PNB sebenarnya cool!
Puluhan selepas merdeka, kita dikatakan merdeka secara fizikal atau politik sedangkan ekonomi ketika masih dipegang syarikat-syarikat British yang masih mengawal ladang-ladang getah serta lombong biih timah di kawal oleh British dari jarak jauh misalnya Guthrie,Sime Darby dan London Tin. Ketika itu pemilikan ekuiti oleh Bumiputera sangatlah sedikit pada 1971 berdasarkan jadual dibawah.
| Pemilikan | Jumlah Pemilikan | Peratus |
| Bumiputera Perseorangan dan Agensi Amanah | 279.6 | 4.3 |
| Bukan Bumiputera | 2233.2 | 34.0 |
| Warganegara Asing | 4051.3 | 61.7 |
Ini adalah pasca terjadinya peristiwa hitam negara iatu 13 Mei 1969 dan kemiskinan Bumiputera yang parah ditambah pekerjaan mereka yang fokus pada sektor kepada pertanian, beberapa syarikat mula diambil alih oleh kerajaan menerusi PERNAS misalnya London Tin tapi perkara ini tak cukup. Maka, kerajaan datang dengan Dasar Ekonomi Baru yang mana membawa kepada penubuhan Yayasan Pelaburan Bumiputera pada 1978 dan seterusnya Permodalan Nasional Berhad sebagai badan pelaburan bagi YPB sebagai solusi kepada masalah pemilikan ekuiti bumiputera yang rendah ketika itu.
Amanah Saham Nasional dilancarkan pada 1981 yang mana kerajaan melakukan kempen yang agresif dimana pegawai-pegawai masuk ke ceruk kampung dan iklan televisyen serta radio yang mana sistem buku pelaburan diperkenalkan ketika pelabur mendaftar di Bank dan Pejabat Pos. Tahukah anda ini dilakukan 1981, puluhan tahun sebelum pelaburan di demokrasikan dan fractional shares dipopularkan pada 2019! PNB telah melangkaui logik ekonomi bahkan teks ekonomi pada ketika itu bahawa petani, orang-orang kampung tidak boleh memiliki syarikat besar tanpa memerlukan modal yang besar menerusi pemilikan ekuiti kolektif yang hanya, pada ketika itu, ini adalah sesuatu yang radikal! Istilah crowdfunding itu sendiri diperkenalkan pada 2006 tapi PNB bukan crowdfunding eh. Malahan banyak perkara yang PNB dah lama buat ketika itu tapi di zaman ini baru dilakukan misalnya financial inclusion menerusi sistem buku pelaburan tanpa perlu akaun bank pun, sebelum robo advisor ataupun pelaburan pasif ada, PNB menanggung risiko pelabur dengan individu-individu terbaik yang menguruskan dana pelaburan ini.
Selepas penubuhan PNB, kerajaan kemudiannya memindahkan saham-saham milik agensi kerajaan kepada PNB yang asalnya dimiliki Perbadanan Nasional Berhad dan Kementerian Kewangan seperti Maybank, Sime Darby Berhad, Malaysia Mining Corporation. Kebetulan Sime Darby, London Tin diambil alih oleh PERNAS sebelum peristiwa paling menarik dalam sejarah korporat iaitu Dawn Raid dimana PNB berjaya mengambil alih Guthrie sebelum pemiliknya sedar di London! Kenapa Guthrie, sebabnya Guthrie adalah syarikat British yang memiliki tanah sangat yang luas di Malaysia! Serangan subuh ini berlaku 5 bulan selepasnya Amanah Saham Nasional dilancarkan.
PNB membuat perancangan yang rapi baik daripada dana untuk membeli menerusi pinjaman komersial antarabangsa iaitu Eurodollar loans supaya dari awal lagi British tidak dapat menghidu. Kemudiannya menerusi broker, Rowe & Pitman dengan pelbagai supaya tidak dikesan oleh British. Bermula seawal 9 pagi mereka mula membeli sedikit demi sedikit saham Guthrie sehinggalah pada pukul 1 petang, PNB berjaya mengambil alih 51% saham Guthrie. Semestinya ini mencetuskan kemarahan di Britain ketika media di sana menggelarkan ini adalah rompakan siang hari walaupun sah bagi undang-undang mereka sebelum London Stock Exchange menggubah undang-undangnya.
