Pepatah Jepun ini tentang pengetahuan

Pepatah Jepun ini sentiasa terngiang-ngiang di kepala sejak alam persekolahan namun hanya beberapa masa ini penulis memahaminya. Pepatah ini mungkin berasal daripada kisah dongeng serupa daripada China tentang seekor yang yakin bahawa tiada dunia sebesar langit telaga yang didiaminya sehinggalah penyu memberitahu adanya lautan yang luas dan katak dengan tidak percaya dengan penyu kerana dirinya sukar membayangkan hal tersebut. Sehinggalah penyu mengungkapkan lautan adalah air yang tak pernah kering.

Kenapa katak yakin dengan pendapatnya tentang luas dunia telaga? Hidupnya dikelilingi telaga dan tidak melihat dunia, yang menyakinkan dirinya serta tidak percaya kepada penyu.

Cara pandang yang baru!

Perasan tak dalam setiap sesuatu kejadian atau situasi semestinya memerlukan sumber daripada pelbagai dimensi, ataupun bidang? Contohnya punca pembangunan identiti remaja ataupun kesan gejala sosial serta banyak lagi perkara yang menjangkaui semua bidang. Misalnya kepesatan teknologi dan keperluan keselamatan melahirkan teknologi kewangan, fintech. Keperluan keselamatan melahirkan blockchain. Kalau anda perasan kesemua integrasi ini sejak daripada era zaman prasejarah lagi manusia semakin terhubung dengan banyak perkara yang sukar aksesnya contohnya makanan, manusia mula belajar bercucuk tanam kemudiannya menggunakan sistem barter dan seterusnya. Akses adalah kata kunci disini. 

Jika sebelum zaman Renaissance, ilmu adalah sesuatu yang terbatas sehinggalah mesin cetak Gutenberg diperkenalkan yang menjadi titik mula budaya ilmu di Eropah. Sebelum zaman internet, surat adalah sesuatu yang lebih terkini berbanding bertemu secara fizikal! Semakin murah,cepat dan efisien. Ini trend teknologi secara umumnya. Bukan ini sahaja sangat banyak yang boleh diperhatikan jika anda menyedari satu elemen berhubung dengan elemen yang lain dalam hampir semua keadaan. 

Berakhirnya bubble burst di Jepun lahir daripada spekulasi dan spekulasi lahir daripada sikap tamak manusia yang melampaui rasional dan bermula daripada sekecil-kecil sikap tamak mampu menjadikan sebuah negara yang maju kini terhambat dengan pelbagai masalah. Sebut tentang Jepun juga, kadar bunuh diri, trend budaya pop, Karoshi, Hikikomori semuanya saling berhubung antara satu sama lain. Sebut pasal gejala moden ini juga, ini adalah masalah moden yang dilahirkan daripada budaya moden yang dibentuk teknologi moden.

Teknologi berevolusi semakin cepat, sungai sebagai penghubung kini baik laut, udara dan darat semakin cepat. Sumber tenaga cukup memainkan peranan penting, dan tenaga wujud dalam semua perkara yang dimana mungkin ini kenapa E=MC² merupakan asas kepada banyak perkara didunia ini.

Persoalan pengaruh ini wujud dalam banyak perkara, misalnya sesuatu perbincangan sosial dan politik bermula daripada faktor agama kemudiannya perjuangan kelas yang walaupun definisinya berubah tetapi masih lagi naluri kekitaan dan identiti (sehingga kini).

Jadi siapa yang membentuk realiti? Ekonomi? Kuasa?(Terdapat satu faktor yang kurang disebutkan iaitu persekitaran misalnya iklim yang mungkin ekonomi banyak mazhab sebab memasing hanya terima satu faktor yang mana setiapnya terpakai!🗿) Pelbagai tokoh meramalkan masa depan yang melihatnya daripada beberapa sisi yang mungkin kekurangan sebab akibat, pemberat, faktor saintifik misalnya kapitalisme akan runtuh mahupun kapitalisme liberal demokrasi ideologi akhir hinggalah ramalan kebuluran besar, radio satu-satunya medium, komputer sekitar 1.5 tan yang semuanya tidak berlaku kerana ramalan linear ini. 

