Membina ekosistem
![]() |
Sumber: Fatihah,2024 |
Berdasarkan rajah rangkaian sosial di atas yang merupakan pelbagai faktor pembentukan manusia yang terpakai pada identiti,tingkah laku dan gaya hidup yang kesemua faktor saling berinteraksi menjadikan seseorang adalah produk interaksi pelbagai ekosistem. Oleh itu, pembentukan semata tidak bergantung pada sesuatu faktor yang akan mengurangkan impak. Media sosial memainkan pengaruh yang cukup besar dalam banyak faktor, setiap bucu mewakili faktor yang merupakan akibat mahupun sebab daripada faktor (bucu) yang lain, misalnya bucu Media sosial mempunyai ketumpatan dan sisi yang tinggi yang kemudiannya membentuk bucu lain yang dikuatkan dengan bucu seperti filem, budaya yang kesemuanya akan menimbulkan ekosistem untuk sebuah perspektif moral dan gaya hidup.
Mirip dengan ungkapan Boolean ringkas;
(A+B)•C
Maka, sesuai dengan ini, pentingnya sebuah ekosistem yang cukup sistematik dan holistik misalnya animasi, buku, drama, model ikutan yang semua ini fokus pada informasi yang dihadam oleh seseorang dalam kehidupan seharian dan penerimaan sesuatu informasi harus menggunakan penyampaian dan komunikasi yang sesuai untuk kelompok yang berbeza. Mengapa? Kesemua bucu wujud kerana keadaan alamiah bagaimana manusia melihat sesuatu dan berlaku proses kognisi, kekurangan maklumat boleh menyebabkan kesimpulan yang berbeza-beza dan pentingnya kesedaran tentang information warfare dan menganalisis semua dimensi dan penggunaan bahasa yang santai, penggunaan komik dan animasi untuk sebuah mesej. Agensi perisikan menerbitkan mesej halus dalam bentuk novel,muzik, drama , bukan secara langsung tetapi menyuntik persoalan yang kemudiannya "jawapan" akan disediakan sebelum berubah menjadi identiti. Ini menjadikan seseorang bukan "apa" tetapi bagaimana memikirkan sesuatu.
Penulis membawa kepada solusi berbentuk enterprise- teknologi dan berasaskan aplikasi algoritma, secara ringkasnya algoritma media sosial berbentuk skor dimana setiap,like,komen,interaksi ditukarkan ke bentuk skor sesuatu topik yang lebih tepat menggambarkan kecenderungan seseorang. Kita menggunakan model ini untuk membentuk ecosistem bermula digital kemudiannya mengembangkan ke bentuk fizikal memandangkan akses teknologi cukup luas dan infrastruktur yang menyokong perkara ini. Sokongan kerajaan, industri semata-mata tidak cukup melainkan adanya daya yang lain. Medium seperti ThePatriots dan AJAR adalah contoh media baharu yang bakal membentuk generasi baharu yang dari dimensi mereka sudah memadai tetapi untuk keseluruhannya memerlukan input daripada bucu yang lain untuk membentuk rangkaian ini bukan lagi advokasi, ceramah, wacana sebaliknya praktikal.
Big Tech seperti Google, Microsoft, Amazon, Oracle memberikan perkhidmatan percuma mahupun perisian sumber terbuka yang semuanya untuk mewujudkan sebuah ekosistem yang pada akhirnya pengguna tetap ke arah mereka walaupun dengan kontroversi yang pelbagai. Mereka membeli jenama dan mungkin mengekalkan model percuma kerana ekosistem, untuk mewujudkan pengguna yang melihat adanya sesuatu yang percuma. Itu lebih mendatangkan keuntungan jangka masa panjang.
Walaubagaimanapun ini juga meninggalkan ruang untuk pemain baharu yang akan mengisi bucu-bucu ini baik penerbitan baru, studio animasi, saluran YouTube dan penulis melihat inilah masa depan yang semestinya realistik dan pragmatik ketika simbolisme telah menemui jalan buntu melainkan beradaptasi dengan teknologi.
Ramalan masa depan? Dunia semakin berorientasikan data, satu persatu data diperlukan untuk ketepatan dan mengoptimumkan sumber. Adakah kita tidak mahu menjadi sebahagian daripadanya atau pengguna? Dunia ini bukan lagi medan ideologi tetapi perang teknologi dan ini memerlukan jalan yang baru.
Abdul Nasir, M. N., & Mohd Hussain, R. B. (2014). Permasalahan identiti: Penilaian konsep defisit identiti dan konflik identiti. Jurnal Sarjana
Ulasan
Catat Ulasan