PNB sebenarnya cool!


Puluhan selepas merdeka, kita dikatakan merdeka secara fizikal atau politik sedangkan ekonomi ketika masih dipegang syarikat-syarikat British yang masih mengawal ladang-ladang getah serta lombong biih timah di kawal oleh British dari jarak jauh misalnya Guthrie,Sime Darby dan London Tin. Ketika itu pemilikan ekuiti oleh Bumiputera sangatlah sedikit pada 1971 berdasarkan jadual dibawah.

PemilikanJumlah Pemilikan Peratus
Bumiputera Perseorangan dan Agensi Amanah    279.64.3
Bukan Bumiputera2233.234.0
Warganegara Asing4051.361.7

Ini adalah pasca terjadinya peristiwa hitam negara iatu 13 Mei 1969 dan  kemiskinan Bumiputera yang parah ditambah pekerjaan mereka yang fokus pada sektor kepada pertanian, beberapa syarikat mula diambil alih oleh kerajaan menerusi PERNAS misalnya London Tin tapi perkara ini tak cukup. Maka, kerajaan datang dengan Dasar Ekonomi Baru yang mana membawa kepada penubuhan Yayasan Pelaburan Bumiputera pada 1978 dan seterusnya Permodalan Nasional Berhad sebagai badan pelaburan bagi YPB sebagai solusi kepada masalah pemilikan ekuiti bumiputera yang rendah ketika itu. 

Amanah Saham Nasional dilancarkan pada 1981 yang mana kerajaan melakukan kempen yang agresif dimana pegawai-pegawai masuk ke ceruk kampung dan iklan televisyen serta radio yang mana sistem buku pelaburan diperkenalkan ketika pelabur mendaftar di Bank dan Pejabat Pos. Tahukah anda ini dilakukan 1981, puluhan tahun sebelum pelaburan di demokrasikan dan fractional shares dipopularkan pada 2019!  PNB telah melangkaui logik ekonomi bahkan teks ekonomi pada ketika itu bahawa petani, orang-orang kampung tidak boleh memiliki syarikat besar tanpa memerlukan modal yang besar menerusi pemilikan ekuiti kolektif yang hanya, pada ketika itu, ini adalah sesuatu yang radikal! Istilah crowdfunding itu sendiri diperkenalkan pada 2006 tapi PNB bukan crowdfunding eh. Malahan banyak perkara yang PNB dah lama buat ketika itu tapi di zaman ini baru dilakukan misalnya financial inclusion menerusi sistem buku pelaburan tanpa perlu akaun bank pun, sebelum robo advisor ataupun pelaburan pasif ada, PNB menanggung risiko pelabur dengan individu-individu terbaik yang menguruskan dana pelaburan ini.

Selepas penubuhan PNB, kerajaan kemudiannya memindahkan saham-saham milik agensi kerajaan kepada PNB yang asalnya dimiliki Perbadanan Nasional Berhad dan Kementerian Kewangan seperti Maybank, Sime Darby Berhad, Malaysia Mining Corporation. Kebetulan Sime Darby, London Tin diambil alih oleh PERNAS sebelum peristiwa paling menarik dalam sejarah korporat iaitu Dawn Raid dimana PNB berjaya mengambil alih Guthrie sebelum pemiliknya sedar di London! Kenapa Guthrie, sebabnya Guthrie adalah syarikat British yang memiliki tanah sangat yang luas di Malaysia! Serangan subuh ini berlaku 5 bulan selepasnya Amanah Saham Nasional dilancarkan.

PNB membuat perancangan yang rapi baik daripada dana untuk membeli menerusi pinjaman komersial antarabangsa iaitu Eurodollar loans supaya dari awal lagi British tidak dapat menghidu. Kemudiannya menerusi broker, Rowe & Pitman dengan pelbagai supaya tidak dikesan oleh British. Bermula seawal 9 pagi mereka mula membeli sedikit demi sedikit saham Guthrie sehinggalah pada pukul 1 petang, PNB berjaya mengambil alih 51% saham Guthrie. Semestinya ini mencetuskan kemarahan di Britain ketika media di sana menggelarkan ini adalah rompakan siang hari walaupun sah bagi undang-undang mereka sebelum London Stock Exchange menggubah undang-undangnya. 

dawn raid 1981

Namun disebabkan ASN harganya mengikut pasaran kadang naik kadang turun, yang mengganggu sedikit sebanyak mengganggu psikologi pelabur, PNB memperkenalkan ASB pada 1990 dengan harga tetap RM1.00 yang mana berlaku lonjakan dana. Pada era ketika penswastaan pada ketika itu meskipun demikian, PNB mempunyai saham dalam syarikat-syarikat nasional yang sudah diswastakan yang secara tak langsung melonjakkan dividen sebabnya ketika berlakunya peristiwa dikenali sebagai Super Bull pada 1993 ketika indeks Bursa Saham Malaysia melonjak hampir 100% sekaligus dividen pelabur-pelabur ASB juga naiklah sehingga 12%. 

Krisis 1998 meletup dan  indeks bursa saham Kuala Lumpur jatuh 75%  mengakibatkan pelabur mulai panik dan menarik keluar dana daripada bursa saham dan PNB membeli semula saham-saham tersebut pada harga yang murah dan semestinya kebimbangan pelabur pada saham sebabnya harga saham sudah jatuh masih kekal ke modal yang mereka ada? PNB menerusi sistem rizab simpan untung banyak daripada era Super Bull masih bagi dividen 10.50sen seunit tau! Bukan setakat sediakan payung, sediakan rumah terus sebelum hujan! 

Tetapi perkara ini juga bertitik tolak daripada pengurusan PNB ketika itu yang cukup berdisiplin sebabnya beberapa negara akan ambil wang daripada badan dana pelaburan negara contohnya negara jiran yang menyebabkan kegagalan dan kehilangan kepercayaan daripada masyarakat yang dikelolakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

PNB bukan semata-mata ambil alih Guthrie malah terlibat dengan ala-ala drama thriller korporat mirip drama perniagaan Jepun, Hagetaka ketika pengambilalihan syarikat gergasi hartanah, SP Setia pada sekitar 2012 apabila pada September 2011, PNB yang memiliki 33% dalam SP Setia membuat tawaran terbuka untuk membeli baju saham yang mana sebaik sahaja itu harga seunit melonjak ke hampir ke RM 3.90.
Liew Kee Sin, ketua pegawai eksekutif SP Setia kemudian membuat sedikit "drama" apabila meminta pemegang saham tidak menjual saham-saham mereka serta mengeluarkan kenyataan bahawa tawaran PNB terlalu murah bagi nilai SP Setia yang tak terhingga. SP Setia juga membawa pasukan penilaian semula aset dan berpendapat nilai sebenar sebenarnya adalah RM4.00-5.00, pekeliling juga dikeluarkan untuk pemegang saham untuk menolak tawaran PNB tersebut. Dia juga dikatakan berunding dengan white knight yang kadangkala melonjakkan harga saham misalnya badan kekayaan berdaulat daripada negara timur tengah. 

Namun satu-persatu institusi dan pelabur marhaen menjual saham mereka dan PNB kini memiliki lebih daripada 50% saham sehinggalah Liew Kee Sin bersetuju untuk menjadi Ketua Pegawai Eksekutif selama 3 tahun tetapi dia akhirnya memutuskan untuk keluar pada 2014 dan menubuhkan EcoWorld bersama dengan pasukan SP Setia yang tidak selesa dengan angin baharu pejabat mereka.

Berbalik kepada tujuan asal PNB iaitu memperkasa ekuiti domestik. Kita tak sedar sebenarnya rakyat Malaysia secara umumnya pemilik bank utama seperti Maybank yang mempunyai aset terbesar di Malaysia berjumlah US$201.84 billion menerusi ASB,KWSP,KWAP sekaligus menjadikan pelabur institusi pemegang saham majoriti. Banyak lagi bank yang sebenarnya dimiliki oleh institusi seperti KWSP,KWAP, Tabung Haji dan banyak lagi tanpa anda sedari anda adalah juga pemilik Bank-bank, jalan raya serta syarikat-syarikat mega yang lain. Berbeza tau dengan dengan negara jiran yang bank-bank utama dikuasai swasta yang keuntungan mengalirkan kat kapitalis atau taikun je itu yang mengakibatkan jurang yang besar sedangkan keuntungan Bank-bank utama kat negara kita mengalir kepada kita juga. 

Walaupun ada fasa-fasa yang tak selalunya memihak pada PNB tapi diorang ni sentiasa ada perancangan untuk tu tau! 

Menariknya kalau kita lihat perbezaan PNB(memandangkan PNB ni hibrid) dan badan pelaburan lain, kita sebagai rakyat boleh buka akaun, boleh keluar, boleh tambah malahan laporan setiap tahun sampai pada kita, benda ni berbeza daripada institusi yang sama tetapi negara lain yang anda cuma tahu wang anda dilaburkan kat mana tapi anda tak ada akaun macam di ASB,ASN dan sebagainya. Kita boleh keluarkan mahupun tambah modal tanpa birokrasi. Inilah yang dimaksudkan demokrasi! Berbeza daripada mutual fund swasta yang mengenakan caj broker 3-4% , PNB tak kenakan caj pun! Malahan risiko diorang tanggung berbeza daripada broker, sebab diorang memang pengurus dana anda. Lihat artikel berkenaan pasaran saham secara broker ini. 

Pendek kata, PNB ni sebenarnya cool tapi tak perlu banyak gimik pun! Sekarang dah ada aplikasi MyASNB yang menjimatkan masa tak perlu pergi pejabat bank ataupun pejabat pos dah. Macam mana? Anda sudah buka akaun atau beli unit baru ? 




