Adam dan Yulia (Kita cuma kawan, kan?)

Goodreads

Kisah tentang dua manusia iatu Adam Adwa dan Nisrina Yulia yang berbeza dunia dipertemukan ketika Yulia yang sedang mencari rezeki dengan bekerja sebagai pemandu e-hailing. Adam pula seorang penumpang yang segak ditemani pembantu peribadi yang juga abang iparnya, Izhar. Namun Izhar yang mempunyai urusan membiarkan Adam dan gadis pemandu e-hailing yang mengeluarkan jenaka hambar itu menghantarnya hingga ke lokasi sebelum dia masuk semula dan mengekori seseorang. Untuk hari itu, dengan Adam membuka sedikit ruang dunianya kepada orang asing pada Yulia tentang hidupnya, begitu juga Yulia tentang hidupnya bahawa gadis yang diekori Adam itu bukan kekasihnya dan Yulia belum berkahwin. Selepas Yulia menghantarnya, cukuplah pertemuan sekadar disitu dan Adam tidak mahu bertemunya lagi kerana cebisan kisah hidupnya ada pada Yulia yang mungkin tak mengenali dirinya yang sebenarnya seorang penyanyi yang dikutuk suaranya seperti itik tercekik oleh Yulia ketika lagunya dimainkan di corong radio.

Akan tetapi kehilangan telefon pintar milik Adam yang mengandungi lagi-lagunya menyebabkan Izhar menghubungi Yulia. Mereka sedaya upaya mencari dan terjadi salah faham hinggalah semuanya diselesaikan dengan noktah pertemuan mereka disitu. Tak seberapa kemudiannya Adam meminta Izhar mencarikan pekerja, Izhar mengambil Yulia bekerja, individu yang Adam tidak mahu lagi bertemu. Adam merasa jengkel pada Yulia pada awalnya namun momen di antara mereka menciptakan suatu perasaan dalam hati Adam. Baik daripada salah faham Yulia ketika dia memanjat balkoni, peristiwa di pantri yang melucukan dan membawa kepada kepada cemburu dengan sepupu Yulia yang memujinya cantik. Adam mula 'mengikuti' orang lagi. Yulia hairan dengan perilaku majikannya hingga bertanya pada Zarin soal itu dan jawapannya majikannya menyukainya.

Meskipun dengan gelagat dua insan tersebut, masing-masing mempunyai konflik dengan keluarga baik Adam yang mempunyai pelbagai skandal yang pasti tidak benar, tambah memeritkan lagi dicipta dan disebarkan oleh ibunya yang seorang penyanyi.

Adam yang lahir dalam keluarga yang berantakan meskipun dengan apa dimilikinya barangkali dianggap sempurna bagi orang lain. Menjadi seorang penyanyi sejak usia kecil, selain bakatnya dia juga mendapat publisiti- daripada skandal yang tidak benar tentang dirinya hinggalah Yulia menyakinkan Adam untuk jangan berhenti menjadi seorang penyanyi kerana ketidaksempurnaan adalah perkara biasa yang pentingnya melalui ketidaksempurnaan itu sebagai sebahagian daripada kehidupan.

Yulia juga bergelut dengan masalah keluarga seperti mana Adam. Dirinya berkorban demi keluarganya, berhenti pengajian di universiti meskipun dengan keputusan yang cemerlang hingga menyebabkan Adam berharap agar jalan yang dipilih Yulia itu berbeza dan keputusan dirinya yang kadangkala mengenepikan perasannya itu juga menyebabkan Adam mula menunjukkan betapa dia tertarik kepada gadis itu.

Adam mengakui dirinya menyukai Yulia. Tetapi kerana menyedari adanya jarak dan dunia yang berbeza, Yulia menolak cinta Adam kerana dirinya hanyalah seorang pemandu dan Adam seorang penyanyi. Adam cukup kecewa dengan penolakan ditambah lagi penafian Yulia pada perasaannya dan mereka berpisah dengan masing-masing ditemani tangisan. Mereka membawa haluan masing-masing yang berbeza. Adam meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi dan dia tetaplah Adam Adwa meskipun banyak rintangan dalam kerjayanya.

Beberapa tahun berlalu, Adam kini adalah seorang penyanyi yang mempunyai peminat yang ramai dan kelab peminat tersendiri. Bumi Tokyo mempertemukan dirinya dan Nusrina Yulia yang berbeza. Yulia masih mendengar lagunya selama ini. Dan juga Yulia belum berpunya. Episod antara Adam dan Yulia kini diteruskan lagi. 

Ulasan