"Kenapa orang Jerman berdiam ketika orang sekeliling mereka (Yahudi) dibunuh sedangkan yang dibunuh itu orang yang tak berdosa"? Soalan ini menimbulkan banyak persoalan, dan teori yang akan dikumpulkan dibawah.
Ahli teologi, Dietrich Bonhoeffer yang menentang rejim N@zi ketika dipenjarakan berteori bahawa;
Kebodohan bukanlah kekurangan daya intelek melainkan kekurangan kebebasan mental. Ini kerana waktu tu penyokong rejim adalah golongan bijak pandai, bahkan Saintis N@zi merupakan antara yang keterhadapan ketika itu tetapi percaya kepada doktrin . Beliau juga mengatakan bahawa kebodohan lebih berbahaya daripada kejahatan sebab orang yang bodoh tak boleh dihadapkan dengan fakta atau logik melainkan dimanipulasi dengan pemikiran. Alamak bunyi dah macam mencarut, selain itu terdapat eksperimen seperti eksperimen Stanford dimana simulasi penjara dilakukan dan lama kelamaan penjaga beransur-ansur menjadi 'jahat' dengan mengejek tahanan, tak benarkan ke tandas hingga eksperimen ini dihentikan. Kesimpulan eksperimen ini agak menakutkan bahawa; orang yang baik boleh menjadi jahat.
Sementara eksperimen sosial yang dilakukan guru sejarah, Ron Jones lebih menarik kerana mensimulasikan sendiri doktrinisasi tanpa disedari, budak yang banyak soal akan dihukum ke perpustakaan dan selang seminggu, pelajar-pelajar tersebut akhirnya menyedari bahawa mereka tidak bebas daripada propaganda dan kenyataan Ron Jones pada mereka seakan-akan menyedarkan diri mereka(beliau menayangkan bagaimana orang-orang tidak bersalah dibunuh) dan budak-budak tu pun auto insaf.
Alam semesta Monster agak menarik ekoran watak antagonis disini,Johan Liebert adalah kanak-kanak yang tidak ada kesempatan untuk mencari identiti,keadaannya berbeza dengan Anna ekoran meskipun sebenarnya Anna yang mengalami pengalaman buruk sebagai objek eksperimen berbeza dengan Johan yang 'kosong' dan tidak menjumpai jawapan pada banyak persoalan siapa dirinya, mengapa dia ada dan malah berubah pemikiran. Namun ekoran dramatisasi,kita mungkin kurang melihat dimana persoalan Johan terhadap dunia yang sepertimana orang yang gagal menjumpai tujuan,mencipta tujuannya sendiri. Bahkan Johan mengambil memori orang lain sebagai miliknya. Jika dijejaki mengapa terbina seorang Johan Liebert,lihat zaman kecilnya dimana pemikiran nihilis terbentuk ekoran menganggap dirinya sebagai sebahagian daripada Anna(memandangkan "aku" itu hampir tidak ada bagi Johan) dan tujuan Johan adalah menghapuskan semua orang hingga yang tertinggal dirinya sebelum membunuh dirinya atas tujuan menghapuskan kewujudan dirinya..mustahil.
Johan bermula sistematik dengan memanipulasi orang-orang disekeliling,membuka perniagaan haram di usia remaja hinggalah mendekati para elitis untuk tujuan menguasai dunia. Kk.
Baik tentang menghapuskan kewujudan berhubung dengan tanggapan Johan bahawa dilahirkan itu adalah tidak ada keistimewaan,seperti terdapat kekosongan untuk menjadi "saya" namun luar daripada cerita sebenarnya Naoki Urasawa terinspirasi daripada The Fugitive dan dalam siri Monster dari awal hingga akhir, Dr Tenma tidak berubah daripada pendiriannya.
Benar,kejahatan Johan berakar dari kekosongan jiwa berbeza dengan Dr Tenma yang mempunyai tujuan. Dan Anna yang menjadi "Anna" dan melawan Johan yang menganggap dirinya sebahagian daripada "Anna".
