eFishery dan penilaian tinggi

Baru-baru ini selain kes Pertamina, kes eFishery yang memalsukan laporan kewangan menjadi punca CEO Gibran Huzaifah dipecat pun menjadi hangat diperkatakan kat negara seberang. eFishery ni adalah sebuah syarikat pemula berasaskan teknologi akuakultur yang diasaskan pada 2013 oleh Gibran Huzaifah sewaktu masih di kolej. Dan khabarnya valuation bagi eFishery adalah $1.4 bilion..woww! Tetapi valuation tinggi adalah contoh awal bagaimana dotcom crash dulu berlaku, pelabur yang excited dan bermain dengan spekulasi melabur dalam saham berkaitan teknologi sekaligus menyebabkan harga saham yang melonjak 📈 dan mencipta gelembung spekulatif. Sampailah pelabur sedar bahawa syarikat pemula ni valuation ratus juta tapi tiada keuntungan yang membawa kepada penjualan saham. Beberapa syarikat pemula tidak mendapat pembiayaan akhirnya menutup operasi dan bankrap. Pelabur pun paniklah tengok syarikat-syarikat pemula ni gagal, sampailah pada 2002 saham berkaitan teknologi merudum sebanyak 78%. Dan sepertimana kejatuhan sebelumnya, memang memberi impak kepada ekonomi, ramai individu kehilangan pendapatan, keyakinan pengguna jugak merosot. Kes eFishery yang memalsukan laporan kewangan dengan memalsukan keuntungan sehingga $600 juta, kenapa eFishery berbuat demikian? Bahasa mudahnya eFishery mempunyai ramai pelabur, SoftBank, Temasek, 500 Global, KWAP, Northstar Venture dan ramai lagi ditipu dengan keuntungan $752 juta yang sebenarnya $157 juta dengan kerugian $35.4 juta dan dilaporkan penipuan ini selama bertahun-tahun sehingga februari lalu eFishery dilaporkan akan membuang 90% tenaga kerjanya.
Pelabur ini akan berpotensi keluar apabila mengetahui eFishery mencatatkan kerugian dan penipuan sebegini dan eFishery tidak mendapat pembiayaan daripada mereka sekaligus menyebabkan syarikat teknologi ini bakal berada dalam halatuju yang mungkin gelap, tetapi februari lalu sudah gelap?

Pendapat orang Islam Sarawak tidak peduli makanan halal salah dan sangat berbahaya

Seorang pengusaha kek lapis tempatan sedikit terkilan apabila kek lapis yang dipamerkan di Semenanjung dianggap tidak halal ekoran tanggapan yang dicipta oleh sesetengah penduduk Sarawak di media sosial yang juga terperangkap dalam tanggapan umat Islam tidak peduli makanan halal, ini disumbangkan oleh persepsi yang disebarkan melalui media sosial bahawa kononnya umat Islam di Sarawak tidak peduli makanan halal dan makanan halal disini kurang yang menyebabkan penduduk muslim memakan sahaja apa yang terhidang serta menggunakan tafsiran 'harmoni' yang salah. Maka, timbullah tanggapan orang luar bahawa di Sarawak tiada atau kurang makanan halal.

Itu mustahil kerana terdapat 746 premis makanan mendapat sijil halal pada 2022 dan bertambah kepada 896 pada 2024 menurut Majlis Agama Islam Sarawak.

Pembangunan seperti Hab Halal Tanjung Manis yang seluas 70,000 hektar bertujuan untuk menarik pelaburan dalam pengeluaran makanan halal global ekoran permintaan produk halal yang dijangka tumbuh dengan pesat dan dianggarkan berjumlah $4.5 trilion pada 2030. Industri halal ini bukan industri cikai-cikai!

Mungkin ada yang terlupa bahawa Unit Pembangunan Usahawan dan Industri Halal (UPUIH) yang asalnya unit dibawah Jabatan Ketua Menteri Sarawak digabungkan dengan Kementerian Pembangunan Perindustrian Sarawak (MID) menerusi warta yang dikeluarkan pada 31 Mei 2016 yang kini dikenali sebagai  Kementerian Pembangunan Perindustrian & Keusahawanan , Perdagangan dan Pelaburan Sarawak ( MIETI Sarawak) dan kemudian dikenali sebagai Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Usahawan Sarawak (MIED) yang juga kemudiannya selepas rombakan kabinet pada 2019, Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Usahawan Sarawak (MIED) bergabung dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang (MiTEC) dengan nama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industrian, Perindustrian Terminal dan Pembangunan Usahawan (MINTRED) Sarawak.