Vangelis : Bapa Muzik Elektronik


Dilahirkan di Yunani disebuah bandar yang terpencil dimana kurangnya akses terhadap keluaran muzik. Vangelis mula menekan kekunci pada usia yang awal dengan organ milik keluarganya dan zaman ketika masih anak kecil merupakan perkara yang selalu disebut Vangelis dalam pelbagai temubual sepanjang hayatnya. Dia mula bereksperimen dengan pelbagai peralatan untuk menghasilkan bunyi yang berbeza. Keluarganya yang menyedari kecenderungan Vangelis mula menghantarnya ke sekolah muzik akan tetapi Vangelis menunjukkan sikap acuh tak acuh dan kurang berminat dengan repeirtoire yang diajarkan di sekolah muzik memandangkan penanda aras dalam muzik adalah mampu meniru bagaimana ahli muzik masa lampau bermain-perspektifnya adalah muzik adalah seni dan seni bukanlah mengikut-salah sebuah tanda awal beliau adalah bakal seorang 'pelopor dan pemimpin' iatu dalam genre muzik elektronik.


Di usia remajanya,dia menggemari muzik rock dan jazz yang ketika itu The Beatles adalah sebuah fenomena yang mana kemudiannya Vangelis menubuhkan kumpulan muzik The Forminx yang dijoloki 'The Beatles Yunani' namun tidak lama kemudian dibubarkan ekoran salah seorang ahli harus mengikuti latihan tentera dan beberapa waktu selepas kudeta 1968 di Yunani,Vangelis dan beberapa rakannya mengemaskan barangan untuk menuju ke London namun mereka terkandas di Paris akibat masalah visa dan mahu tak mahu mereka terpaksa tinggal disini dan Vangelis mula menulis skor filem dan juga melalui Aphrodite Child yang ditubuhkan, dia meneruskan berkarya dalam genre rock progresif namun suatu ketika Vangelis pernah menyebut pengalaman ketika penghasilan album 666 dalam kumpulan Aphrodite Child adalah masa yang menyakitkan.


Simpanannya untuk membuat sebuah 'makmal muzik' telah mencukupi dan akhirnya berjaya mengatakan tujuan asal:London dan menubuhkan studio muzik yang terkenal-Studio Nemo dengan peralatan dan instrumen yang ditambah seiring pertambahan instrumen baru. Disini Vangelis lahir sebagai Vangelis. Vangelis kemudiannya mula membikin karya seperti China dimana dia memainkan kesemua alat muzik. Disini juga lahirnya karya Chariots of Fire yang memenangi Anugerah Oscar-yang kemudiannya disertai kritikan beberapa ahli muzik terhadap muzik baharu yang menggunakan papan elektronik. Vangelis juga pernah berhadapan dengan tuntutan hak cipta untuk karya ini namun dia memenanginya. Chariots of Fire juga merupakan karya terakhir instrumental yang berada di tangga pertama dalam carta Billboard (sebelum pop menjajah)


Dirinya sangat sinonim dengan Yamaha CS 80 malahan mungkin populariti CS 80 dilonjakkan oleh pemuzik Yunani ini yang memiliki sekurangnya 7 unit CS 80! Filem futuristik,Blade Runner menaikkan namanya yang bukan semata-mata one hit wonder sebaliknya pemuzik yang ekspresif!


 Karya yang menjadi siulan hingga kini- Conquest of Paradise merupakan kolaborasi dengan pengarah filem Ridley Scott untuk sebuah filem yang agak hambar- 1492 namun penggunaan pada sukan seperti tinju dan kemenangan pilihanraya melonjakkan jualan album ini.


Vangelis seorang yang membawa Hellenism dalam muziknya dan ini pernah dijelaskan oleh Vangelis mengapa muzik tradisional berbeza daripada muzik moden bahkan matlamatnya juga berbeza memandang Vangelis seorang yang sangat tidak selesa dengan sesuatu yang digelar komersial. Malahan pengalaman buruk baik di sekolah muzik, di Aphrodite Child dibawa ekoran dirinya membawa jalur platonisme dalam muzik sebagaimana pendapatnya muzik adalah sesuatu yang wujud semulajadi dan bukan tentang siapa malahan dirinya jarang menghadiri sebarang anugerah dimana dia pemenangnya. Dan Vangelis juga pernah ditemubual dipaksakan untuk berfikir sebagaimana penemu bual berfikir sewaktu di Perancis dalam siaran langsung yang sudah tentu menyebabkan ketidakselesaan.


Minatnya terhadap dunia angkasa lepas membawa inspirasi kepada kebanyakan karyanya dan beberapa kali berkolaborasi dengan agensi angkasa lepas. 


Muzik elektronik mula mendapat tempat dan ramai mula mengikuti langkah yang sama bagaimana tokoh Yunani ini mencipta muzik dan synthesizer mula menjadi barangan panas hingga kini,kelahiran genre muzik yang berasaskan elektronik meningkatkan permintaan untuk muzik elektronik dan digital ! 


Meskipun digelar "Godfather of electronic music" di dunia Barat namun berbeza di negara kelahirannya,Yunani yang hingga kini dalam fasa yang sememangnya melambangkan runtuhan Acropolis meninggalkan sisa-sisa tamadun masa lalu, Vangelis tidak dihargai di negaranya bahkan televisyen menurut warga marhaen menyebut semacam ada masalah antara kerajaan dan Vangelis yang merantau.


Dia meninggal dunia pada 17 Mei 2022 di Perancis akibat kegagalan jantung berpunca daripada COVID-19.

Kita Cuma Kawan, Kan oleh Auni Zainal

PlayStore Books

Novel ni saya pernah beli sekitar 2024, beberapa bulan selepas dilancarkan yang tular kat TikTok waktu tu, jadi saya bagi pinjam kepada rakan yang akhirnya hilang dan saya beli semula versi ebuku di PlayStore dan teringat ulasan saya tak siap jadi inilah ulasan saya yang tiba-tiba jadi kajian teks macam komsas pulak. Takpe sila baca.

Tentang novel ni;
Novel ini diterbitkan sekitar 2024 oleh Iman Publication (waktu tu RUMA belum wujud tau) yang ditulis oleh Auni Zainal, yang juga merupakan penulis Mawaddah Ilmi Ingin Pulang. Novel ini mengisahkan Adam, seorang penyanyi dan Yulia, seorang pemandu e-hailing yang asalnya Adam ni tak suka Yulia. Tapi ni bukan tipikal novel Melayu ada orang ketiga sebagai faktor utama tau, novel ni lebih ke arah yang berbeza sebabnya konflik tu daripada sekeliling dua orang watak ni dan diri mereka sendiri, atau maksud saya lagi realistik daripada novel cinta megah holding sebabnya tiada penggunaan elemen 'materialisme' yang melampau macam Holding Berhad, Sdn Bhd, Lamborghini, Iphone 17 Pro dan seterusnya. Ini menepati sebagai sebuah novel cinta! Bagaimana cinta bermula, berkembang, mendapat tentangan dan kesudahannya yang agak dekat dengan ramai orang biasa yang tak linear macam novel tipikal.

Intro; 
 Adam ni asalnya tak suka dengan Yulia yang tak sedar yang dia pergi kutuk vokal Adam sedangkan Yulia takde pengetahuan pun dalam muzik ditambah kes telefon pintar Adam yang hilang, Adam dah luah serba sedikit hidup dia dan lawak hambar Yulia, memang Adam ni tak sukalah Yulia! Tapi selepas banyak kebetulan antara diorang, benci tu beransur-ansur berevolusi kepada cinta! Walaweh! 

Gaya penulisannya;
Gaya penulisan novel ni agak straight forward dan tiada basa basi yang berlebihan, anda buka novel terus baca mamat rambut wolfcut tengah main vinyl pastu rosak yang membawa anda ke setiap kejadian sebabnya walaupun saya suka perkara abstrak macam blog ni kekadang banyak simbol Matematik, saya susah baca buku yang banyak perlambangan tau! Penulis tunjukkan semua watak ada kelemahan, ada marah, ada sedih, ada kesilapan hatta watak utama dan bukannya watak ideal atau sempurna. Dan pasal pengakhiran yang agak tergantung, mungkin memadai novel ini tentang apa? 

Yang paling saya kagum, penulis juga suka buat detail yang "show don't tell" macam kepayahan Yulia sebagai pemandu e-hailing, keadaan keluarga Yulia, kesesakan psikologi Adam dan Yulia, Adam dengan kerjanya di Studio serta membayangkan Adam seorang popstar yang berlakon drama, yang pernah buat lagu pop rock. Dan penulis juga menggambarkan adegan yang atmospherical contohnya Adam pergi tasik dan healing dalam kesunyian itu, hujan, lagu-lagu yang mengambarkan suasana. Dia macam menyelami kehidupan seorang penyanyi. Ada playlist tau dalam novel ni.
Dan setiap bab ada mutiara yang bernada memujuk hati yang buatkan kita termenung sejenak dan kembali semula kepada kehidupan. Mungkinkah novel ini refleksi hidup ini? 

 
Isu-isu; 
Terdapat banyak perkara yang disentuh dalam novel ni antaranya industri hiburan yang bolehlah dikatakan agak 'plastik' yang tak boleh hidup tanpa kisah-kisah palsu daripada ibu dia untuk menaikkan dopamine pengguna yang memberi keuntungan kepada mereka. Contohnya Adam dikatakan mempunyai banyak kontroversi, dan mempunyai skandal yang menyebabkan beban mental bagi diri dia sampai masuk lokap tau. Contohnya bahagian wartawan menanyakan soalan yang panas kepada Adam, komen-komen netizen dan tanggapan kru persembahan pada dia. Disebabkan inilah Adam ni suka dengan kehidupan Yulia yang tak ambil kisah pun gosip murahan tentang artis. Dan dan Adam sebenarnya penat menyanyi kerana ini sehinggalah Yulia menggunakan jurusan Talk No Jutsu dia bahawa tak semestinya Adam kena berhenti buat benda yang dia suka semata-mata sebab tak nak jadi Laila Borhan. Dia boleh penat tapi takkan ubah minat dia pada sesuatu tu. 

Seterusnya tentang penderaan domestik, Adam ni trauma didera mak dia sejak kecil dan agak pesimis dengan ibu dan ayah dia sampailah bertemu dengan ayah dia. Dan keluarga labah-labah. Zarin persoalkan kenapa kakak-kakak diorang ni menyusahkan, ada yang jadi scammer, ada yang berhutang dengan ceti haram, yang dimana implikasi ni bebannya diletakkan pada Yulia hatta sekecil-kecil buku teks anak diorang. 
Selain itu, cerita pasal kurangnya komunikasi antara pasangan contohnya Izhar dengan Ayana yang asyik bergaduh sampaikan beri kesan kepada anak mereka, Haikal.