Zaman kanak-kanak yang buruk membentuk karakter seseorang,Johan melihat dirinya sebagai raksasa tanpa nama dalam buku Raksasa Nirnama. Ini sangat mirip dengan kes pembunuh John Lennon,Mark Chapman yang menyedari John Lennon adalah sebahagian orang dewasa yang palsu sepertimana Caulfield melihat orang dewasa yang palsu,dia berubah pemikiran selepas membaca kembali buku The Catcher in the Eye,begitu juga Johan selepas membaca kembali Raksasa Nirnama. Identik. Anda boleh baca kes Mark Chapman dibawah.
Namun meskipun, Johan mengaplikasikan pengetahuannya bagaimana manusia bertindak dan berfikir kemudiannya memanipulasi manusia untuk menjayakan tujuan asalnya.
Kesemua kata-kata yang terbit daripada Johan itu sendiri mungkin bukan sahaja mempengaruhi watak dunia Monster tetapi dunia nyata,yang menganggap kata-kata Johan sesuai dengan realiti sedangkan pemikiran, pandangan nihilis Johan yang melihat dunia ini daripada kaca mata yang menolak tiang untuk berpaut. Ini pernah dijelaskan Pascal bahawa manusia sememangnya rapuh dan kita akan mencari-cari kebenaran dan cuba melihat apa-apa didunia daripada mana-mana sahaja ekoran ketiadaan identiti atau roh dan daripada ketiadaan serta kekosongan itu ramai melihat dunia dengan tanpa makna ekoran dia belum menjumpai makna
Pusat kebajikan Belia Torgau adalah sebuah kem pemulihan remaja dan kanak-kanak dalam lingkungan 14 hingga 20 tahun yang dikendalikan dibawah Kementerian Pendidikan Jerman Timur ketika itu. Pusat belia ini ditubuhkan pada 1964,menggunakan sebahagian besar bekas tapak penjara belia. Tujuan asal pusat ini ditubuhkan adalah untuk mendidik semula anak-anak yang memberontak untuk kembali menjadi seorang pemuda sosialis yang baik ekoran remaja dan kanak-kanak yang ditempatkan disini adalah kelompok bermasalah misalnya salah seorang penghuni disini adalah Karsten,16 tahun yang cuba bertemu dengan ayahnya di Jerman Barat yang mana kanak-kanak ini dipastikan untuk mendakap dunia yang berpaksikan kesejahteraan manusia,bukannya berpaksikan wang seperti di Jerman Barat yang mengeksploitasi kaum pekerja. Kanak-kanak dan remaja yang dimasukkan disini adalah melalui laporan daripada pihak sekolah dan ibubapa tidak boleh menghalang keputusan ini.
Namun penubuhan Pusat ini ibarat neraka bagi penghuni disini,dengan suasana yang teruk. Berdasarkan salah seorang bekas penghuni disini,mereka melalui latihan ekstrim seperti Kawad Kaki,Tekan Tubi hingga 100 kali baik lelaki dan perempuan. Disini jika salah seorang gagal melaksanakan misalnya tekan tubi seperti diminta maka semua akan menerima hukumannya dimana dalam bentuk penyeksaan hingga kanak-kanak yang gagal itu akan diajar pada waktu lain ekoran daripada kelemahannya. Disini semua penghuni diajarkan bahawa menunjukkan kelemaha. adalah suatu bentuk kekalahan. Maka dari itulah wujudnya,kanak-kanak mulai membunuh.
Pengawal yang berada disitu hanya membiarkan remaja membelasah kanak-kanak lain ekoran moto keramatnya "Kalau tak dengar, mendapatlah". Malah ada gadis-gadis yang diperkosa oleh pengawal dan pengarah pusat ini hinggakan gangguan seksual adalah sesuatu yang normal disini. Pada waktu malam,bilik dikunci hinggakan penghuni menyediakan baldi untuk membuang air besar dan kecil.
Perkara yang serupa berulang hari demi demi hari. Setiap harinya hidup dalam seksaan fizikal dan mental menyebabkan ada yang mencuba untuk membunuh diri dengan menelan paku dan gris yang hujungnya berakhir ke hospital. Salah seorang bekas penghuni disini menulis bahawa dirinya mahu keluar sebagai manusia.