Yang terjadi ialah kapitalisme atau tepatnya dengan sedikit modifikasi cepat melantun semula apabila terjadinya krisis dan kebangkitan seperti China dan revolusi komputer peribadi yang didorong ledakan teknologi menjadikan pendapat ini mungkin memerlukan rentas bidang. 

Kecerdasan Buatan lahir daripada gabungan Sains Komputer, Matematik, Sains Kognitif dan Falsafah yang gabungan ini pun memerlukan gabungan bidang yang lain seperti Linguistik, Falsafah dan Psikologi. 

Automasi lahir daripada gabungan Elektronik, Elektrik, Teknologi Maklumat dan Mekanikal (Fizik Gunaan?) untuk keperluan industri. 

Maksudnya dengan contoh diatas teknologi menjadikan semakin semua perkara semakin terintegrasi akan tetapi dari sudut lain seperti penyelesaian dan cara melihat realiti kita masih melihat satu dimensi yang intensif. Mungkin faktor kepakaran tetapi daripada situ lahirnya dan melahirkan manifestasi pepatah Melayu "bagai aur dengan tebing" antara pakar pelbagai bidang dan seiring waktu, kesemua bidang kini penting yang haruslah diintegrasikan, berada di masa lalu menjadikan bidang misalnya sastera dilihat sesuatu yang "bosan" yang mungkin sikap isolasi sastera, benar sastera membangunkan negara tetapi "plat"nya semakin menjauhi pembangunan negara kerana mungkin kurang inovasi sedangkan dunia semakin kompleks? 

Kenapa dalam sesuatu pemerhatian masalah terlalu sendeng kepada satu-satu elemen atau dimensi? 

Tetapi penulis mempunyai kerangka melihat dunia yang cukup diaplikasikan dalam blog ini iaitu Teori Graf, abstrak paling dekat bagaimana realiti bekerja.
Penulis mempelajari Teori Graf semasa di sekolah menengah yang kemudiannya diperluaskan dalam bidang Teknologi Maklumat yang mempunyai topologi tertentu dan menariknya didalam reka bentuk litar bersepadu juga mempunyai rangkaian tertentu yang menyebabkan struktur ini jelas dalam tanggapan yang sering dilupakan. Semua "bidang" saling berhubung antara satu sama lain bukannya berbeza-beza elemen membentuk sebuah struktur "seimbang" yang sejak dahulu difikirkan misalnya graf dibawah jika dihilangkan salah satu bucu akan menggubah struktur yang terbentuk daripada simetrik kepada asimetrik.
Simetri

Pembangunan yang tidak seimbang dan tidak mengambil kira menyebabkan masalah ambil contoh Great Leap Forward dimana faktor seperti rantaian makanan, teknik pertanian yang tidak sesuai dan ketinggalan ditambah sikap Mao yang tidak suka sesiapa bersetuju dengan ideanya menjadikan statistik palsu dilaporkan dan faktor cuaca menjadikan jutaan penduduk meninggal dunia. Pembangunan tidak seimbang di sekitar bandaraya mengakibatkan terjadinya banjir serta masalah sosial disumbangkan sekeliling. Pengambilan unsur yang tidak seimbang mengakibatkan komplikasi pada tubuh badan. Harmoni, tersusun, seimbang.

Menerusi pandang boleh dikembangkan selanjutnya lagi tetapi inilah asas kepada struktur baru ini yang mana dunia yang semakin kompleks memerlukan penyelesaian yang kompleks dan holistik! 