Kerajaan negeri juga sudah lama memberikan tumpuan pada sektor halal dengan pemberian insentif kepada perniagaan atau syarikat-syarikat yang terlibat dalam pengeluaran produk halal misalnya potongan cukai sehingga 100% dan pengendali logistik berkait halal juga mendapat insentif yang serupa.

Adakah ini menunjukkan umat Islam Sarawak serta juga peniaga tidak peduli makanan halal?

Tanggapan ini juga bakal merugikan industri pelancongan di Sarawak ekoran Lembaga Pelancongan Sarawak September tahun lalu optimis dalam mempromosikan pelancongan halal. Sebanyak 68 hotel di Sarawak mempunyai sijil pengesahan halal yang dan di Kuching sahaja 29 hotel yang menggambarkan kepedulian masyarakat serta perniagaan disini pada aspek halal.


Apabila sesetengah individu yang sedang rancak mengatakan 'kami di Sarawak tidak ada isu sekian sekian' apabila melibatkan aspek halal sekadar mencipta tanggapan yang salah pada masyarakat luar, ini merugikan ramai pemain industri ini di Sarawak bahkan industri pelancongan itu sendiri kerana kenyataan yang jelas menyimpang ini. Keharmonian memang wujud baik di Semenanjung dan Sarawak serta Sabah tetapi menggunakan hujah 'keharmonian' untuk menggambarkan perkara yang salah di Sarawak merugikan negeri ini sendiri. Bak kata pepatah 'menang sorak, kampung tergadai'. Sorak sesetengah golongan tak perlu dimenangi.


Bacaan lanjut: 

https://mid.sarawak.gov.my/modules/web/pages.php?lang=bm&mod=webpage&sub=page&id=39

Prasarana di Tanjung Embang

Hijau akan berubah wajah

Premier Sarawak tempoh hari mengumumkan bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Sarawak yang baru akan dibina di Tanjung Embang, kawasan persisiran pantai yang bersempadanan dengan Daerah Asajaya dan pelabuhan laut juga akan dibina disini yang dijangka akan memberi limpahan dan manfaat ekonomi kepada semua pihak seperti Kerajaan Negeri Sarawak, Kerajaan Persekutuan Malaysia, Pelabur Swasta, Syarikat Penerbangan, Pengusaha Pelancongan, Syarikat Logistik, Komuniti Tempatan, dan Institusi Pendidikan. Rancangan pembinaan lapangan terbang yang baharu diperkatakan oleh Abang Johari pada Mei 2024 yang lalu ekoran peningkatan jumlah penerbangan dan pertambahan penumpang dan menurut beliau, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sudah mencapai had kapasitinya(pada 2023 jumlah penumpang kira-kira 5.3juta dan dijangka terus bertambah) untuk mengendalikan penumpang dan lapangan terbang yang baharu diperlukan.

Di kawasan persisiran itu juga akan dibina dengan kerjasama firma Belgium, Antwerp-Bruges Port berjumlah RM 100 bilion. Pelabuhan Laut yang akan dibina pada laut dalam yang bersambung dengan pantai dimana daripada Tanjung Embang ke Samarahan dan Gedong. Pelabuhan ini bakal dilengkapi kemudahan pengisian bahan api atau 'bunkering' untuk bahan api hijau bagi kapal, selain terminal gas cecair (LNG), menjadikannya pelabuhan kedua seumpamanya selepas pelabuhan Bintulu.

Reaksi masyarakat barangkali positif sebahagian besar dan segelintir yang mendakwa sebagai pembaziran berbanding dengan pembangunan infrastruktur dan kemudahan di kawasan pedalaman. Reaksi serupa juga dilontarkan masyarakat ketika cadangan pembinaan HSR di era Najib Razak yang mempunyai banyak manfaat dan membawa limpahan ekonomi kepada masyarakat. 

