ISIS dari Bumi bergolak


Daesh ataupun lebih dikenali sebagai I.S ataupun ISIS merupakan kelompok pengganas yang lahir pasca pendudukan Amerika Syarikat di Iraq dan Afghanistan (Al-Qaeda berasal dari Afghanistan,yang berhijrah ke Iraq selepas Amerika Syarikat menyerang negara tersebut dengan asbab: 11 September). Kumpulan kecil ini akhirnya membentuk kumpulan besar disertai bahkan tentera Iraq eranya Saddam Hussein akibat penjajahan Amerika Syarikat.

Pada awalnya Daesh dianggap pelindung bagi golongan Sunni daripada tentera AS dan kumpulan militan Syiah namun lama kelamaan Daesh semakin ekstrim dengan menyasarkan golongan Syiah malahan Sunni dengan menyerang orang awam yang tak bersalah. Rakyat Iraq memanggil kumpulan ini sebagai 'Takfiri' ekoran sikap mengkafirkan sesama muslim hingga ditegur oleh pemimpin seperti Osama dan Ayman Az Zawahiri agar memfokuskan pada Amerika Syarikat dan tenteranya. Mereka menyerang kawasan awam dengan taktik berani mati seperti bom bunuh diri.

Bagaimana?

Selepas Maliki memerintah Iraq,keadaan golongan Sunni dalam fasa yang buruk. Serangan dan pembunuhan terhadap tokoh ulama Sunni semakin teruk bahkan hingga ke tahap pembersihan etnik hingga munculnya kumpulan Sunni yang mengajak masyarakat Iraq menolak golongan bersenjata serta membuka propaganda Iran dan puak Syiah. Daesh melihat ini sebagai peluang untuk menjadi hero Sunni. Pada Jun 2014,lahirnya Dawlah Islamiyah merangkumi Bumi Iraq dan Syria. Golongan Sunni sedar akan kekejaman Daesh tetapi terpaksa menyokong akibat tersepit ekoran penindasan dan pembersihan etnik oleh kerajaan Maliki. Lama-kelamaan Daesh mula menunjukkan wajah yang asli. Mereka kemudiannya menyerang pihak yang tidak sehaluan dan mula membunuh orang-orang Islam yang berbeza haluan dan bukan Islam di Iraq. Mereka juga merosakkan kubur-kubur Nabi,rumah ibadat agama lain,monumen Sejarah bahkan membunuh Ulama'-ulama'.

Tetapi darimana kelompok Daesh yang ramai ini datang? Hukum Asas Mekanik Newton adalah "Untuk setiap aksi, ada reaksi yang sama besar berlawanan arah." dimana penjajahan Amerika Syarikat di Iraq pada 2003 serta konflik Timur Tengah menimbulkan sikap kesedaran dan simpati umat Islam seluruh dunia sama ada di Iraq mahupun rejim Bashar Al Assad yang juga punca berkembangnya Daesh. Bashar Al-Assad membunuh rakyatnya sendiri yang tak bersalah.
Beberapa kumpulan dan tentera Syria dan bertindak menentang Bashar diatas kekejamannya. Kumpulan Daesh menyasarkan Bashar,rakyat biasa dan kumpulan yang tak sehaluan dengan mereka dan terus-terusan mengkafirkan sesama mereka hinggalah pada Al Qaeda berpecah dengan Daesh di Iraq ekoran terlalu ganas dan tak menepati ajaran Islam.

ISIS mula keluar daripada jalur wilayah Asia Tengah dan mula memakai misi pemerintahan Khalifah sedunia.

Bukan tentang Islam tetapi kuasa
Antara persoalan oleh beberapa para penyelidik yang sempat kami temui adalah bagaimana kumpulan ini mempunyai persenjataan yang canggih? Namun ISIS dan Daesh bukanlah mewakili Islam bahkan tidak membawa ajaran Islam dengan membunuh orang yang tak bersalah,membunuh ulama,mengebom banyak Masjid,membunuh orang Islam menjadikan visi negara Islam yang dibawa Daesh tak lain tak bukan adalah negara keganasan. Ikuti siri motivasi kuasa di blog ini.


USSR mengharamkan ideologi musuh negara: agama

Apabila pemerintahan komunis bermula pada 1917 ataupun dalam istilah yang cantik sikit "revolusi", agama sememangnya dilihat penghalang kepada sebuah negara sosialis yang berkembang maju. Pandangan Karl Marx diadaptasi ke bentuk pemerintahan Kesatuan Soviet yang mana "Komunisme adalah bermula daripada ateisme" atau pandangan Marx yang popular iatu;

Agama adalah candu

Bermula pemerintahan Lenin, gereja dipisahkan daripada pendidikan dan negara. Agama dilarang diajarkan, harta gereja disita dan adakalanya menggunakan kekerasan. Utopia komunisme ini merupakan distopia yang benar. Sinagog, Masjid, Gereja dan tempat ibadah ditutup ada yang diubahsuai menjadi bangunan pemerintahan ataupun muzium ateis yang didalamnya berisi ejekan pada agama dan golongan agama. Satu persatu Imam gereja ortodoks, pendeta Yahudi dan ulama Muslim ditangkap. Memandangkan bagi mereka agama adalah punca kemunduran maka ditubuhkan kempen anti agama antaranya majalah Bezbozhnik (Yang Tak Bertuhan/Ateis) yang memang untuk mengejek agama dan mendorong ke arah ateisme.Majalah ini diterbitkan Militan Ateis Moscow. Agama perlahan-lahan dilemahkan.



