Melayu feudal lah sangat..



 Kalau anda banyak ikuti penulisan tak pun wacana sesetengah kelompok tak kisahlah kat mana pun, ayat "Melayu feudal" mesti tak lekang, yelah kita ni mewarisi psikologi feudal yang susah diubah sebab dah berakar umbi katanya. Jadi perjuangan diorang sebenarnya untuk membebaskan kita daripada feudal tu. Walaweh.  Tetapi persoalannya feudalisme tu apa? Sebab macam cheese atau matcha, sekarang semua di feudalism-kan sampai kita pun hairan feudalisme ni apa benda? Dalam buku yang merupakan tesis Phd pengkaji sejarah, Dr Azmi Ariffin sedang mengorek sedalam mungkin apa itu feudalisme dan kenapa, bagaimana dikaitkan dengan sejarah Melayu yang bakal buat pembaca yang dah ada tafsiran feudalisme tak selesa. Buku ini ada diskaun di kedai buku DBP Sarawak!

Buku ini mungkin menggegarkan selepas idea feudalisme yang mungkin selama berdekad dianggap tak tercabar dan utuh itu dinilai secara mendalam dengan menolak kacamata penjajah yang menguasai makna feudalisme ni.

Pada bab pertama penulis merungkai makna feudalisme yang berasal daripada Eropah dan feudalisme tu sendiri sebuah sistem naungan yang kalau tengok struktur dia, takde pun struktur yang sama kat sejarah tanah air tapi penulis huraikan daripada zaman Eropah secara mendalam tentang sistem feudal itu yang mana perkembangan kat sana menyebabkan sistem feudal ni tak lagi berfungsi dan kat Perancis pulak dijadikan label untuk apa-apa sahaja yang dianggap anti sains dan banyak lagi dan menjadi label politik untuk lawan. 

Ada beberapa huraian yang panjang penulis pasal struktur feudalisme di Britain,Perancis,Jerman, Asia kemudiannya membandingkan dengan di apa yang berlaku kat tanah air kita yang mendedahkan sebenarnya feudalisme itu tak wujud langsung di negara ini kalau diorang ikut definisi konteks kat eropah dan bukannya definisi yang kabur contohnya apa-apa sahaja dikaitkan dengan feudalisme bahkan wujudnya terma psikologi feudal seolah-olah sifat alami yang secara tak langsung membenarkan penjajahan kuasa asing sebabnya ikut skrip diorang ; 

Primitif->Feudal->Moden

Jadi diorang kena ada sebab nak jajah yang menyebabkan penulis-penulis kolonial menegaskan masyarakat Melayu ni feudal, mundur yang memandangkan ikut skrip diorang tadi, diorang tengah membawa Melayu ke fasa moden. Disebabkan British ni ada sikap angkuh semata-mata industri dulu dia claim paling bijak kat bumi lol (serius!) dan gunakan teori sosial Darwin (berbeza daripada teori evolusi Darwin yang sebenar sebabnya pencetus teori sosial Darwin ni, Herbert Spencer petik ayat hujung buku The Origin of Species ikut kepala dia untuk menghalalkan imperialisme yang bertentangan dengam teori Darwin) sebabnya kelompok selain British dan orang Eropah ni masih belum berevolusi dan mundur yang mana diorang ada beban sebagai umat manusia untuk memajukan diorang dan orang selain Eropah/British ni ibarat orang yang tengah tunggu skrip daripada British. Delulu gila diorang 😭.

Tambahan kaca mata Marxis yang merebak akhirnya dianuti hampir majoriti intelektual berhaluan kiri di Malaysia termasuk nama besar yang secara tak sengaja mengulang rekaan kolonial yang diorang lawan. 

Kenapa benda feudalisme ni penting? Sebabnya dia sangatlah besar daripada zaman Tuah vs Jebat, zaman Tun Mutahir kena hukum, punca kejatuhan Melaka, kemunduran Melayu, sampailah sekarang weh! Kira benda ni tak settle dari dulu dimana sebab orang kita feudal, jadi kita yang bersalah dan kau lahir - lahir sebagai Melayu terus feudal, benda tu dah diaturcara dalam kita punya DNA.Tapi pernah tak kita rasa benda tu betul? Hujah penulis adalah: Feudalisme itu tak wujud dalam masyarakat Melayu sebabnya budaya timbal balik wujud secara sejagat bukannya ciri khas plus  tiada bukti struktur serupa wujud tapi benda tak wujud ini dianggap gejala yang sampai sekarang ada heronya, jadi kalau benda tu tak wujud diorang berjuang untuk apa? Malahan penulis juga membidas golongan yang masih menjadikan feudalisme seakan wujud ini sebabnya diorang ada yang ahli politik jadi ada agenda disitu.

Ini tidak, budaya nepo,kronisme,bodek⇨Cakap "Ni warisan feudal!" (Padahal budaya membodek, kronisme, dan nepotisme ni ada kat mana-mana korporat moden di Wall Street mahupun Silicon Valley hatta zaman bubble economy kat Jepun, tak payah jadi Melayu pun korang hari-hari dengar. Jadi semua orang feudal. Gitu?


Buku ni sebenarnya satu usaha Dekolonisasi Sejarah. Beliau bukan nak pertahankan kezaliman mana-mana pembesar zaman dulu (sebab kezaliman individu memang wujud di mana-mana), tapi beliau nak betulkan istilah dan struktur yang disalah-erti. Kalau strukturnya tak wujud, maka naratif "Melayu mundur sebab sistem feudal" adalah mitos politik semata-mata dan bukan salah kita lahir sebagai Melayu terus dianggap takleh ubah kecuali revolusi. 

Selain cerita feudal, banyak sebenarnya kajian Dr Azmi Ariffin yang anda boleh baca contohnya kejatuhan Melaka, sejarah kemerdekaan dan banyak isu sejarah yang beliau aktif di media sosial menerusi TikTok, Facebook dan Youtube yang anda boleh layari;

Tiktok : @azmiarifinusm

FB : Azmi Arifin


Ulasan