 Seterusnya, masalah individu macam Ibu kepada Adam iaitu, Laila Borhan yang mementingkan diri dan sanggup menjatuhkan anak kandungnya demi perhatian dan malah mengugut bapa Adam agar tidak menghubunginya. Seolah-olah hanya dirinya berhak akan kebahagiaan yang dia sendiri mungkin tak hiraukan. 

Penulis juga beri motivasi kepada pembaca-pembaca yang mungkin menghadapi konflik yang mirip macam Adam atau Yulia, yang mereka tak semestinya perlu menanggung beban akibat sekeliling mereka dan boleh melukis kisah mereka sendiri sepertimana Adam,Yulia,Zarin dan Fahmi.

Selain itu juga, novel ni pasal gadis yang tak pernah menyerah dan berdikari serta terus berlari iatu Yulia. Dia tak peduli pasal imej dan edarkan resume pada pelanggan dia. Kakak dia naikkan sewa kereta dia pergi cari kerja lain. Izhar pecat dia, dia pergi kerja menjahit. Yulia sentiasa memikirkan jalan keluar, dan dia dipaksa keadaan untuk menjadi sedemikian. Cuma disebabkan itu dia rasa diri dia tak perlu ada apa yang semua mahukan; cinta, impian. Adik dia, Zarin dan sahabatnya, Amalina serta Adam berharap Yulia mengejar dua benda tu. Bila sebut pasal lari ni teringat satu lagu pasal berlari,lari dan lari mengejar impian walaupun memenatkan dan payah demi hari esok dan jangan menyerah tapi masih akui tak selalunya mimpi tu tercapai; 





Ulasan; 

Dalam novel ni kedua-dua watak ni dinyatakan sebagai pengikut dan pelari dimana Yulia ni seorang pelari manakala Adam pulak seorang pengikut yang mana disebabkan benda ni membentuk karakter diorang yang semestinya akan ada perbezaan komunikasi yang saya yakin penulis cuba sampaikan. Contohnya Adam dibesarkan dalam keluarga yang broken, hidup dengan ibu yang mendera emosi dia daripada kecil dan pernah dikelilingi kontroversi-kontroversi palsu yang dicetuskan oleh mak dia sendiri yang menyebabkan dia jadi menyendiri dan suka "mengikut" orang hasil hidup dia yang dikawal, serta agak dingin berbeza dengan imej sebagai seorang penyanyi, apabila berlaku pertembungan perspektif dia dengan Yulia, Adam ni sinis bila Yulia utarakan pasal seorang kasih sayang Ibu sebab ibu kandung dia berbeza daripada ibu Yulia dan saya teringat ayat "Ibu juga boleh menderhaka" daripada novel (Mawaddah Ilmi ingin pulang daripada penulis yang sama)yang manifestasi dia watak Adam dan Ibu dia! 

Akan tetapi disebabkan inilah puncanya, Adam tak boleh lari daripada hidupnya yang bagi dia asyik bermasalah, begitu juga Yulia tapi Yulia ni ada sejenis coping mechanism, lawak hambar dengan penumpang dia yang memang ada proses berfikir tentang lawak contohnya lawak pasal not-ella, Adam Adwa kenapa cuma satu yang tinggal dihamburkan kepada audiens. Maksudnya Yulia ni lowkey chill girl yang takkan berhenti pun orang kutuk lawak hambar diaDalam novel ni ada watak yang bagi comic relief contohnya Amalina, Reza(dan mungkin Yulia sendiri!) 

Pada bahagian Adam bayar hutang keluarga Yulia, ini bahasa cinta yang berbeza daripada bahasa cinta yang kita faham. Apa yang kita faham kan, kenapalah si Adam ni daripada awal tak mengaku terus dengan jelas dan buat gaya-gaya hero drama Korea. Sebabnya bahasa cinta yang Adam guna apa yang kebanyakan individu terutamanya lelaki guna ditambah Adam dibesarkan dalam persekitaran toksik. Contohnya Adam tolong Yulia angkat kotak-kotak, jalan bersama ke kedai, ajak ke kedai Lego, buatkan kopi, menyanyikan lagu untuk dia masa busking dan bagi hint berkali-kali tapi Yulia tak faham sebabnya Yulia tak percaya diri dia disukai seseorang lelaki disebabkan faktor dia berdikari dan menganggap hint Adam ni "bantu" dan bila Adam akhirnya gunakan bahasa yang jelas dengan tekankan dia memang sukakan Yulia. Bukan sebab dia suka ikut orang. Bukan sebab dia keliru. 

Jadi mungkinkah sebab Yulia dah masuk sempadan paling dalam dalam diri Adam? Berdasarkan cerita mungkin ya sebabnya Yulia berjaya buatkan Adam buat redemption ark dengan kembali menyanyi dan tunjukkan siapa Adam Adwa sebenarnya serta mendefinisikan balik apa yang Adam percaya selama ini dan kehadiran Yulia kadang-kadang jadi sokongan kepada Adam contohnya sewaktu Adam tengah sesak disebabkan ibu dia. Secara tak langsung Adam dah izinkan Yulia masuk ruang yang dia larang orang lain masuk sebelum ni, menambah isi didalam ruang fikiran Adam. Then that's why Adam ni rasa Yulia ni sebahagian daripada dia! Tetapi Yulia masih melihat perbezaan mereka sesuatu yang menghalang tetapi akhirnya Yulia masih berharap dengan Adam sehingga pertemuan diorang semula. Paling penting, diorang dah mengejar impian masing-masing. Pendek kata diorang ni ibarat ;
right person, wrong time
Menariknya mungkin kak Auni tak sedar atau mungkin sedar yang beliau membawakan persoalan cinta yang menarik dimana kedua-dua individu tak perlu memadamkan identiti diorang  dan cinta tu sendiri bukan faktor penyembuhan yang bertentangan majoriti novel cinta bahawa kalau kita jumpa cinta masalah akan selesai, hero jadi baik, heroin insaf etc yang mana dalam novel ni cinta itu memberikan ruang supaya diorang sembuh sendiri sebab  dalam novel, ruang itu ada tapi sangat sempit dan diorang berdua kena selesaikan masalah untuk menyerahkan kunci ruang selamat masing-masing yang mana masalahnya adalah jurang. Kalau diorang teruskan dalam jurang itu, salah seorang harus korbankan identiti yang bertentangan sejak awal, jadi ini bercanggah dengan konsep "pasangan" yang berasaskan perkongsian hidup yang menerima kekurangan dan saling melengkapi bukannya idealisme kesempurnaan yang end up akan jadi asimetri dan toksik. Dia cari teman bukan pakar terapi. Sebab tulah novel ni agak progresif part ni.


Agaknya kalau Yulia tolak Adam untuk kali kedua dan tak berbaik dengan Izhar dan Suraya dah ada pakwe, mungkin lepas ni Adam kena bertukar genre daripada pop rock Macam Gila kepada rock ala-ala Hukum Karma daripada Wings pulak; 

Gila Darjat!(Izhar)
Gila Nama!(Laila Borhan dan netizen)
Gila Kuasa!(Ehsan)
Gila Hartaaa(Kak Lang & Kak Ngah) 
Semua Gilaaaa!

Eh taklah gurau je.

Kesimpulannya ini adalah sebuah kisah cinta yang sesuai dengan kulit bukunya; Tiada cinta sempurna tanpa hadir perasaan lain - sedih, marah dan kecewa bersamanya. 


Tubuh kita bukan milik mutlak kita?

 Terdapat persoalan yang menarik untuk diceritakan disini tentang tubuh kita. Adakah kita memiliki tubuh badan kita? Tubuh kita mempunyai anatomi yang kompleks dan mempunyai sistem yang merespons dengan tindakan kita. Misalnya, sekiranya saya terjatuh dan kulit kaki saya terluka, sel kulit akan merespons melalui proses mitosis dimana sel akan membaiki dirinya dengan cukup cepat. Sel pula terdiri daripada komponen yang turutannya mengecil iatu nukleus,kromosom,DNA dan gen. Yang menariknya gen membawa maklumat yang cukup padat yang diwariskan.


Secara umumnya, badan kita bertindak balas ke atas pilihan yang kita lakukan dengan gaya hidup harian kita dimana hidup kita adalah tertakluk kepada sebab-akibat tetapi persoalannya disini adakah tubuh kita setuju dengan pilihan kita? Contoh jika Si A kerap mengamalkan gaya hidup bebas tetapi akhirnya mendapat akibat iatu penyakit. Jadi persoalannya disini adakah kita benar-benar memiliki jasad kita? Lihat bagaimana tubuh merespons pilihan kita yang adakah menjadi sebab kesihatan adalah sangat penting? Dan menariknya, anggota badan kita akan menjadi saksi apa yang kita lakukan yang juga menjadi sebab kenapa tubuh adalah amanah yang harus dijaga. Untuk rujukan segera,lihat;

Jadi, isnt that hujah kita memiliki tubuh kita secara mutlak itu terbatal baik secara biologi mahupun teologi dan tubuh kita adalah amanah yang kita diberi kuasa dan nanti dipertanyakan kembali apa yang kita lakukan ? Sebab seluruh tubuh kita menjadi saksi apa yang kita putuskan hari ini.

 Apa pendapat anda?

Persamaan linear serentak dengan contoh mudah

sepasang baju kurung



Abu membeli 2 pasang baju kurung dan sepasang baju Melayu dan membayar RM 240. Keesokan harinya Ali membeli 2 pasang baju kurung dan 2 pasang baju Melayu dan membayar RM 300. Berapakah harga sepasang baju kurung dan sepasang baju Melayu?


Pertama kita harus kumpul maklumat-maklumat iatu pembelian Abu dan Amir.