Namun secara ringkasnya, pembangunan prasarana di Tanjung Embang ini akan memberi manfaat sehingga menjadikan nilai tambah sehingga 50% manfaat menerusi menerusi;

Penciptaan Peluang Pekerjaan

Ketika pembangunan sebuah lapangan terbang, sememangnya banyak pihak akan terlibat dengan pembangunan ini yang sekurang-kurangnya 20,000 peluang pekerjaan baharu. Pembinaan sebuah lapangan terbang akan memerlukan jurutera awam, jurutera elektrik, jurutera mekanikal, pekerja pembinaan seperti kontraktor, pengendali jentera berat, pengendali kren, arkitek, pemandu lori, pengurus tapak pembinaan dan banyak lagi yang akan terlibat dengan projek ini yang pastinya projek ini bukan projek kecil. Ini sekaligus memerlukan syarikat-syarikat seperti syarikat kren, syarikat pembekal simen, syarikat kejuruteraan elektrik, firma seni bina, syarikat pembekal sumber daya, dan pelbagai lagi. 

Apabila lapangan terbang ini siap, peluang pekerjaan tetap juga akan tercipta yang berkaitan dengan operasi, perkhidmatan dan pengurusan Lapangan Terbang tersebut seperti pengurus lapangan terbang, pekerja di kaunter pendaftaran, pemeriksaan keselamatan, pengurus bagasi dan perkhidmatan pelanggan. Bagi membolehkan sesebuah operasi lapangan terbang berjalan dengan lancar apatahlagi dimaklumkan oleh Premier bahawa Lapangan ini lebih besar dan canggih berbanding KIA, maka sememangnya ramai pekerja pelbagai bidang diperlukan baik yang memerlukan kelayakan daripada ijazah sarjana muda hinggalah kelayakan SPM. Cleaner diperlukan, pengawal keselamatan diperlukan, pekerja kargo diperlukan, pemandu lori diperlukan dan pelbagai sektor akan mendapat manfaat seperti sektor pelancongan, sektor perkhidmatan, dan di Lapangan Terbang ini juga sudah pastinya dibina kedai-kedai, restoran makanan segera yang turut memanfaatkan sektor F&B. Sektor sokongan juga mendapat manfaat. Untuk mendapatkan pekerja mahir sudah tentulah institusi pendidikan bakal melatih tenaga kerja dalam bidang logistik, bidang Teknologi Maklumat, bidang Kejuruteraan, pengurusan pelabuhan, teknologi penerbangan, perbankan dan banyak lagi. 

Bidang Kejuruteraan dan Teknologi juga sangat diperlukan untuk sebuah lapangan terbang dan pelabur ditambah dunia yang sudah berubah ke arah solusi digital, jurutera sistem, pakar IT, pengurus projek diperlukan untuk membangunkan dan mengendalikan infrastruktur teknologi. Teknologi memastikan sesebuah operasi menjadi efisien. Pekerja dalam bidang Data dan Analisis juga diperlukan memandangkan pemantauan aliran perdagangan dan pelancongan diperlukan. 

Pelabuhan Tanjung Embang juga bakal memberi manfaat kepada banyak sektor lai seperti industri bahan binaan, sektor kewangan dan perbankan dan banyak lagi tanpa semua ini, dan memerlukan banyak pekerja. Infrastruktur sebegini memberi banyak manfaat kepada masyarakat sekitarnya dan khususnya kawasan persisiran atau Ranto laut memandangkan Tanjung Embang berdekatan dengan Asajaya ditambah Pelabuhan Laut Tanjung Embang yang dijangka dibina hingga ke Gedong.


Pasaran dan Permintaan

Tujuan pembinaan dua projek ini sememangnya untuk menampung infrastruktur sedia ada seperti Pelabuhan Senari dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang awal disebutkan tadi. Permintaan yang kian meningkat menyebabkan perlunya infrastruktur baharu. Syarikat penerbangan MASwings sah menjadi milik Sarawak dilaporkan 12 Januari lalu. Apabila lapangan terbang ini siap ini sekaligus bakal meningkatkan jumlah penumpang yang juga memberi manfaat kepada syarikat penerbangan dan pengangkutan. Pelabuhan baharu juga meningkatkan lagi eksport minyak dan gas, sawit dan sebagainya. 

Infrastruktur
Di media sosial terlihat ramai yang tertanya bagaimana sebuah lapangan dibina memandangkan jalan raya ke Tanjung Embang yang kecil dan jalan raya yang kecil akan menyebabkan kesesakan trafik. Pembinaan Lapangan Terbang ini akan menyebabkan infrastruktur dan kemudahan lain dibina bagi memudahkan perhubungan antara kawasan bandaraya Kuching dan Tanjung Embang. Infrastruktur lain seperti jalan raya, sistem saliran juga akan dibina seiring infrastruktur lain. Ingat! Indeks daya saing mengambil kira infrastruktur dalam menjalankan perniagaan! Sudah pasti infrastruktur yang lebih cekap akan  dibangunkan.