Disini kanak-kanak belajar membunuh dengan diseksa


Pusat kebajikan Belia Torgau adalah sebuah kem pemulihan remaja dan kanak-kanak dalam lingkungan 14 hingga 20 tahun yang dikendalikan dibawah Kementerian Pendidikan Jerman Timur ketika itu. Pusat belia ini ditubuhkan pada 1964,menggunakan sebahagian besar bekas tapak penjara belia. Tujuan asal pusat ini ditubuhkan adalah untuk mendidik semula anak-anak yang memberontak untuk kembali menjadi seorang pemuda sosialis yang baik ekoran remaja dan kanak-kanak yang ditempatkan disini adalah kelompok bermasalah misalnya salah seorang penghuni disini adalah Karsten,16 tahun yang cuba bertemu dengan ayahnya di Jerman Barat yang mana kanak-kanak ini dipastikan untuk mendakap dunia yang berpaksikan kesejahteraan manusia,bukannya berpaksikan wang seperti di Jerman Barat yang mengeksploitasi kaum pekerja. Kanak-kanak dan remaja yang dimasukkan disini adalah melalui laporan daripada pihak sekolah dan ibubapa tidak boleh menghalang keputusan ini.


Namun penubuhan Pusat ini ibarat neraka bagi penghuni disini,dengan suasana yang teruk. Berdasarkan salah seorang bekas penghuni disini,mereka melalui latihan ekstrim seperti Kawad Kaki,Tekan Tubi hingga 100 kali baik lelaki dan perempuan. Disini jika salah seorang gagal melaksanakan misalnya tekan tubi seperti diminta maka semua akan menerima hukumannya dimana dalam bentuk penyeksaan hingga kanak-kanak yang gagal itu akan diajar pada waktu lain ekoran daripada kelemahannya. Disini semua penghuni diajarkan bahawa menunjukkan kelemaha. adalah suatu bentuk kekalahan. Maka dari itulah wujudnya,kanak-kanak mulai membunuh.

Pengawal yang berada disitu hanya membiarkan remaja membelasah kanak-kanak lain ekoran moto keramatnya  "Kalau tak dengar, mendapatlah". Malah ada gadis-gadis yang diperkosa oleh pengawal dan pengarah pusat ini hinggakan gangguan seksual adalah sesuatu yang normal disini. Pada waktu malam,bilik dikunci hinggakan penghuni menyediakan baldi untuk membuang air besar dan kecil.

Perkara yang serupa berulang hari demi demi hari. Setiap harinya hidup dalam seksaan fizikal dan mental menyebabkan ada yang mencuba untuk membunuh diri dengan menelan paku dan gris yang hujungnya berakhir ke hospital. Salah seorang bekas penghuni disini menulis bahawa dirinya mahu keluar sebagai manusia.

Salah seorang remaja 16 tahun yang mahu membunuh diri akibat sudah tidak mampu menanggung penderaan fizikal dan mental mengajak rakannya yang lain untuk membunuhnya tetapi percubaan mereka gagal selepas dirinya masih hidup hingga diketahui tutor disitu lalu dipisahkan tempat mereka berdua untuk dikenakan hukuman hingga dia dibawa ke hospital psikiatri kanak-kanak dan tinggal disitu selama 10 tahun.

Di pusat ini,kanak-kanak tidak tahu apa yang terjadi pada dunia luar dan diasingkan daripada sehinggakan bekas penghuni disini sukar beradaptasi dengan kehidupan ditambah trauma yang teruk. Sebenarnya penubuhan pusat ini tidak lebih daripada proses meruntuhkan identiti kanak-kanak dan menukarkannya dengan identiti, perspektif yang baharu sebagai penganut komunis dengan memisahkan mereka daripada ibubapa bahkan menindas kreativiti supaya kanak-kanak ini mudah dikawal. Ini ibarat keluar mulut buaya masuk mulut harimau meskipun kanak-kanak ini didera di Pusat ini,hakikatnya penderaan adalah sesuatu yang normal di Jerman Timur disebabkan alasan tertentu.