Abu beli : 2 pasang baju kurung, 1 baju Melayu = RM 240

Ali beli :  2 pasang baju kurung, 2 baju Melayu = RM300


Pemerhatian: Ali bayar lebih kerana mempunyai lebih satu baju Melayu berbanding Abu. 



Untuk kes ini kita ringkaskan  dahulu menggunakan pembolehubah \(k\) untuk baju kurung dan \(m\) untuk baju Melayu dimana ungkapannya;


\[2k+m= 240\]

\[2k+2m=300\]


Lihat bagaimana persamaan ini kita dapati yang kedua berbeza daripada yang pertama. Kenapa berbeza?Sebab yang kedua ada lebih satu baju Melayu!


Jadi harus mencari beza dimana yang baju Melayu  terlebih tersebut.


\[(2k + m)- (2k+2m) = -m\]

 \[-m=240-300\]

\[m= 60\] 


kenapa \(m\) jadi 60 bukannya \(k\)? sebabnya ungkapan pertama terdapat satu pasang, ungkapan 2 ada 2 pasang dan bayaran lebih itulah harga sepasang baju Melayu.


Sekarang kita sudah  mendapatkan nilai \(m\)yang memudahkan pencarian nilai k dimana kita masukkan nilai \(m\) dalam ungkapan 1 dimana;


\[2k+60=240\]<--- jadi disini kita akan seimbangkan.


\[2k= 240-60\]


\[2k= \frac {180}{2}\]

\[k= 90\]


Maka, 1 pasang baju Melayu RM 60, 1 pasang baju kurung RM90.


Menariknya penggunaan huruf sebagai pembolehubah mungkin menyebabkan pelajar mengalami kesukaran , jika kita gunakan emoji sebagai pembolehubah, majoriti boleh meneka harga sepasang baju melayu dan baju kurung.


🟢🟢+ 🔴=240

🟢🟢+🔴🔴=300








Menilai pulangan pasaran saham

stock market


Antara formula yang sering dipakai pelabur runcit pasaran saham untuk modal sekali pusing (maksudnya Azmir masukkan sekali tanpa pusingan modal lagi) adalah:

\[ A = P(1 + \frac{r}{n})^{nt} \]

Yang mana katakan Azmir menyimpan RM14,000 berapakah jumlah pulangan Azmir selepas 20 tahun jika kadar faedah berjumlah 8% setahun?

Langkah: \[ RM14,000(1 + \frac{0.08}{1})^{1 \times 20} \] \[= RM14,000(1.08)^{20} \]\[= RM14,000(4.66) \]\[\approx RM65,240 \]


Bagaimana sekiranya Azmir mulai menyimpan RM 720 setahun sepanjang 35 tahun dengan kadar faedah 8% setahun?

Sekarang model yang dicadangkan ialah formula Annuity;

\[ FV = PMT \cdot \frac{(1+r)^n - 1}{r} \]

Langkah:
 \[ RM7200 \cdot \frac{(1+0.08)^{35} - 1}{0.08} \]\[ = RM7200 \cdot \frac{14.785 - 1}{0.08} \]\[ = RM7200 \cdot \frac{13.785}{0.08} \]\[ = RM7200 \cdot 172.3125 \]\[ \approx RM1,240,650 \]

Azmir akan beranggapan dia membuat keuntungan adalah RM 988,050.

Walaubagaimanapun, tanggapan Azmir disandarkan kepada;

-Nilai wang tidak berubah-ubah.

-Kadar faedah adalah tetap

-Pasaran stabil

Yang boleh dikembangkan apabila Azmir mengabaikan bahawa kadar inflasi dianggarkan 2-3% setiap tahun selama 35 tahun tersebut, manakala kadar inflasi setiap industri yang mungkin lebih tinggi. Tambahan, kadar faedah setiap tahun sangat linear digunakan dalam model ini.

Persoalannya, adakah jumlah selepas 35 tahun iaitu RM 1.24 juta tersebut sebuah kejayaan? 

Tetapi terdapat beberapa faktor diabaikan dalam formula Annuity dan faedah kompaun antaranya kos pengurusan memandangkan broker mahupun ejen akan menolak kos pengurusan dan menolak beberapa peratusan dengan andaian 3% setahun dan kos pengurusan yang kita akan tolak 3.5% daripada kadar faedah 8%

Maka,

 \[ RM7200 \cdot \frac{(1+0.045)^{35} - 1}{0.045} \]\[ RM7200 \cdot \frac{(1.045)^{35} - 1}{0.045} \]\[ RM7200 \cdot \frac{(3.667}{0.045} \]\[\approx RM 586,775.65\]



Akan tetapi input volatility \[\sigma\] diabaikan yang membolehkan bahawa kadar pulangan bukan seperti dalam model linear seperti kompaun dan Annuity yang disandarkan kepada kalkulus Leibniz-Newton untuk realiti pasaran yang cukup meruap tambahan sebenarnya penulis juga menggunakan model yang sangat linear tetapi inputnya diluaskan kepada kadar inflasi, kos pengurusan, yuran broker sedangkan realiti bukannya linear dan bersifat rawak! 

Bagaimana kuasa beli wang ini selepas 35 tahun? 

\[\frac {RM 586,775.65}{(1+i)^{35}}\] \[= \frac {RM 586,775.65}{(1.02)^{35}}\]\[=\frac {RM 586,775.65}{1.999}\]\[\approx RM 293,404\]

Maksudnya kemungkinan RM 586,775.65 pada 2060 bersamaan RM 293,404 pada 2025.

Inilah keadaan di bursa saham. Sedangkan pelaburan di unit amanah seperti Amanah Saham Nasional mempunyai matlamat berbeza yang akan menghasilkan output yang berbeza. Pengguna perlu ingat bahawa meletakkan modal di bursa saham tidak menjamin kekayaan. 









Model Analisis (cubaan)

Dalam dunia hari ini, pendapat cukup memberikan kesan kepada seseorang, dan idea sentiasa bercambah akan tetapi idea-idea, mahupun yang bertentangan dengan fakta yang bergerak dalam silo serta mengabaikan banyak faktor menjadi persoalan yang besar. Model ini direka berasaskan "evidence based"interdisplin sebagai sambungan daripada kiriman cara yang baru. Untuk kes ini saya cuba membangunkan sebuah model yang masih awal yang bersandarkan kepada integratif yang pada kiriman sebelum ini dan pengaruh buku kognisi (pemprosesan maklumat);. Kritikan dan penambahbaikan juga diiringi pada model ini. 
Teori: Setiap sesuatu dakwaan mahupun idea yang pelik, biasa , mahupun luar biasa (pembolehubah x) akan melalui proses pecahan rentetan yang menghasilkan kenyataan tersebut dan pemecahan input-input yang menghasilkan x. Kemudian x akan diuji kesahihan fakta daripada pelbagai faktor yang daripada domain berbeza misalnya Fizik,Sosial, Psikologi dan sekiranya mempunyai sokongan akan mempunyai bucu, manakala yang bertentangan tiada sisi. Setelah ditapis, maka ke proses akibat iaitu kesan x kepada dunia hari ini sebelum yang terakhir iaitu kearah kesimpulan asas kepada x yang merobohkannya.

Ujian: 

Saya menguji menggunakan input daripada pelbagai jenis bidang yang membolehkan kritikan untuk penambahbaikan dibuat. Misalnya untuk ujian pertama :  pendapat Satre bahawa manusia disumpah menjadi bebas dan tiada nilai. Model berjalan dengan baik tetapi aliran linear memerlukan penambahbaikan apabila fasa tertentu mendapati mungkin paradoks fasa langkah pecahan komponen.

Ujian kedua dengan pendapat: "Zakat hanya tampung asas kebajikan sahaja dan tak ubah masyarakat" disinilah adanya kekurangan model ini ketika  input sebenarnya tidak didiagnosiskan dan terus melalui fasa pemecahan komponen. Contohnya pendapat zakat hanya tampung asas kebajikan. Ini adalah kenyataan kritikan kepada mekanisme bagaimana Zakat diagihkan tetapi individu berpendapat sedemikian menganggap Zakat hanya harus melalui mekanisme yang menyebabkan persepsi zakat tidak menggubah masyarakat (sebenarnya kebetulan beberapa waktu lepas forum zakat membawa idea besar bahawa zakat mampu menjadi instrumen ekonomi yang maju). Disebabkan ini model ditambahbaik pada bahagian selepas statement iaitu diagnosis jenis statement; sistem atau operasi. 


Ujian ketiga(2 unit) juga menemukan kekurangan iaitu sumber dimana kenyataan; Marie Antoinette makan kek ketika rakyat Perancis dan yang keduanya Sultan Mahmud vs Tun Mutahir. Ini jenis esensi. Disini bahagian pecahan komponen dan validasi faktor mempunyai masalah kerana kisah makan kek ditulis sebagai propaganda ditulis oleh Rousseau dan Sultan Mahmud vs Tun Mutahir berpandukan Sulalatus Salatin yang merupakan propaganda istana iaitu input sumber yang perlu diuji sebelum validasi faktor. Subproses akan dilakukan. 

Dan model ini mempunyai kelemahan bahawa statement bukan linear harus roboh melainkan proses mungkin berpatah balik sekiranya kekurangan output proses sebelumnya. Dan fasa roboh ditukarkan kepada Roboh/Kukuh.

Dan model mempunyai fasa yang tertinggal iaitu kesimpulan dan ujian-ujian versatil lain membolehkan model ini diperbaiki dari semasa ke semasa. 


1. Statement x
Keterangan: Idea / kenyataan / retorik.

2. Diagnosis
Keterangan: Diagnosis jenis kenyataan, mekanisme, esensi, dsb.

3. Pecahan Komponen Input
Visual: (Rangkaian kotak kecil yang saling terhubung).
Keterangan: Pecahan komponen input (buku, pengalaman, dsb).

4. Validasi Faktor
Visual: (Diagram lingkaran/node dengan tanda tanya).
Keterangan: Validasi faktor sokong atau tidak (positif atau negatif)  dan faktor (psikologi, ekonomi, peribadi). Ini berasaskan bukti daripada pelbagai domain. Asingkan faktor yang diabai (diabaikan).