Pertumbuhan perniagaan
Manfaat ekonomi juga menyebabkan lebih banyak perniagaan baharu yang muncul seiring permintaan dalam pelbagai industri disebabkan permintaan pada pelbagai industri yang menjadi rancak disebabkan kedua-dua projek ini. Perniagaan seperti pembangunan hartanah sekitar lapangan terbang ini juga akan menjadi rancak,baik kawasan perumahan baharu, hotel dan sebagainya. Sedikit demi sedikit perniagaan akan tumbuh sepertimana Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang memberi manfaat kepada semua yang kemudiannya meningkatkan lagi taraf hidup masyarakat.

Cabaran
Pembinaan infrastruktur ini sememangnya akan menggubah wajah Tanjung Embang dan sekitarnya yang merupakan kawasan kampung yang sekaligus menimbulkan persoalan tentang kesan sosial, perubahan demografi serta kesan pada alam sekitar itu sendiri namun Kerajaan Sarawak menitikberatkan kesan projek kepada alam sekitar. Sudah tentu, kawasan sekitar Tanjung Embang akan menjadi lebih urban berbanding sebelumnya dan salah satu senario yang sama ada akan terjadi atau tidak ialah perpindahan daripada kawasan luar bandar ke kawasan sebegini yang pernah terjadi suatu ketika dahulu. Dan salah satu hal yang juga dibimbangi ialah tanah-tanah orang Melayu yang terhakis sepertimana isu 91% Melayu Kuching tiada tanah akibat memberi laluan kepada pembangunan di Kuching dahulu. Semua ini menjadi cabaran. 

Penulis teringat sebuah cerpen bahasa Inggeris Tanjung Rhu dimana seorang ahli perniagaan mengenang kembali memori masa kecilnya di kawasan yang asalnya sebuah kampung ditepi pantai di Singapura yang telah berubah pemandangan. Ya, kita akan mengalami semua itu.

Namun, limpahan ini bakal dilihat beberapa tahun lagi ditambah pada Sarawak berakhir Disember 2023 sebanyak RM 13.3 bilion yang dengan PCDS fasa 2 menjadikan negeri maju 2030 bukan sebuah retorik melainkan sebuah perancangan yang teliti. 

Kisah wikiHow bermula





Masihkah anda mengingati tangkapan skrin daripada laman web yang sinonim dengan "how to" dan hampir menjawab setiap persoalan di Internet menerusi solusi yang agak melucukan dan mungkin menjadi meme pada forum-forum atas talian. Lihat sini


Namun,wikihow adalah salah satu laman web terkemuka mirip Wikipedia namun berfokuskan keuntungan dan kolaborasi terbuka ataupun perniagaan hibrid yang berjaya dengan nilai laman web bernilai RM 3.06 bilion dan pendapatan tahunan anggaran RM 75 juta per tahun.

Kandungan di wikihow merangkumi pelbagai bidang dan kandungan di wikihow sebahagiannya disumbangkan oleh komuniti tetapi disemak oleh pakar tertentu berdasarkan bidang kepakaran mereka untuk memastikan kualiti kandungan pada laman web tersebut.

Syarikat Internet "kecil" ini berpangkalan di Palo Alto,California, Amerika Syarikat dan mempunyai kira-kira 249 pekerja berdasarkan rekod Ogos 2023. Pejabat wikiHow adalah asalnya rumah yang dimana kita dapat lihat suasana pekerjaan ini agak santai.

Idea ini diasaskan seorang usahawan Internet bernama Jack Herrit pada 2005. Sebelum itu dia membeli laman web eHow yang serupa dengan wikihow hari ini tetapi mempunyai perbezaan yang sangat besar.

eHow asalnya sebuah laman web yang diasaskan pada 1998 ketika busa dot com atau web bubble dimana eHow dilancarkan dengan didanai sebanyak $36 juta atau kira-kira RM 170 juta dan merupakan laman web antara yang paling terkenal antara 1999 hingga 2000.

