyataan kini bercampur aduk. Luahan adalah anekdot yang mungkin penuh emosi,mengejutkan dan sesekali menggubah pemikiran pembacanya terhadap sesuatu. Cuma adakah luahan ialah luahan sebenarnya melainkan rekaan dan ciptaan untuk kepentingan, ada laman web yang kandungan utamanya luahan tetapi meragukan dan luahan mempunyai "jalan cerita" yang sama demi pendapatan iklan,mahupun untuk mengawal cara masyarakat melihat sesuatu ekoran stereotaip yang diwujudkan oleh "luahan".

Luahan fiksyen juga hanyalah tunggangan seperti manusia yang menulis cerita lucah mahupun menanamkan propaganda. Manusia memproses apa yang diterima dengan pengetahuan yang dimiliki,menimbulkan reaksi. Akhirnya, internet adalah tempat orang yang tidak wujud,kisah yang tidak wujud merosakkan orang yang wujud dan tempat yang wujud sebagaimana konsep,idea mampu mengelirukan manusia padahal cumalah begitu sahaja tetapi boleh meranapkan seseorang tanpa perlu membunuh.