5. Prototaip Model Mental
Visual: (Tiga baris horizontal dengan indikator di ujungnya).
Keterangan: Prototaip model mental melalui pembinaan dari langkah sebelumnya dan kesan praktikal.

6. Fasa Roboh / Kukuh
Visual: (Grid kotak-kotak hijau).
Keterangan: Fasa roboh / kukuh selepas semua langkah kompleks.

7. KESIMPULAN
Visual: (Bentuk belah ketupat/diamond).
Keterangan: Hasil akhir dari proses analisis.

Cara asing gaji lagi cepat!

Apabila dapat gaji, apa yang kita patut buat? Sudah tentu asingkan mengikut keperluan dan kehendak bukan terus beli set menu atau beli set wagyu? Tetapi ramai mengabaikan kepentingan mengasingkan perbelanjaan ini. Terdapat sebuah budaya orang Jepun yang menarik iaitu sebaik sahaja mendapat gaji, mereka akan mengasingkan gaji dengan sampul surat dimana setiap sampul surat ini mempunyai jumlah wang untuk sesebuah perbelanjaan misalnya sewa rumah, pengangkutan, makanan dan sebagainya. Tetapi masyarakat di Malaysia mahu membeli sampul surat setiap bulan? Leceh, kan? Kebanyakan di Malaysia menggunakan kalkulator biasa hingga lahirlah frasa terkenal 'Lelaki tidak bercerita " dengan aplikasi Kalkulator.. tetapi kadangkala tak ingat sebabnya bila taip kalkulator kita lupa yang mana satu komitmen ataupun kehendak dan kenalpasti perbelanjaan yang kita sebenarnya boleh kurangkan


Bagaimana dengan versi digital apabila kita boleh melihat gambaran keseluruhan perbelanjaan gaji dan melihat perbelanjaan mana yang lebih besar? Saya perkenalkan Salary Planner yang percuma dan cepat.


Anda tinggal masukkan gaji bersih selepas tolak KWSP,SOCSO,EIS kemudiannya masukkan jumlah belanja, kalau tiada dalam senarai sila tambah dengan butang Add Other Expense, dia akan automatik tunjuk jumlah perbelanjaan, baki, dan cadangan simpanan korang yang boleh dijadikan penanda aras dan semua perbelanjaan diringkaskan dalam bentuk carta. Lepas ini semua anda boleh simpan sebagai fail PDF dan lihat rumusannya. Ini adalah Salary Planner, sebuah laman ringkas dengan satu tujuan: mengasingkan gaji. 

Tak perlu sign up dan semestinya percuma! Laman ini juga mesra mudah alih tau! Siap dengan rekaan ringkas dan direka supaya cepat load dan berorientasikan ringkas dan minimalis tetapi berfungsi, UI tidak kompleks dan straight forward untuk memudahkan pengguna.

Salary Planner boleh dicuba di https://salaryplan.lekiu.net/

China menuju moden : "Revolusi" Mao

 

Bahagian 1 : Siri "Revolusi" Mao

Selepas kegagalan polisi Lonjakan Besar Ke Hadapan, pengaruh Mao dalam keputusan kerajaan mulai dikurangkan dan Mao kekal sebagai Pemimpin tertinggi Parti Komunis China. Gagalnya polisi ini akibat daripada ketakutan masyarakat sehingga memalsukan laporan dan ilmuwan jarang bersuara ekoran Mao sentiasa menganggap kritikan adalah kontra revolusi yang menjadi punca propaganda tentang kejayaan lebih penting daripada keberhasilan polisi tersebut. Kritikan terhadap Mao adalah sesuatu yang cukup berbahaya dan ramai pemimpin yang dihukum dan diasingkan kerana mengkritik yang juga mengurangkan legitimasi Mao pada kuasa tertinggi China.

Sekilas kuasa..

Sebaik sahaja Republik China ditubuhkan pada 1911 selepas Dinasti Qing runtuh, yang menandakan berakhirnya dinasti ribuan tahun di tanah China yang kemudiannya Sun Yat Sen, pengasas Kuomintang dilantik menjadi Presiden pertama. Parti Komunis China kemudiannya ditubuhkan di Jiaxing 1921 oleh sekumpulan intelektual daripada 13 pendiri. Penubuhan Parti ini sendiri diinspirasikan Revolusi Bolshevik 1917 yang melahirkan Kesatuan Soviet. Memandangkan Sun Yat Sen membenarkan ahli Parti Komunis menyertai Kuomintang serta bekerjasama Komintern, mereka menggunakan kelebihan ini untuk menarik lebih ramai ahli baru. Namun Chiang Kai-shek cukup curiga dengan Parti Komunis serta pengaruhnya dalam tentera dan KMT yang akhirnya membawa Peristiwa 12 April 1927 apabila ahli-ahli Parti Komunis ditangkap, dibunuh dan ada yang melarikan diri, KMT menggunakan keganasan untuk menyingkirkan lawan politik. Parti Komunis kemudiannya mencuba di desa-desa dimana pemimpin seperti Mao merekrut kader dan menjadikan masyarakat petani sebagai aset parti. Penduduk desa tertarik pada PKC juga disumbangkan kebencian terhadap KMT yang menindas rakyat. KMT kemudiannya mengepung Parti Komunis China di Jiangxi untuk menghapuskan markas PKC, yang mana Mao mengerakkan anggota PKC(perarakan yang panjang) untuk mencari markas baru yang dimana ketika inilah permulaan kebangkitan Mao. Namun, perjalanan yang melalui kawasan pergunungan yang sukar dengan cuaca yang ekstrem yang mengakibatkan ramai anggota PKC mati sehingga mereka sampai ke Shaanxi yang mendirikan markas yang bertahan hingga kemenangan 1949 yang membawa pengusiran KMT  serta jutaan pegawai dan tentera ke Taiwan.


Walaupun kemenangan Parti Komunis China dianggap Revolusi, namun masih pegawai dan professional era KMT masih wujud dengan syarat harus menumpahkan kesetiaan pada PKC. Mao yang kini menjadi pemimpin tertinggi Republik Rakyat China, menyedari bahawa negaranya lemah dan hancur akibat peperangan, masyarakat yang miskin serta kelaparan di banyak daerah. Mao memusatkan pemerintahan Parti Komunis, mendirikan persatuan untuk melibatkan kelompok sosial lain dan mula melihat Soviet sebagai model yang sesuai walaupun China masih lagi berasaskan pertanian berbanding di Soviet. Dan mula mengadakan perjanjian dengan USSR pada 1950. Tetapi Mao mahu China menjadi sebuah negara yang kuat dengan landasan idea yang dibawanya; perjuangan kelas yang kemudiannya menjadi banyak punca kegagalannya. Untuk membina sebuah negara yang kuat, Mao menstabilkan politik dengan menyebarkan sebanyak propaganda pro pemerintahan bagi mengukuhkan legitimasi kekuasaan dan mendiamkan pengkritik yang boleh memudarkan legitimasi kuasa. Dia terinspirasi daripada industrialisasi Stalin dengan pembangunan kilang di kota yang mana Mao mula mengadaptasi dengan situasi desa di China dengan polisi seperti Lonjakan Besar Ke Hadapan dengan menginginkan hasil yang diimpikan dan mulai menganggu rantaian makanan dengan menghapuskan Burung Pipit,Tikus,Lalat dan Nyamuk yang mengakibatkan tanaman rosak akibat serangga tetapi laporan pengeluaran mirip di USSR apabila dipalsukan oleh pegawai. Laporan palsu tetapi kebuluran yang sangat teruk berlaku, rakyat tidak dibenarkan menyimpan makanan serta bergerak yang mengakibatkan kematian jutaan orang yang naratif dipegang adalah faktor cuaca yang merosakkan polisi ini yang digunakan oleh penyokong Mao yang sebenarnya bukan salah satu faktornya, menarik beberapa tahun yang lepas laporan kematian akibat polisi ini akhirnya diterbitkan di China tetapi untuk orang dalaman Parti Komunis sahaja. Pemimpin yang mengkritik keras seperti Peng Dehuai dipecat. Menariknya, Mao sebenarnya tahu dan terdapat pegawai yang melaporkan tentang kebuluran yang dahsyat tetapi Mao memilih untuk meneruskan eksport makanan kerana kematian dan kebuluran pengorbanan yang harus dihadapi untuk mewujudkan sebuah utopia ditambah faktor cuaca.

 Kritikan Nikita Khrushchev pada Stalin(Khrushchev ini anak emas Stalin masih hidup) yang cukup keras dan mengumumkannya sebagai diktaktor menyebabkan Mao mulai memikirkan adakah dirinya berada pada nasib yang sama?Pada awalnya, Mao Zedong mengajak masyarakat untuk memberikan idea dan mengkritik menerusi kempen Ratusan Bunga tetapi kritikan daripada intelektual yang mengkritiknya sukar diterima hingga kempen Anti Rightist dimulakan dengan menyingkirkan intelektual,ahli akademik, wartawan yang kontra dengan pendapatnya dan melabelkan sesiapa sahaja yang berbeza sebagai musuh, memanipulasi idealisme orang muda untuk menghapuskan musuh. Sesiapa sahaja, baik sekutu didapati mengkritik akan dihukum. Mao cepat koyak ke?

