Pilihlah buku kanak-kanak yang tepat!


Ketika menyusun buku kanak-kanak, terdapat perkara yang menarik untuk dikongsikan. Seawal usia kanak-kanak dan remaja lagi harus direnungkan ke arah pembangunan seseorang daripada bahkan hal sekecil buku apa yang dibaca. Umur kanak-kanak mempunyai neuroplasticity yang tinggi, di mana otak mereka cukup responsif dan menyerap apa sahaja daripada sekeliling, misalnya terhadap visual dan naratif daripada buku, kartun. Sukar untuk menjelaskan bahawa kartun, buku, mainan tidak mempengaruhi siapa diri mereka kerana bahagian seperti amygdala(emosi) dan hippocampus (memori jangka panjang) juga aktif, daripada ini untuk kes saya masih mengingati kisah-kisah teladan yang saya baca ketika berusia 8 tahun. Kanak-kanak boleh meniru percakapan ibu bapa yang baik atau sebaliknya. Kanak-kanak yang terdedah kepada cerita yang dipenuhi nilai moral akan membangunkan laluan nilai antara prefrontal cortex (logik)dan insula(empati) yang mana ini akan menjadi 'GPS' atau kompas awal kanak-kanak tersebut dalam kehidupan tanpa mereka sedar. Ya, anda harus memberitahu dan meletakkan sempadan bahawa benar dan salah itu wujud kerana kanak-kanak dicorakkan ibubapanya.

Meningkat umur remaja, fasa dimana zaman pencarian identiti seseorang, remaja akan membawa kembali rangka zaman kanak-kanak mereka dalam membuat keputusan. Misalnya tadi disebutkan sempadan bahawa benar dan salah itu wujud akan kembali dipersoalkan ketika usia remaja mahupun dewasa kecuali anda telah menyediakan panduan bahawa baik dan benar tetap wujud walaupun dicampuradukkan dan meskipun yang salah lebih banyak daripada yang benar. Macam pernah dengar? Kekeliruan dan pencarian jawapan di zaman remaja memerlukan panduan yang mirip seperti mana zaman kanak-kanak, mereka mengetahui yang benar dan salah daripada cerita dan visual.
Meningkat remaja juga, apa-apa yang dihadam baik daripada media sosial, pergaulan dan novel mempengaruhi siapa mereka, kesemuanya melalui proses kognisi dan daripada proses kognisi terbentuknya persepsi yang terhasil daripada hubungan-hubungan maklumat sebelumnya. Misalnya kita melihat gunung, bacaan sebelumnya mendapati bahawa gunung terbentuk daripada proses lipatan daripada aktiviti tektonik di masa lalu. 

Ini seringkali dipandang enteng oleh ibubapa mahupun pihak berkepentingan, persekitaran membentuk seseorang, sekeliling memberi impak kepada seseorang daripada makanan, aktiviti harian dan apa yang dihadam. 

Untuk senario dunia nyata, penerbitan seperti ThePatriots adalah penerbitan yang membina persekitaran ini, kerana kita kini mempunyai penerbitan pop ilmiah yang melahirkan masyarakat yang mencintai ilmu (dan saya seorang daripadanya!) tetapi bagaimana dengan buku kanak-kanak? Adakah anda mahu membeli buku dibawah sebagaimana buku kanak-kanak ini memberikan identiti kepada Johan Liebert mahupun buku seterusnya yang membentuk Mark Chapman? 

Menariknya di Malaysia selain buku-buku penuh nilai Islami serta animasi berkembang pesat seperti Alif dan Sofia, Omar dan Hana, serta banyak lagi menggantikan animasi luar yang dahulunya membentuk generasi ketika ini. 

Sepertimana Parameswara yang berpandangan jauh dan futuris, adakah kita harus mula berfikir di masa depan dengan persekitaran lani ? Kita harus bermula dari sekarang.

Ulasan