Proses meruntuhkan identiti

Kanak-kanak yang masuk ke dalam pusat ini tidak memanggil masing-masing dengan nama sebaliknya dengan nombor yang diberikan untuk menghapuskan identiti individu mereka,mereka dilarang untuk bertindak seperti kanak-kanak dan remaja yang umumnya suka meneroka dan mencuba perkara baru misalnya dilarang berpakaian sesuai keinginan mereka,bersuara atau berperilaku melainkan patuh kepada arahan.

Penderaan fizikal dan mental yang diterima oleh kanak-kanak dan remaja ini menyebabkan mereka beransur-ansur hilang keperibadian dan maruah. Kanak-kanak dan remaja yang masuk ke sini ada yang ditanggalkan seluruh pakaian dan dibiarkan selama beberapa jam oleh pentadbir di pusat tersebut. Mereka diajarkan untuk bertindak secara kolektif seperti yang kami ceritakan awal tadi jika seorang berbuat sesuatu, semua akan mendapat hukuman. Jika seorang melakukan kesalahan maka seluruh penghuni akan mendapat hukuman dan disini mereka harus mengorbankan identiti individu demi kumpulan.

Pemaksaan doktrin komunis.

Bayangkan kanak-kanak dan remaja berumur 14-20 tahun diajarkan untuk jangan sesekali berfikir sesuatu yang bertentangan dengan komunisme. Kanak-kanak dipengaruhi dan diprogramkan dengan propaganda komunis. Memandangkan disini mengamalkan didikan "pendidikan untuk bekerja melalui kerja",penghuni sampai-sanpai ada yang menelan paku,skru untuk membebaskan diri sekejap daripada neraka ini.

Hingga selepas runtuhnya tembok Berlin,pusat ini ditutup ekoran merupakan institusi ideologi komunis dan kanak-kanak dikembalikan pada ibubapa ataupun berpindah ke sistem yang baharu dan segala propaganda, sistem dihapuskan yang kemudiannya disruktur semula berdasarkan sistem pendidikan Jerman Barat.

Bekas-bekas penghuni ini mengalami tekanan dan trauma yang sangat teruk,mereka kemudiannya membawa kes ini ke Mahkamah yang mana hingga hari ini masih berlanjutan.

Masalah "orang lain bodoh , saya tidak"


Ini bukan pendapat mahupun kolumnis apalagi ulasan isu semasa, inilah penjelasan kenapa sesetengah orang sentiasa mempercayai pilihan mereka lebih tepat berbanding orang lain dan merasakan superiority apabila meneroka konsep yang berbeza. 

Baik perhatikan pernyataan dibawah yang akan menjadi subjek;
Bukan aku. Majoriti Melayu macam tu.

"Bukan aku"= Aku berbeza
Confirmation bias menyebabkan individu hanya mencari maklumat yang sesuai dengan pilihannya seperti menonton saluran berita yang menyokong pendapatnya, membaca portal yang menyokong pendapatnya dan hanya mengikuti individu yang sependapat dengannya serta memasuki kumpulan yang satu pendapat dengannya. Kenapa? Bias ini terjadi kerana otak kita lebih mudah menerima maklumat yang mengesahkan pandangan sedia ada, mengurangkan kebolehan untuk objektif dalam membuat keputusan.

" Majoriti Melayu"
Akibat in group bias, individu dalam kumpulan yang sama tadi menyebabkan kumpulannya lebih unggul ekoran dalam otak sistem sosial dan kepercayaan kognitif boleh mempengaruhi penilaian kita terhadap orang luar (out-group) sebagai kurang bijak atau salah. Memandangkan majoriti orang Melayu tidak percaya kepada konsep luar maka minoriti Melayu sudah semestinya "unggul" menurut dirinya. Namun, keluar daripada dunia teks dan siber, bukankah majoriti Melayu itu ibunya, bapanya, adiknya, gurunya,nelayan,doktor, aktivis kegemarannya, crushnya(eh). Wow tetapi ini ekoran pusat emosi dalam otak (misalnya amygdala) memainkan peranan dalam membuat keputusan, menyebabkan kita lebih cenderung untuk membuat keputusan berdasarkan perasaan daripada logik.