Selepas kegagalan polisi, Mao mengundurkan daripada urusan pentadbiran harian yang diserahkan kepada Liu Shaoqi dan Deng Xiaoping yang merupakan pemimpin pragmatik yang tugasnya memulihkan ekonomi. Kebangkitan sokongan masyarakat terhadap golongan pragmatik berlaku selepas Mao didapati “salah” malah pada persidangan 7000 kader 1962, Liu Shaoqi menyebut 

70% bencana akibat tindakan manusia, bukannya alam

 Dalam persidangan ini banyak membicarakan tentang reformasi ekonomi, ramai pemimpin mula mengorak langkah pragmatisme. Mao mula melihat ini sebagai serangan terhadap dirinya, dan memandangkan dirinya dan ideanya sudah tidak relevan yang akibat dipudarkan kelompok pragmatik, Mao mula mengerakkan pergerakan pendidikan sosialis seluruh negara untuk membersihkan parti, menghalang revisionism yang kian meningkat serta menyatakan bahawa musuh juga berada didalam Parti Komunis,yang pada 1966 bermulanya Revolusi Kebudayaan yang menghapuskan elemen kapitalis dan tradisional dalam masyarakat. Sebelum itu, terdapat sebuah pementasan drama yang membuatkan Mao merasakan itu adalah serangan terhadap dirinya iatu Hai Rui Dilucutkan Jawatan 海瑞罢官 yang mana kisahnya tentang Hai Rui di latar masa dinasti Ming yang dilucutkan jawatan kerana mengkritik Maharaja dan bercakap benar yang mana masyarakat mulai menafsirkan Hai Rui sebagai Peng Dehuai dan Maharaja sebagai Mao Zedong. Mao melalui isterinya, Jiang Qing dan penulis, Yao Wenyuan mula menyerang drama ini sebagai serangan politik. Kritikan Nikita Krushchev yang keras terhadap Stalin menyebabkan Mao mulai memikirkan tentang dirinya dan kejutan mungkinkah jika dia meninggal, orang disekelilingnya akan menghapuskan jejaknya? Kultus personaliti Mao memang dilahirkan atas kekagumannya terhadap diri sendiri yang sentiasa “betul”.

Pada 16 Mei 1966, Notis dikeluarkan pada akhbar People Daily oleh Politburo Parti Komunis China menyeru massa untuk menghapuskan elemen-elemen borjuis dan tradisional dan membenarkan keganasan kerana elit borjuis juga wujud pada parti. Mao melalui Jiang Qing mula menggerakkan pelajar.

 Pada Ogos 1966, bermulanya revolusi budaya apabila gerakan massa bermula apabila Red Guards terbentuk dan berhimpun di Tiananmen yang Mao juga turun ke khayalak ramai dan beritahu golongan muda ni untuk hapuskan 4 perkara lama;

  • Idea lama

  • Budaya lama

  • Tabiat lama

  • Adat lama

Keempat-empat ini kemudiannya diimplementasikan dalam keganasan memandangkan Mao menganggap keganasan itu perlu dan betul, dengan membakar buku, menyerang professor mengajar cara lama,serang kedai tradisional,larang perayaan tradisional, yang juga menyerang pemimpin seperti Liu Shaoqi dan Deng Xiaoping serta keluarga mereka. Anak lelaki sulung Deng Xiaoping juga mengalami kecederaan yang teruk. Ini adalah serangan Mao pada parti. Chen Boda, antara penulis sebenar Buku Merah Kecil dan kebanyakan karya atas nama Mao, juga dihukum walaupun dirinya yang mencipta watak Mao Zedong sebagai "intelektual" dan "genius" dengan karya teori dan risalah seperti On Practice dan On Contradiction, kedua-dua karya ini adalah justifikasi dan legitimasi kuasa Mao yang penulisannya bukan daripada Mao tetapi pasukan propaganda dan Chen Boda. Mao menyedari kuasa yang dimiliki Chen Boda kerana Chen Boda lah yang mencipta dirinya, dan semestinya Chen Boda boleh menggunakan watak tersebut untuk tujuan yang lain, tambahan dirinya rapat dengan Lin Biao yang diisytihar pengkhianat negara walaupun ditunjuk sebagai pengganti Mao yang mana Mao sendiri tidak suka dengan idea "pengganti". Chen Boda dipecat dan namanya hampir lenyap.

Patung-patung sejarah dimusnahkan, ada yang dirosakkan. Hukuman “rakyat” seperti menampar,menendang dan menumbuk serta memalukan dikhalayak ramai. Revolusi ini memberi kesan yang teruk apabila ekonomi terjejas. Red Guards ini dilindungi Mao secara politik. Ini dianggap serangan Mao terhadap Partinya sendiri dengan menggunakan massa. Mao bangkit semula sebagai pemimpin tertinggi, Liu Shaoqi ditahan, Deng Xiaoping dipecat dan dihantar ke kilang untuk “belajar bergaul dengan rakyat”. Walaubagaimanapun, kekacauan semakin teruk bahkan sekutu Mao juga diserang. Tahukah anda ayah Xi Jinping adalah mangsa Revolusi Kebudayaan ini dan Xi sendiri menghadapi masa remaja yang sukar dimana keluarganya dipulaukan dan dimalukan. Apa yang tinggal di sekeliling Mao adalah Yes Man dan pengikut tanpa soal.  Mao kemudiannya menerusi Tentera untuk memulihkan dan mengawal suasana. Red Guards mula dibubarkan dan dihantar ke desa.


Mao menerusi kumpulan propagandis iaitu 4 Serangkai mengawal budaya,media dan serangan politik. Deng yang kini diasingkan cuba kembali, namun dihalang dan hanya dibenarkan berkuasa pad 1973 secara terhad sebagai timbalan perdana menteri sehinggalah Mao meninggal dunia pada 1976 dan Hua Guofeng menggantikan Mao, 4 Serangkai masih mengawal politik dan media dengan mengkritik Hua dan sekutu lama Mao. Dalam diam, Hua Guofeng dan Wang Dongxing (ketua pengawal Mao) merancang agar 4 serangkai tidak boleh melarikan diri yang sebulan kemudian pada Oktober 1976, 4 serangkai ditangkap dan dihukum.

4 Serangkai terdiri daripada;

  • Jiang Qing, isteri Mao

  • Yao Wenyuan,penulis

  • Zhang Chunqiao, penulis politik

  • Wang Hongwen,

Deng, yang kembali secara terhad pada 1973 dan menguruskan pentadbiran ekonomi sejak 1975 kemudiannya dilantik penuh sebagai Pemimpin Parti dan Pemimpin De Facto Republik Rakyat China. Deng sendiri cukup merasakan dikhianati oleh Mao selepas dirinya dihukum oleh Mao dan cukup emosional dengan Revolusi Kebudayaan selepas setia 40 tahun pada Mao. Dirinya banyak belajar daripada lawatan ke Amerika Syarikat dan Singapura dan kini mempunyai satu tugas: memodenkan China selepas menyedari China cukup tertinggal dan merupakan antara negara termiskin di dunia.

Pemodenan China bermula daripada pelbagai fasa dan menariknya Deng kerapkali menyebutkan tentang kemajuan Sains dan Teknologi. Sekolah dan Universiti dibuka kembali,dan memulakan dasar pragmatik yang berbeza daripada pendekatan Mao yang mana kini Deng mengkritik kesilapan Mao.

Reformasi ekonomi fokus pada pertanian,perdagangan dan perindustrian dimana sektor seperti pertanian, perindustrian, pendidikan, pertahanan serta Sains dan Teknologi menjadi fokus pembangunan.

Institusi pendidikan tinggi dibangunkan, manakala pelaburan asing dibenarkan dan Zon istimewa ekonomi diwujudkan serta politik mulai distabilkan yang mengakhiri polisi isolasi (Mao sebelumnya mula menjalinkan hubungan dengan Amerika Syarikat menerusi lawatan diplomatik Henry Kissinger ke negara itu) . Deng pernah melawat Wall Street dan model yang serupa diadaptasi ke China, Shenzhen yang asalnya sebuah perkampungan kini merupakan Silicon Valley China yang melahirkan banyak syarikat dan firma swasta, hartawan yang sangat bertentangan dengan idea Mao Zedong. Malah pada persidangan 1981, Parti Komunis menyebut Mao Zedong betul sebelum 1957 dan banyak melakukan kesilapan selepas tahun tersebut dan versi yang ini ditulis dan disemak berulang oleh Deng dan mungkin mengandungi kritikan yang cukup keras dan tajam pada legasi yang ditinggalkan Mao Zedong dan mungkin mempersoalkan sendiri legitimasi Parti Komunis China untuk berkuasa. Parti Komunis China mula menjenamakan China sebagai Sosialisme dengan Perwatakan Cina sebagai penjenamaan baru memandangkan ahli politik Parti Komunis China juga ahli politik yang tidak mahu kehilangan kuasa, dan menolak Mao sama seperti menolak keseluruhan Parti Komunis China yang mana hari ini, Mao Zedong hanyalah dianggap ritual oleh Parti dan idea-idea serta polisinya ditolak oleh kepimpinan dan realiti di China hari ini bahkan Xi Jinping yang lahir sebagai produk trauma dari Revolusi Budaya memilih bukan pergerakan massa melainkan sistematik untuk menyingkirkan lawan dalam parti. Walaubagaimanapun, reformasi Deng hanyalah reformasi ekonomi dan kejadian Tiananmen 1989 menyebabkan pemimpin seperti Zhao Ziyang yang bersedia untuk perubahan dan dialog dihukum dan dilarang bersuara sehingga mati. 

Semuanya tentang kuasa. Rejim demi rejim mengajarkan ramai pemimpin di China bahkan Xi bahawa pemimpin yang baik sentiasa disingkirkan dan pemimpin yang zalim kekal berkuasa baik era Dinasti Qing, Kuomintang hinggalah Komunis dan tekanan adalah alat menstabilkan lawan.


Bersambung di bahagian 2 :  Fasa Pembangunan.

Pepatah Jepun ini tentang pengetahuan

Pepatah Jepun ini sentiasa terngiang-ngiang di kepala sejak alam persekolahan namun hanya beberapa masa ini penulis memahaminya. Pepatah ini mungkin berasal daripada kisah dongeng serupa daripada China tentang seekor yang yakin bahawa tiada dunia sebesar langit telaga yang didiaminya sehinggalah penyu memberitahu adanya lautan yang luas dan katak dengan tidak percaya dengan penyu kerana dirinya sukar membayangkan hal tersebut. Sehinggalah penyu mengungkapkan lautan adalah air yang tak pernah kering.

Kenapa katak yakin dengan pendapatnya tentang luas dunia telaga? Hidupnya dikelilingi telaga dan tidak melihat dunia, yang menyakinkan dirinya serta tidak percaya kepada penyu.