Salah seorang remaja 16 tahun yang mahu membunuh diri akibat sudah tidak mampu menanggung penderaan fizikal dan mental mengajak rakannya yang lain untuk membunuhnya tetapi percubaan mereka gagal selepas dirinya masih hidup hingga diketahui tutor disitu lalu dipisahkan tempat mereka berdua untuk dikenakan hukuman hingga dia dibawa ke hospital psikiatri kanak-kanak dan tinggal disitu selama 10 tahun.
Di pusat ini,kanak-kanak tidak tahu apa yang terjadi pada dunia luar dan diasingkan daripada sehinggakan bekas penghuni disini sukar beradaptasi dengan kehidupan ditambah trauma yang teruk. Sebenarnya penubuhan pusat ini tidak lebih daripada proses meruntuhkan identiti kanak-kanak dan menukarkannya dengan identiti, perspektif yang baharu sebagai penganut komunis dengan memisahkan mereka daripada ibubapa bahkan menindas kreativiti supaya kanak-kanak ini mudah dikawal. Ini ibarat keluar mulut buaya masuk mulut harimau meskipun kanak-kanak ini didera di Pusat ini,hakikatnya penderaan adalah sesuatu yang normal di Jerman Timur disebabkan alasan tertentu.
Proses meruntuhkan identiti
Kanak-kanak yang masuk ke dalam pusat ini tidak memanggil masing-masing dengan nama sebaliknya dengan nombor yang diberikan untuk menghapuskan identiti individu mereka,mereka dilarang untuk bertindak seperti kanak-kanak dan remaja yang umumnya suka meneroka dan mencuba perkara baru misalnya dilarang berpakaian sesuai keinginan mereka,bersuara atau berperilaku melainkan patuh kepada arahan.
Penderaan fizikal dan mental yang diterima oleh kanak-kanak dan remaja ini menyebabkan mereka beransur-ansur hilang keperibadian dan maruah. Kanak-kanak dan remaja yang masuk ke sini ada yang ditanggalkan seluruh pakaian dan dibiarkan selama beberapa jam oleh pentadbir di pusat tersebut. Mereka diajarkan untuk bertindak secara kolektif seperti yang kami ceritakan awal tadi jika seorang berbuat sesuatu, semua akan mendapat hukuman. Jika seorang melakukan kesalahan maka seluruh penghuni akan mendapat hukuman dan disini mereka harus mengorbankan identiti individu demi kumpulan.
Pemaksaan doktrin komunis.
Bayangkan kanak-kanak dan remaja berumur 14-20 tahun diajarkan untuk jangan sesekali berfikir sesuatu yang bertentangan dengan komunisme. Kanak-kanak dipengaruhi dan diprogramkan dengan propaganda komunis. Memandangkan disini mengamalkan didikan "pendidikan untuk bekerja melalui kerja",penghuni sampai-sanpai ada yang menelan paku,skru untuk membebaskan diri sekejap daripada neraka ini.
Hingga selepas runtuhnya tembok Berlin,pusat ini ditutup ekoran merupakan institusi ideologi komunis dan kanak-kanak dikembalikan pada ibubapa ataupun berpindah ke sistem yang baharu dan segala propaganda, sistem dihapuskan yang kemudiannya disruktur semula berdasarkan sistem pendidikan Jerman Barat.
Bekas-bekas penghuni ini mengalami tekanan dan trauma yang sangat teruk,mereka kemudiannya membawa kes ini ke Mahkamah yang mana hingga hari ini masih berlanjutan.
Saya menghadiri sebuah seminar yang merupakan program yang diwajibkan oleh pihak Kolej dimana audiesnya adalah pelajar perempuan. Dan terdapat seminar motivasi diri yang dimana saya sangat aktif menghadam setiap "ceramah motivasi" yang diberikan tetapi dalam persoalan demi persoalan ekoran penceramah mempromosikan sesuatu nilai dengan beranggapan nilai yang dibawanya itu lebih baik berbanding nilai yang kami pegang. Atau bahasa mudahnya penceramah ada agenda.