Bidang Sains Sosial kurang relevan? Integrasi abad ke-21!
Secara ringkas sebenarnya saya berpendapat bahawa integrasi sangat diperlukan oleh universiti dan Institut Pengajian Tinggi di Malaysia ekoran trend menunjukkan semua perkara semakin kompleks dan semakin data driven dalam segala segi, mungkin ramai di Malaysia bergaduh tentang ekonomi sedangkan di luar negara menuju pendekatan lebih kuantitatif dengan integrasi Sains dan Teknologi yang menjadikan sebenarnya semua bidang adalah relevan, seperti kiriman sebelumnya bahawa jikalau salah satu elemen dibuang maka berlakunya masalah pada sistem. Lihat cadangan Syed Saddiq seketika dahulu untuk memansuhkan TITAS yang pada pendapat penulis beliau kurang faham agaknya kejuruteraan saling berhubung dengan masyarakat dan pengabaian faktor sosial menjadikan sebuah sistem yang pincang, alamatnya jadilah banjir, pencemaran udara yang sudah tentu meningkatkan kos di segala segi baik ekonomi mahupun sosial.
Bidang Sains Sosial kurang relevan menurut sesetengah individu. Sebabnya? Kurang terhubung dengan realiti. Maka hubungkan dengan realiti dan beradaptasi dan semua bidang cukup relevan, yang menjadikannya kurang relevan kurangnya adaptasi. Sekiranya Matematik tidak beradaptasi, Matematik juga dianggap "tidak relevan" sebabnya sekarang banyak mesin pengiraan kompleks, kalkulator, dan banyak lagi. Betul tak?
Kita boleh mencontohi institusi pengajian luar negara yang menggabungkan Ekonomi, Sains Tingkahlaku dan Sains Data selepas teori-teori ekonomi nampak gayanya kurang relevan untuk menjelaskan masyarakat yang masih tersekat di abad ke 19 sedangkan kita telah berada didunia serba kompleks!
Misalnya Massachusetts Institute of Technology (MIT) menyediakan program rentas bidang antara Sains Komputer,Sains Data dan Ekonomi manakala London School of Economics (LSE) menawarkan pengajian Sains Data dan Ekonomi. Contoh terdekat adalah di Singapura menerusi program Sains Data dan Ekonomi daripada Nanyang Technological University (NTU) yang keluar daripada "tentang mazhab ekonomi" kerana mazhab ekonomi juga perlu diuji secara empirikal! Kalau tak mazhab ekonomi lahir lagi,lagi dan lagi tanpa penyelesaian yang efisien. Hubungan manusia , teknologi dan alam itu masih ada.
Katakan kalaulah bidang Linguistik dimansuhkan, kemudian pembangunan Kecerdasan Buatan, Komunikasi, sendiri akan cacat dan tempang. Analogi mudah komputer tak faham apa yang kita cakap melainkan bahasa pengaturcaraan kemudiannya hanya 0 dan 1. Kemudian bagaimana model AI memahami kehendak tugasan kita? Pada siapa jurutera AI hendak merujuk untuk algoritma Linguistik? Bagaimana nak bangunkan etika? Antropologi, Sosiologi cukup penting dalam pembangunan seperti model Kecerdasan Buatan. Firma teknologi banyak merekrut individu yang mempunyai keahlian dalam antropologi, sosiologi, bahasa bahkan sastera sendiri sebagai pelatih AI sedangkan di Malaysia masih bergelut sastera dan Sains Sosial kurang relevan. Ini perkara asas bahawa teknologi dicipta untuk memudahkan urusan manusia dan kita perlu memahami manusia itu sendiri untuk menghasilkan sistem yang terbaik. Ini alamatnya Malaysia hanyalah pengikut, mencari hanya yang perlu, pemain melihat semuanya sebagai sebuah unit integrasi untuk penyelesaian sedangkan pengikut hanya melihat sebagai relevan, tidak relevan.
Walaubagaimanapun masih banyak faktor yang mempengaruhi, baik birokrasi, ketersediaan sumber mahupun masyarakat itu sendiri yang perlu difikirkan dan penulis hanya mencurahkan apa yang difahami sebagai individu dengan latar belakang teknologi.
Ulasan
Catat Ulasan