KOMA oleh thefnlini - Ulasan

Percuma Penanda buku dan Poskad 

 

Saya mengikuti penulisan KOMA dari era Wattpad sejak beberapa tahun lalu dan cukup tertarik dengan cerita yang segar dan dystopia yang tersendiri. Saya kurang pasti sama ada thefnlini sedar atau tidak bahawa semua premis yang terjadi didalam novel beliau benar-benar wujud didalam dunia nyata dan beberapa adegan didalam novel cukup membuatkan penulis sedih. Khabarnya ini adalah penulisan pertama thefnlini yang asalnya bermula daripada cerpen sebelum berkembang kepada sebuah novel. Tahniah! 

Novel ini mengisahkan seorang remaja lepasan SPM, Ayman yang berada di realiti yang berbeza selepas dia ni mengalami kemalangan kemudiannya menyedari realiti yang berlaku cukup menakutkan apabila Islam telah mati, sesuatu yang Ayman tak boleh cerna bila dihidangkan arak, pergaulan bebas macam tiada larangan. Bukan kerana umatnya tidak ada tetapi disebabkan penindasan rejim yang memaksa umat Islam berdiam, ini skrip yang menakutkan tetapi skrip yang wujud di dunia sebenar. Hampir kesemua pemerintahan kuku besi melarang unsur yang boleh membebaskan masyarakat daripada kawalan mereka.

Ayman ini masih muda dan tidak membiarkan keadaan disitu sebegitu saja dan kemudiannya mencuba menghidupkan dakwah dengan mengajak rakan-rakannya sekali. Dalam keadaan masyarakat tersebut, cukup sukar dan memandangkan elemen Islam adalah sesuatu yang dilarang di Merizia maka Ayman bersama rakan-rakannya sudah membawa elemen yang dianggap berbahaya atau mungkin label 'musuh negara' ataupun 'pengkhianat', yang secara logiknya kerana meruntuhkan kuasa yang dimiliki pemerintahan kuku besi Merizia. Apa yang Ayman dakwah? Tunduk kepada Pencipta. Kenapa pemerintahan Merizia melarang aktiviti sebegini? Kerana Merizia bimbang seandainya rakyatnya menyedari bahawa mereka sebenarnya sedang diperhambakan oleh manusia yang cuba menjadi Tuhan. Berita tentang kebebasan menakutkan pemerintahan Merizia.

Menariknya, Ayman bermula dengan mengedarkan risalah-risalah yang menyebabkan mereka dipandang aneh oleh masyarakat Merizia. Mungkin pemerintah Merizia menghanyutkan dengan hiburan,arak, budaya bebas agar didalam hati mereka tak terfikir pun kezaliman.

Daripada pengkhianatan akibat janji palsu hinggalah tindakan sekumpulan remaja ini membawa 80% rakyat Merizia yang hidup dalam ketakutan keluar daripada ketakutan itu sekaligus mengadakan pemberontakan, ini sebuah revolusi. Dan elemen fizik spekulatif yang menarik disebutkan didalam ini selain tanda tanya tentang dimensi dihujung novel. Inilah novel yang segar!

Sangat banyak elemen yang menarik, misalnya pergerakan dakwah yang dibawa Ayman menentang ideologi yang digunakan pemerintah Merizia untuk kekal berkuasa, dan ini mengancam kedudukan dan kuasa mereka. Mereka meletakkan Allah SWT sebagai paling tinggi yang menjadikan penyeksaan, ketakutan kepada manusia hanyalah biasa, kerana mereka sudah 'bebas' daripada penghambaan makhluk dan inilah yang paling berbahaya bagi semua rejim berkuasa didunia. Tidak ada apa yang mampu menghentikan mereka. 

Kemudiannya pengkhianatan rakan Ayman kerana terpedaya dengan janji pemerintah Merizia. Yang kemudiannya rakan yang lain menyedarkan dusta yang dia percaya tetapi mengorbankan banyak perkara demi sebuah dusta. Ada adegan yang cukup powerful iaitu ketika Luth menyedari dia dah terpedaya dengan dunia yang penuh penipuan bahawa adiknya boleh dihidupkan namun Luth telah terpedaya bahawa dunia ini kekal.

Dan kebangkitan rakyat Merizia ini adalah sesuatu menarik apabila mereka diinspirasikan sekumpulan remaja, mereka juga berjaya dibebaskan daripada ketakutan terhadap manusia yang bersembunyi dibelakang tentera dan menggunakan kuku besi untuk menutup suara-suara melawan yang kemudiannya membawa kepada Perang Mujahidin yang membungkam umat Islam sebelum dibebaskan dan melawan diktaktor. Dalam kehidupan seharian kita, kita kena menegur apa yang salah dalam negara walaupun pahit. 


Dunia dimana maksiat bermaharajalela dan kemungkinan yang cukup menakutkan didalam novel ini membawa mesej ketika mana umat Islam berdiam diri maka kesannya cukup menakutkan. Secara logiknya setiap tindakan membawa kepada akibat, ini wujud dalam semua perkara hatta kehidupan seharian bahkan elektronik, fizik ataupun kejuruteraan menerusi sistem dinamik.

Kesimpulannya, novel ini membawakan persoalan yang menarik. Seandainya dunia kejam dan tetapi dimana suara yang menentang kezaliman? Adakah kita akan membiarkan kezaliman yang berlaku? Sekecil tindakan juga adalah dakwah! 

Linguistik berbeza daripada Logik dan Arithmetik

 

UP-DLPS6 carta ringkas jumlah A

Merujuk laporan The Borneo Post berkenaan dengan pencapaian yang teruk dalam Sains dan Matematik tetapi cemerlang dalam Bahasa Inggeris bagi Ujian Penilaian Dual Language Programme Sarawak (UP-DLPS 6) yang mendapat reaksi antaranya masyarakat dan sudah tentu denial yang tidak menjelaskan bagaimana dan merujuk ulasan seperti Dr Othman Talib yang sayangnya tidak dipedulikan oleh sebahagian masyarakat Sarawak semata-mata kerana siapa beliau dan bukan apa yang dibawa beliau, kebetulan penulis juga anak Sarawak yang mana penulis seperti biasa akan menggunakan kaedah yang dipakai dalam blog ini iatu menilai semua premis bagi memberikan konteks yang luas bahawa kecerdasan Linguistik tidak menjamin kecerdasan Logik dan Aritmetik. Penulisan ini adalah sepenuhnya bebas dan berasaskan pedagogi bukan ideologi.

Pertama, perbezaan bagaimana ahli politik di Sarawak melihat pencapaian Sains dan Matematik dunia berbeza daripada realiti ekoran mereka melihat daripada sudut ekonomi, bukan daripada sudut Sains itu sendiri. Hujah yang sering dilontarkan dan diulang penyokong mereka adalah ;

80% jurnal terbit dalam Bahasa Inggeris 

Universiti terbaik menggunakan Bahasa Inggeris 

Perniagaan menggunakan Bahasa Inggeris 

yang juga bermaksud akses kepada dunia Sains adalah Bahasa Inggeris itu sendiri.

Dan jalan pintas yang boleh difikirkan hanyalah memperkenalkan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, dengan belajar Bahasa Inggeris kemudian baru belajar Sains dan Matematik walaupun kajian dan pelaksanaan bahkan fakta Sains membuktikan itu logik yang SALAH. Pembelajaran di dalam bahasa Inggeris itu sendiri bagus ekoran Bahasa adalah sesuatu yang adaptif dan melengkapkan pelajar untuk persediaan tetapi ianya menjadi masalah apabila Matematik dan Sains diajarkan didalam Bahasa Inggeris kerana sebahagian besar menyebabkan pelajar mengalami kesukaran untuk memahami Sains dan Matematik berbanding belajar terus didalam bahasa ibunda.

Penulis secara terus membentangkan;


1. Bahasa diproses melalui bahagian Broca dan Wernicke sedangkan Matematik melalui Intraparietal Sulcus sementara Logik melalui Prefrontal Cortex yang mana belajar menggunakan Bahasa Inggeris berbanding bahasa ibunda mengakibatkan "overload", pelajar harus belajar dua perkara sekaligus yang mengurangkan kefahaman intuitif itu sendiri. Tambahan ini juga membuktikan pintar Bahas Inggeris tidak bermaksud hebat dalam penyelesaian masalah dan mengira serta sebaliknya.


2. Bahasa ibunda mengurangkan cognitive overload dan lebih efektif meningkatkan kefahaman Matematik dan Sains dalam kanak-kanak, ini dibuktikan kajian UNESCO.


3. Pembelajaran Bahasa lebih bersifat adaptif, anda boleh belajar banyak Bahasa atau menambah vocabulary seiring dengan interaksi dan berbeza dengan Matematik dan Sains bersifat kumulatif dan ini ada kaitan dengan point (2) dimana sekiranya Asas Matematik sudah pincang, konsep lanjutan yang kompleks hampir tiada jalan.

4. Pemahaman didalam bahasa ibunda kemudiannya dipindahkan ke Bahasa Inggeris seperti point (3) tadi bahawa penguasaan kumulatif diadaptasi ke Bahasa asing kerana sifat Bahasa itu sendiri. Berbeza jika fasih Bahasa Inggeris tetapi tidak memahami konsep Sains dan Matematik.

5.Berdasarkan point (4) saintis daripada negara maju seperti Jepun, China dan Korea Selatan, Jerman mempelajari Sains dan Matematik didalam bahasa masing-masing sebelum membuat penyelidikan didalam Bahasa Inggeris. Kenapa tidak mengikuti langkah negara maju ini?


6. Kemampuan mengaitkan konsep Sains dan Matematik dengan kehidupan seharian dimulakan dengan pemahaman setempat dan meletakkan ilmu bukan hak milik sesiapa.


7. Kerajaan Malaysia telah melaksanakan PPSMI dan DLP tetapi kedua-dunya ibarat pisang berbuah dua kali menemui titik kegagalan yang kemudiannya dimansuhkan.


8. Penulis sedar hujah struktur dan masalah pengalaman guru-guru tetapi tujuan guru-guru Sains dan Matematik bukan mengajar Bahasa.