Majalah Bezbozhnik:  Tiga Tuhan bagi tiga agama yang digambarkan mereka dengan buruk. Cuma karikatur lelaki berserban itu saya simpulkan merujuk Islam. Ingat ini hinaan! 

Di era Lenin, komuniti beragama masih boleh mengamalkan agama dalam diam-diam sehinggalah "Soso" mengambilalih pemerintahan yang lebih kejam daripada Lenin. Stalin menggunakan kekejaman (Stalinism) untuk menghapuskan agama daripada muka bumi Soviet Ini bermulanya penutupan besar-besaran tempat ibadah dengan cara dibom,dihancurkan bahkan terdapat 40,000 gereja ortodoks dihancurkan, Sinagog dan Masjid juga diperlakukan dengan cara yang sama. Macam dalam video dibawah ini;



Ribuan pemimpin agama ditangkap dan dihantar ke kem buruh paksa (gulag) atau dihukum mati. Sepanjang Great Purge (1936–1938) ramai tokoh agama, para Imam gereja ortodoks, ulama dan pendeta banyak dibunuh disebabkan mereka ini adalah musuh negara. Berbeza dengan propaganda zaman Lenin, era Stalin lebih ganas dengan Liga Militan Ateis menyebarkan ateisme melalui seminar, penerbitan dan sebagainya. Muzium Ateis semakin banyak. Perayaan Krismas digantikan dengan Tahun Baru Soviet. Penindasan bagi umat Islam pula ialah solat berjemaah dilarang, ibadah haji dilarang. Madrasah dan institusi Islam ditutup bahkan dilarang berpuasa hingga seketika dia melonggarkan ekoran memerlukan tentera. Akibat kekejaman ini ramai meninggalkan agama secara terbuka untuk menyelamatkan diri.
Semua agama adalah musuh militan ateis


Propaganda seperti filem,akhbar dan buku yang mempengaruhi masyarakat ke arah ateisme.

Pemimpin selepas Stalin, Khrushchev pula menggunakan pendekatan propaganda menerusi pendidikan yang menyebabkan generasi muda meninggalkan agama. Tetapi pada era Brezhnev, fokus tidak lagi pada anti agama meskipun pengawasan ketat masih diteruskan. Pemimpin ini semua menggunakan kekerasan dan menggunakan darah untuk perjuangan idea mereka. Sehinggalah era pemerintahan Mikhail Gorbachev yang akhirnya mengakui kepentingan agama dengan memperkenalkan Perestroika dan Glasnost. 


Diatas tadi peristiwa-peristiwa penindasan dan agenda negara yang memang menentang agama pun. Agama pada mereka menghalang masyarakat untuk mendapatkan hak, menjadi alat para kapitalis (kata lelaki yang ditaja kapitalis) serta memabukkan masyarakat daripada berfikir tentang kemajuan Sains dan Teknologi. Agama juga dijadikan alat justifikasi dan alat pembodohan. Ini mesti ada yang setuju. Jangan keliru. Sebenarnya Soviet tidak ada bezanya dengan zaman Tsar yang menunggang agama. Kitaran keganasan ini tak terhenti. Jikalau Tsar menggunakan gereja, maka Soviet menggunakan retorik demi rakyat,demi keselamatan negara daripada musuh, demi kelangsungan ideologi komunisme, demi sebuah masyarakat yang diidamkan kita harus berkorban! 


Soviet melihat pengaruh agama yang besar dalam masyarakat sebagai bentuk ancaman kepada mereka. Dengan memusnahkan agama, mereka percaya tidak ada sesiapa boleh melawan mereka lagi kerana ideologi yang dibawa mereka boleh menjatuhkan mereka daripada kuasa akibat out-group dan untuk kekal berkuasa, masyarakat harus percaya kepada doktrin USSR dan memberikan keabsahan mereka untuk berkuasa. Untuk kes negara utopia tanpa Tuhan disisi lain distopia. Mereka membawa kepada persoalan bahawa bukan tentang berhentinya penyembahan tetapi apa yang disembah.

Komunis sejati adalah ateis kata mereka.

Dibawah adalah penghancuran Katedral Christ Sang Penyelamat yang sengaja difilemkan ketika itu:


Menariknya, selepas runtuhnya USSR, episod yang serupa terjadi tetapi dengan pelakon yang berbeza.