22 Julai 1963 bukan tarikh kemerdekaan Sarawak
Ya setiap tahun ada je komen yang bercampur dengan retorik kenegerian sempit. Yang penting menyimpang, tak kisahlah kau Sarawakian paling patriotik orang lain pengkhianat, ini penjelasan paling ringkas (yang penting bersumberkan fakta bukan retorik murahan!)
22 Julai bukan Hari Kemerdekaan melainkan tarikh pembentukan kabinet sebab Gabenor British masih ada. Tapi si penulis ni jawab balik "kira merdekalah" tu nampak tak dia tak peduli pun? Tunku Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada 9 Ogos 1955. Jadi ikut logik penulis sepatutnya Persekutuan Tanah Melayu merdeka 9 Ogos atau 1 Ogos bila pembentukan Kabinet Tanah Melayu pertama. 31 Ogos 1957 atau 5 Safar. Dua Sarjana Sejarah iaitu Michael Leigh dan Sanib Said mengatakan bahawa itu tarikh berkerajaan sendiri dan bukan tarikh kemerdekaan.
Menurut Michael Leigh;
Sadly, that myth is quite untrue, as the British Governor remained in absolute control through until August 31, 1963, after which he agreed to accept the advice of Sarawak’s new Chief Minister on all state matters, whilst continuing to exercise authority on federal matters until September 15, when he departed.
Merdekakah ketika orang asing masih mempunyai autoriti?
Menurut Sanib Said pula;
22 Julai merupakan bermulanya proses ke arah kemerdekaan. Kita mencapai kemerdekaan daripada British hanya untuk beberapa jam pada 15 September 1963, apabila gabenor kolonial Sir Alexander Waddell berlepas ke Britain.Keesokan harinya, Datuk Abang Openg Sapiee diisytiharkan sebagai gabenor dan pada masa sama, kita membentuk Malaysia dan kemerdekaan kita diteruskan. Adalah pada 16 September Sarawak mencapai kemerdekaan di Malaysia.
Tambahan tarikh kemerdekaan memang dirancang satu tarikh iatu 31 Ogos tetapi masalahnya ketika itu Sarawak menghadapi ancaman Komunis.
Dalam naratif rasmi, 22 Julai 1963 bukan tarikh kemerdekaan Sarawak melainkan dirujuk Hari Sarawak bukannya Hari Kemerdekaan Sarawak. Sebabnya? Bekas Penasihat Legislatif Negeri, JC Fong menyebut 22 Julai bukan tarikh kemerdekaan Sarawak melainkan pada Hari Malaysia dan mengatakan gazet yang ditandatangani oleh mantan Ketua Menteri ketika itu 'wrongly prepared ' hinggalah pelbagai pemimpin menggesa agar dipinda.
Tapi kenapa benda ni acapkali jadi isu. Retorik. Retorik memancing emosi, rasa kebersamaan, rasa bangga, rujuk kenyataan Peter John Jaban, Lina Soo. Diorang peduli apa sarjana Sejarah perjelaskan macam mana pun. Yang penting sesuai dengan tekak regionalism. Bukan diorang je, ahli politik memang mengambil peluang kekeliruan ni untuk kepentingan politik diorang.
"Jangan kita butak sejarah agik" katanya. Ironi sungguh.
Ulasan
Catat Ulasan