9. Hanya sekolah di bandar yang menunjukkan prestasi sementara sekolah di luar bandar menunjukkan prestasi yang kurang memuaskan, sekolah di luar bandar mempunyai kesukaran seperti infrastruktur bahkan kekurangan guru. Jurang yang wujud.


Maka solusi yang pragmatik semestinya mengembalikan pembelajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa ibunda. Tetapi masalah ini sering dilihat patriotik atau tidak dan perkara seperti autonomi tanpa mengira sudut Sains dan Matematik itu. Penyokong dasar ini sentiasa melihat daripada sudut ekonomi. Penulis juga tidak menolak Bahasa Inggeris ekoran Bahasa ini penting untuk komunikasi global ditambah Malaysia ingin menjadi global hub serta Sarawak berhasrat menjadi hub kewangan serantau tetapi penulis menolak Sains dan Matematik dilaksanakan dalam Bahasa Inggeris kerana mengorbankan kefahaman Sains dan Matematik itu sendiri.

Buli adalah ilusi kuasa

🧠 Buli = Ilusi Kuasa
1️⃣ Semua Pelajar Sebenarnya Sama
👦👧 Sama-sama remaja
🔍 Tengah cari identiti
😟 Sensitif dengan rupa & penerimaan
2️⃣ Jadi… Kenapa Ada Yang Membuli?
Pembuli nak orang percaya dia kuat.
⚠️ Kuasa tu palsu
⚠️ Keyakinan dia dibuat-buat
⚠️ Dia takut orang tak peduli dia
🔧 Macam Mana Pembuli Cipta Ilusi Kuasa?
🧱 Buat orang baru takut
— Buat peraturan pelik
— Buat sekolah macam “tempat dia”
— Tindas pelajar baharu
🎭 Guna ayat yang bunyi hebat tapi kosong
“Ini tradisi.”
“Ini nak jadi kuat.”
“Lelaki kena tahan.”
➡️ Semua ni alasan, bukan bukti.
🚫 Larang mangsa melapor
“Jangan bagitahu guru.”
“Jangan bagitahu warden.”
Kalau guru masuk campur = kuasa palsu dia hilang.
🧪 Manipulasi fikiran mangsa
“Aku lemah.”
“Aku tak boleh buat apa-apa.”
“Benda ni normal.”
➡️ Ini cara pembuli kawal mangsa.
🧩 Bila Mangsa Lawan atau Report…
Pembuli cepat gelabah.
Sebab kuasa palsu dia terancam.
Untuk tutup ketakutan tu… dia mula melabel.
❌ “Jibam.”
❌ “Tak kuat.”
❌ “Pengecut sebab report.”
➡️ Ini bukan kenyataan. Ini cuma helah untuk buat mangsa rasa salah.
🔍 Sebenarnya Pembuli…
❗ Tak yakin diri
❗ Takut tak dihormati
❗ Nak rasa diterima
❗ Nak orang tahu kewujudan dia
➡️ Cara paling cepat: Menjatuhkan orang lain.
Ringkasan daripada artikel Buli adalah brainwash kita kena hadap kat sekolah

Buli adalah brainwash pertama yang kita kena hadap kat sekolah.


Buli adalah brainwash pertama yang kita kena hadap kat sekolah dengan alasan yang merepek supaya pembuli ni boleh "kawal" mangsa. Di sekolah semua pelajar adalah sama dan semua masih tercari-cari identiti serta makna kehidupan baik pembuli atau mangsa buli. Baik pembuli mahupun mangsa buli adalah masih kelompok remaja dan masa remaja ni kita dalam transisi untuk perubahan psikologi,biologi dan sebagainya (Azizi et al., 2005).
Ataupun ringkasnya;

1.Sensitif dengan penampilan diri
Baik rupa mereka, apa yang mereka jadikan hobi,hatta telefon jenama apa atau apa sahaja. Ini mempunyai hubungan dengan dibawah.



2. Konflik Kognitif
Remaja mencari-cari identiti dan makna kehidupan ataupun mempersoalkan identiti, apa yang mereka mahu dalam hidup, apa tujuan mereka didalam hidup dan masyarakat.

Di sekolah, pelajar baharu akan menjadi sasaran pelajar senior kerana pelajar ni masih baru dan belum "faham" selok belok serta sistem sekolah tetapi ruang tersebut digunakan oleh pembuli untuk mencari mangsa terbaru yang tunduk kepada mereka. Ataupun mungkin pelajar yang seusia tetapi datang dengan kumpulan untuk menunjukkan mereka sedang "berkuasa". Ini untuk menutup kelemahan pembuli sebabnya keduanya adalah remaja. Kita gunakan contoh Abu dan Ali. Diorang ni sama je kedudukan, dan sama-sama belajar dan mencari makna tetapi kenapa Abu buli Ali, buat Ali rasa Abu ni lagi kuat dari dia. Macam mana Abu buatkan Ali percaya dia berkuasa walaupun Abu ni sama umur dengan Ali? Fake it. Buatkan Ali takut, buatkan Ali hilang keyakinan diri.

Jadi disini tentang kuasa. Atau mungkin ilusi kuasa. Kerana pelajar-pelajar ini semuanya sama, takut pada hukuman, takut pada ibubapa, takut pada sesuatu yang mengancam kedudukan mereka. Maka untuk menunjukkan mereka sedang berkuasa maka mencipta ilusi berkuasa kepada rakan-rakan yang lain dengan mewujudkan ketakutan daripada rakan-rakan kepada diri mereka, Abu jatuhkan identiti Ali, Ali perlahan akan percaya benda ni. Dengan ilusi kuasa ni mereka boleh menentukan siapa atas, siapa dibawah. 

Tetapi macam mana diorang membina ilusi kuasa?

Pertama dengan mencipta ketakutan dalam kalangan pelajar baru, buat diorang rasa alienated dan buat sekolah seperti milik pembuli dengan peraturan yang mungkin mengarut tetapi jadi logik dengan justifikasi diorang yang datang daripada sekolah sendiri. Sebabnya? Ini kontroversi tetapi sekolah adalah ideologi pertama remaja kena pertahankan. Bukankah sekolah tempat menimba ilmu kan?  Pelajar ada lagu sekolah, ikrar, pakaian yang berbeza, slogan kebanggaan, jaga nama sekolah, guru-guru menyorokkan kes salahlaku sebab sekolah terbaik, pelajar di doktrin untuk mempertahankan kebanggaan sekolah sampai membesar, unsur us vs them sudah terwujud sejak sekolah lagi. Kena buli kalau kalah sebab mencemarkan nama sekolah. 

Pembuli mempertahankan budaya atau tradisi yang agak superficial (kerana budaya dibentuk berdasarkan banyak faktor berbeza dengan budaya asrama) seperti drama High Council. 

Pembuli guna ayat macam:

“Ini tradisi.”

“Ini latihan.”

“Nak jadi kuat.”

“Lelaki kena tahan.”

Ayat-ayat ni hanya untuk buat tindakan mereka nampak betul, walaupun sebenarnya tak ada bukti.

Tetapi bagaimana pembuli menegaskan ilusi kuasa mereka adalah dengan brainwash pelajar-pelajar baharu yang mungkin masih ceria,chill, bersemangat dengan meruntuhkan semua itu dengan;

Propaganda 1: Melaporkan kepada Guru atau Warden adalah lemah.
-Pembuli menanamkan propaganda atau mungkin brainwash terhadap pelajar-pelajar baru bahawa melaporkan adalah sesuatu yang jangan sesekali disentuh atau dianggap lemah, dan label negatif diberikannya kepada sesiapa yang  melaporkan yang akan perlahan-lahan meruntuhkan identiti pelajar tersebut. Walaupun melaporkan adalah tindakan paling rasional dan sekiranya pembuli berani mengapa gementar apabila dilaporkan kepada pihak yang berwajib? Ini menimbulkan persoalan terhadap ilusi kuasa pembuli yang bakal tergugat kerana di bilik guru alangkah takutnya mereka, kerana ada kuasa yang lebih tinggi yang meruntuhkan kepalsuan kuasa mereka.

Propaganda 2: Label dan Retorik 
Pelik tetapi pelajar-pelajar belajar beretorik untuk membenarkan tindakan mereka dengan istilah retorik seperti disiplin, tradisi (superficial kot), kuat, anak jantan yang hampir mirip dengan penggunaan bahasa kebenaran sekaligus mengantagonis mangsa buli. Dan mungkin mangsa buli lama kelamaan akan menerima propaganda ini, walaupun semua ini tiada bukti atau sokongan saintifik. Tiada bukti bahawa keganasan akan melahirkan insan yang "berdisplin" melainkan produk kitaran keganasan yang akan berulang.

Pembuli selalu pesan:

  • jangan bagitahu guru

  • jangan bagitahu warden

  • jangan bagitahu siapa-siapa

Sebab kalau ada guru masuk campur, kuasa palsu mereka hilang.

Bila mangsa dengar benda ni lama-lama, mereka mula fikir:

  • “Aku lemah.”

  • “Aku tak boleh buat apa-apa.”

  • “Semua orang lagi kuat dari aku.”

  • “Benda ni normal.”


Namun siapa yang menentukan dan memberi serta mengesahkan identiti baru ini? Pembuli. Mangsa buli menunggu sedikit masa untuk mencari kebenaran bahawa definisi yang diberikan pembuli benar atau palsu. 

Kenapa pembuli buat semua ni kan? Jawapannya untuk mengesahkan kewujudan diri, kita semua mencari makna dalam hidup, kita belajar untuk skor dan straight A, kita buat sesuatu untuk berjaya dan pembuli takde apa untuk dibanggakan untuk buat orang lain akui kewujudan dia kecuali dengan mencipta ilusi dan kepalsuan dia ada kuasa.Sebab pembuli pun sebenarnya:
  • tak yakin dengan diri sendiri

  • takut tak dihormati

  • nak rasa diterima

  • nak orang tahu kewujudan mereka

Jadi cara paling cepat untuk rasa “penting” ialah menundukkan orang lain.

Penulis menyedari kiriman ini cukup panjang dan versi pelajar sekolah disini.