"macam itu" 
Berbalik bahawa "macam itu" merujuk perbuatan atau pemikiran Melayu yang menurutnya "eww erghh" ekoran kesan halo menyebabkan kita hanya menilai hal yang negatif dan kemudiannya menafikan ciri lain yang membawa kepada kesan dunning-kruger.  Bahagian otak yang terlibat dalam penilaian diri (spt prefrontal cortex) boleh memberikan rasa yakin yang berlebihan, walaupun kurangnya pengetahuan mendalam misalnya ketika kolumnis mengatakan bangsa sekian adalah pembayar cukai tertinggi meskipun statistik menunjukkan Bumiputera adalah pembayar cukai tertinggi. Bias yang menderet-deret menyebabkan kita selesa dalam keadaan bukan "macam itu". Semua perkara boleh dibingkaikan misalnya ABC boleh membingkaikan kebankrapan kedai runcit Pak Cik Abu sebagai " Melayu feudal". 

Dirangkumkan, semuanya hanyalah sebatas persepsi selektif dan meskipun beribu perkara tentang Melayu yang boleh dibaca baik gunakan data sebagai bayaran ataupun wang sudah tentu ditolak kerana cognitive dissonance menyebabkan individu berasa kurang selesa apabila dihadapkan  dan disajikan kenduri fakta yang bertentangan dengan "Bukan aku. Majoriti Melayu macam itu", samaada menerima atau mencari maklumat yang akan menjadi perisainya. Lebih banyak akan digali daripada guru yang merubah pemikirannya, baik akaun Twitter, kolumnis mahupun sesiapa sahaja.

Pascamoden berlalu.. metamodenism tiba

Modernisme muncul sebagai reaksi terhadap Romantisme dan Tradisionalisme, yang membawa kepada idea universaliti dan nilai sejagat dalam pelbagai aspek kehidupan. Pada masa itu, masyarakat melihat budaya setempat dan faktor sejarah sebagai sesuatu yang kurang relevan, dan ini membawa kepada konsep sistem satu dunia yang mementingkan undang-undang universal dan falsafah linear.

Namun, keengganan Modenisme untuk menafikan faktor budaya dan sejarah lampau telah melahirkan reaksi yang membawa kepada kelahiran Postmodernisme. Pascamoden menolak nilai-nilai universal yang dibawa oleh Modenisme dan masyarakat mula meragui undang-undang universal serta sistem sejagat. Reaksi ini lebih ekstrim daripada Modenisme, dan karya-karya Pascamoden boleh dilihat dalam pasaran semasa.

Dengan kematian Pascamodenisme, kemunculan Metamodenisme membawa konsep yang berbeza namun mengambil elemen dari kedua-dua aliran sebelumnya. Metamodenisme mengiktiraf keindahan dunia tanpa menolak keburukannya, sekaligus mempunyai elemen Neoromantisme yang merujuk kembali kepada zaman Pra-Modenisme. Aliran ini lahir sekitar tahun 2000-an, di mana masyarakat mulai memeluk semula identiti mereka setelah fasa Modernisme yang menolak identiti dan memberikan identiti universal yang tidak memadai.

Metamodenisme menawarkan alternatif yang menarik di mana masyarakat boleh menerima keindahan dan keburukan dunia secara seimbang. Ia merupakan pemulihan daripada penolakan terhadap budaya tradisional, penerimaan nilai-nilai sejagat, penolakan identiti tunggal, dan pencarian identiti yang baru. Fenomena ini juga berkait rapat dengan peningkatan aliran konservatif dalam pelbagai negara, di mana masyarakat mula menolak identiti sejagat dan kembali kepada nilai-nilai setempat.

Metamodenisme membawa kita ke era baru yang menjanjikan paradigma yang berbeza. Ia mengajak kita untuk menerima kepelbagaian pemikiran dan pandangan dalam dunia seni dan pemikiran kontemporari. Mungkin adakah kerana itu kini..?