Krisis 1998 meletup dan indeks bursa saham Kuala Lumpur jatuh 75% mengakibatkan pelabur mulai panik dan menarik keluar dana daripada bursa saham dan PNB membeli semula saham-saham tersebut pada harga yang murah dan semestinya kebimbangan pelabur pada saham sebabnya harga saham sudah jatuh masih kekal ke modal yang mereka ada? PNB menerusi sistem rizab simpan untung banyak daripada era Super Bull masih bagi dividen 10.50sen seunit tau! Bukan setakat sediakan payung, sediakan rumah terus sebelum hujan!
Tetapi perkara ini juga bertitik tolak daripada pengurusan PNB ketika itu yang cukup berdisiplin sebabnya beberapa negara akan ambil wang daripada badan dana pelaburan negara contohnya negara jiran yang menyebabkan kegagalan dan kehilangan kepercayaan daripada masyarakat yang dikelolakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
PNB bukan semata-mata ambil alih Guthrie malah terlibat dengan ala-ala drama thriller korporat mirip drama perniagaan Jepun, Hagetaka ketika pengambilalihan syarikat gergasi hartanah, SP Setia pada sekitar 2012 apabila pada September 2011, PNB yang memiliki 33% dalam SP Setia membuat tawaran terbuka untuk membeli baju saham yang mana sebaik sahaja itu harga seunit melonjak ke hampir ke RM 3.90.
Liew Kee Sin, ketua pegawai eksekutif SP Setia kemudian membuat sedikit "drama" apabila meminta pemegang saham tidak menjual saham-saham mereka serta mengeluarkan kenyataan bahawa tawaran PNB terlalu murah bagi nilai SP Setia yang tak terhingga. SP Setia juga membawa pasukan penilaian semula aset dan berpendapat nilai sebenar sebenarnya adalah RM4.00-5.00, pekeliling juga dikeluarkan untuk pemegang saham untuk menolak tawaran PNB tersebut. Dia juga dikatakan berunding dengan white knight yang kadangkala melonjakkan harga saham misalnya badan kekayaan berdaulat daripada negara timur tengah.
Namun satu-persatu institusi dan pelabur marhaen menjual saham mereka dan PNB kini memiliki lebih daripada 50% saham sehinggalah Liew Kee Sin bersetuju untuk menjadi Ketua Pegawai Eksekutif selama 3 tahun tetapi dia akhirnya memutuskan untuk keluar pada 2014 dan menubuhkan EcoWorld bersama dengan pasukan SP Setia yang tidak selesa dengan angin baharu pejabat mereka.
Berbalik kepada tujuan asal PNB iaitu memperkasa ekuiti domestik. Kita tak sedar sebenarnya rakyat Malaysia secara umumnya pemilik bank utama seperti Maybank yang mempunyai aset terbesar di Malaysia berjumlah US$201.84 billion menerusi ASB,KWSP,KWAP sekaligus menjadikan pelabur institusi pemegang saham majoriti. Banyak lagi bank yang sebenarnya dimiliki oleh institusi seperti KWSP,KWAP, Tabung Haji dan banyak lagi tanpa anda sedari anda adalah juga pemilik Bank-bank, jalan raya serta syarikat-syarikat mega yang lain. Berbeza tau dengan dengan negara jiran yang bank-bank utama dikuasai swasta yang keuntungan mengalirkan kat kapitalis atau taikun je itu yang mengakibatkan jurang yang besar sedangkan keuntungan Bank-bank utama kat negara kita mengalir kepada kita juga.
Walaupun ada fasa-fasa yang tak selalunya memihak pada PNB tapi diorang ni sentiasa ada perancangan untuk tu tau!
Menariknya kalau kita lihat perbezaan PNB(memandangkan PNB ni hibrid) dan badan pelaburan lain, kita sebagai rakyat boleh buka akaun, boleh keluar, boleh tambah malahan laporan setiap tahun sampai pada kita, benda ni berbeza daripada institusi yang sama tetapi negara lain yang anda cuma tahu wang anda dilaburkan kat mana tapi anda tak ada akaun macam di ASB,ASN dan sebagainya. Kita boleh keluarkan mahupun tambah modal tanpa birokrasi. Inilah yang dimaksudkan demokrasi! Berbeza daripada mutual fund swasta yang mengenakan caj broker 3-4% , PNB tak kenakan caj pun! Malahan risiko diorang tanggung berbeza daripada broker, sebab diorang memang pengurus dana anda. Lihat artikel berkenaan pasaran saham secara broker ini.
Pendek kata, PNB ni sebenarnya cool tapi tak perlu banyak gimik pun! Sekarang dah ada aplikasi MyASNB yang menjimatkan masa tak perlu pergi pejabat bank ataupun pejabat pos dah. Macam mana? Anda sudah buka akaun atau beli unit baru ?


Ulasan
Catat Ulasan