Kembali ke Sudoku

 Permainan ini juga menarik dan memerlukan sedikit ketelitian! Puzzle ni ada 9X9 kotak setiap kotak kecil ialah 3X3. Undang-undang permainan ni, angka dalam setiap kotak besar hendaklah diisi angka 1-9 tanpa pengulangan dalam kotak, dalam baris, mahupun lajur dan memerlukan memori dan logik serta kesabaran. Anda tak boleh meneka kerana ini bukan teka teki.

Untuk permainan kali ini tiada formula melainkan perlu berfikir logik jika..maka macam yang anda pernah belajar dalam Matematik moden. 


Misalnya dibawah, tempat kosong bawah 4 saya perlu perhatikan baris, lajur, dan angka dalam kotak yang tiada, katakan saya mahu masukkan 3 , tiada 3 dalam lajur,baris dan kotak maka bolehlah saya letakkan 3! Jika angka 3,4,6,1 sudah diisi maka tinggal 2,5,7,8 dan saya akan menyemak dengan teliti satu persatu lajur, baris. Sehinggalah permainan ini tamat! 





Ulasan