Namun pemikiran pengasas pada ketika itu apabila Google mulai berkembang, kebimbangan mereka adalah kehadiran Google sebagai perangkak web mereka akan mengakibatkan pengguna akan mengunjungi Google berbanding laman web mereka sekaligus pada 2003,eHow memfailkan sebagai muflis ekoran kos kian meningkat seiring kesan dotcom bubble. Setiap gelembung sesuatu peristiwa ada penghujungnya,sepertimana gelembung ekonomi di Jepun.

Jack Herrit yang asalnya pembaca eHow dan idea "bagaimana" itu menarik perhatiannya hingga membeli eHow pada harga $100,000 dari hasil wang yang sebelumnya wang simpanannya dan isteri untuk membeli rumah. eHow pada ketika itu ibarat sebuah perniagaan yang gagal dan hanya tinggal masa untuk terkubur.

Jack Herrit melakukan pembaharuan yang sebelumnya disekat pemilik terdahulu eHow dengan mengalihkan sekatan terhadap perangkak Google,membuang fungsi pendaftaran pengguna yang melecehkan,dan beralih ke penjanaan pendapatan menerusi pengiklanan. Beliau berjaya dengan pendekatan tersebut, apabila pengunjung eHow meningkat kepada 5.5 juta berbanding 40,000 pada 2004.

Walaubagaimanapun, eHow ibarat kandungan segera yang mengabaikan beberapa aspek yang Jack Herrit mahukan. Ibarat sebuah laman web yang tiada nilai kualiti dan menompokkan sesebuah topik dengan mengabaikan aspek tertentu mengakibatkan Jack Herrit lama kelamaan tawar hati dengan eHow,ekoran sudah tersasar dari matlamat asalnya meskipun dari segi peningkatan pengunjung mahupun pendapatan tiada masalah.

Jack Herrit kemudiannya mengasaskan laman web baharu yang sesuai dengan aspirasinya,iatu wikihow. Penubuhan wikihow didanai hasil jualan eHow kepada Demand Media pada 2006. Seperkara yang menarik disini,wikihow pada asalnya selepas Jack Herrit menjual kepada Demand Media mempunyai potensi keuntungan yang besar berbanding wikihow ketika itu masih terkapai-kapai dan mulai bertatih.

Jack Herrit berpandangan kebergantungan terhadap pemodal sesuatu yang mudah dan dia lebih suka mengusahakan wikihow dengan segala usahanya sendiri. Jika kandungan eHow dihasilkan oleh penulis bebas yang dibayar,wikihow pula adalah dimana orang ramai adalah penulisnya,mirip dengan Wikipedia dan perisian yang digunakan pada wikihow adalah MediaWiki yang diubahsuai. Menulis dengan percuma dan membacanya secara percuma, Itulah konsep wiki berasaskan sumbangan komuniti.

Namun,permulaan wikihow sudah tentu mencabar sepertimana mana-mana perniagaan apabila laman web dipenuhi vandalisme(ini yang kebiasaannya terjadi pada Wikipedia) dan lama-kelamaan wikihow mempunyai editor sendiri yang memantau. 

wikiHow sendiri sebuah organisasi hibrid atau separa bukan untung dimana kandungan mereka adalah percuma dan sesetengahnya dilabel pada Creative Commons Non Commercial (kecuali kandungan dibuat staf dan semua ilustrasi).

Ini sebuah idea yang menarik ibarat sebuah laman web wiki yang menghasilkan pendapatan. wikiHow turut beradaptasi dan berubah kepada penjanaan pendapatan melalui wikiHow Pro dimana pengguna mendapatkan kandungan dan akses yang lebih luas dan spesifik seperti kursus atas talian,video pembelajaran dan tutorial serta temubual bersama pakar dalam sesebuah industri bahkan bebas iklan dan pengguna boleh memuat turun kandungan pada harga samaada RM24 sebulan atau RM 165 setahun.

Kini,wikiHow ibarat rujukan yang ada dimana-mana sebaik menaip sesuatu pada enjin carian. Pengasasnya seorang yang berdedikasi dan tidak berorientasikan sepenuhnya pada keuntungan sebaliknya pada dedikasi untuk menjadi yang terbaik. Hal ini boleh dipelajari oleh kita bahawa untuk mengekalkan momentum dalam perniagaan digital, kita harus berusaha memberikan yang terbaik dan bukannya mengabaikan aspek dan etika semata-mata untuk trafik yang tinggi pada masa yang singkat tanpa membina sepenuhnya jenama. 

Sumber: