Bidang Sains Sosial kurang relevan? Integrasi abad ke-21!

Secara ringkas sebenarnya saya berpendapat bahawa integrasi sangat diperlukan oleh universiti dan Institut Pengajian Tinggi di Malaysia ekoran trend menunjukkan semua perkara semakin kompleks dan semakin data driven dalam segala segi, mungkin ramai di Malaysia bergaduh tentang ekonomi sedangkan di luar negara menuju pendekatan lebih kuantitatif dengan integrasi Sains dan Teknologi yang menjadikan sebenarnya semua bidang adalah relevan, seperti kiriman sebelumnya bahawa jikalau salah satu elemen dibuang maka berlakunya masalah pada sistem. Lihat cadangan Syed Saddiq seketika dahulu untuk memansuhkan TITAS yang pada pendapat penulis beliau kurang faham agaknya kejuruteraan saling berhubung dengan masyarakat dan pengabaian faktor sosial menjadikan sebuah sistem yang pincang, alamatnya jadilah banjir, pencemaran udara yang sudah tentu meningkatkan kos di segala segi baik ekonomi mahupun sosial. 

Bidang Sains Sosial kurang relevan menurut sesetengah individu. Sebabnya? Kurang terhubung dengan realiti. Maka hubungkan dengan realiti dan beradaptasi dan semua bidang cukup relevan, yang menjadikannya kurang relevan kurangnya adaptasi. Sekiranya Matematik tidak beradaptasi, Matematik juga dianggap "tidak relevan" sebabnya sekarang banyak mesin pengiraan kompleks, kalkulator, dan banyak lagi. Betul tak? 

Kita boleh mencontohi institusi pengajian luar negara yang menggabungkan Ekonomi, Sains Tingkahlaku dan Sains Data selepas teori-teori ekonomi nampak gayanya kurang relevan untuk menjelaskan masyarakat yang masih tersekat di abad ke 19 sedangkan kita telah berada didunia serba kompleks!

Misalnya Massachusetts Institute of Technology (MIT) menyediakan program rentas bidang antara Sains Komputer,Sains Data dan Ekonomi manakala London School of Economics (LSE) menawarkan pengajian Sains Data dan Ekonomi. Contoh terdekat adalah di Singapura menerusi program Sains Data dan Ekonomi daripada Nanyang Technological University (NTU) yang keluar daripada "tentang mazhab ekonomi" kerana mazhab ekonomi juga perlu diuji secara empirikal! Kalau tak mazhab ekonomi lahir lagi,lagi dan lagi tanpa penyelesaian yang efisien. Hubungan manusia , teknologi dan alam itu masih ada.

Katakan kalaulah bidang Linguistik dimansuhkan, kemudian pembangunan Kecerdasan Buatan, Komunikasi, sendiri akan cacat dan tempang. Analogi mudah komputer tak faham apa yang kita cakap melainkan bahasa pengaturcaraan kemudiannya hanya 0 dan 1. Kemudian bagaimana model AI memahami kehendak tugasan kita? Pada siapa jurutera AI hendak merujuk untuk algoritma Linguistik? Bagaimana nak bangunkan etika? Antropologi, Sosiologi cukup penting dalam pembangunan seperti model Kecerdasan Buatan. Firma teknologi banyak merekrut individu yang mempunyai keahlian dalam antropologi, sosiologi, bahasa bahkan sastera sendiri sebagai pelatih AI sedangkan di Malaysia masih bergelut sastera dan Sains Sosial kurang relevan. Ini perkara asas bahawa teknologi dicipta untuk memudahkan urusan manusia dan kita perlu memahami manusia itu sendiri untuk menghasilkan sistem yang terbaik. Ini alamatnya Malaysia hanyalah pengikut, mencari hanya yang perlu, pemain melihat semuanya sebagai sebuah unit integrasi untuk penyelesaian sedangkan pengikut hanya melihat sebagai relevan, tidak relevan.

Walaubagaimanapun masih banyak faktor yang mempengaruhi, baik birokrasi, ketersediaan sumber mahupun masyarakat itu sendiri yang perlu difikirkan dan penulis hanya mencurahkan apa yang difahami sebagai individu dengan latar belakang teknologi.

Apa terjadi kat remaja? bukan salah diorang je!

Pendapat peribadi tanpa rujukan. Spontan je.

Dalam bulan ini satu persatu kes melibatkan sekolah yang memicu pelbagai reaksi daripada kelompok masyarakat dan keselamatan di sekolah menjadi suatu persoalan.

Penulis ingin memberi komen berkenaan kes r*g*l beramai-ramai di dalam bilik darjah yang didapati suka sama suka yang menambahkan lagi masalah yang perlu direnungkan, kes bunuh diri, kes pelajar menikam rakan sekolah yang pelbagai pihak telah memberikan input masing-masing tentang maklumat yang dihadam daripada media sosial, ada yang mengatakan daripada permainan video, ada yang mengatakan daripada lambakan video lucah dan blog ini berpegang bahawa semua faktor saling berhubung dengan mencipta satu faktor lain yang menjadikan masyarakat menuju keruntuhan, kehancuran satu demi satu umpama kesan domino. 

Faktor yang jelas normalisasi bahan-bahan lucah. Ini bukan tentang kebebasan ini, desensitization didalam otak menerusi pendedahan berulang, jumlah hormon dopamin yang dibebaskan secara tak normal mengakibatkan lama kelamaan akan berakhir kepada tindakan demi mencapai tahap "rewards", sebuah kesilapan mengatakan menghadam kandungan lucah tidak akan membawa kepada tindakan. Sains membuktikan sebaliknya!

Definisi. Definisi kehidupan yang diambil oleh pengaruh luar melahirkan budak-budak yang "dunia kejam,dunia palsu, khayalan lebih indah, khayalan lebih manis" yang memicu tanggapan baru, proses kognisi membawa kepada bahan-bahan lain untuk "mengesahkan" definisi. Betul ke dunia kejam? Betul ke manusia palsu? Dan kemudiannya membawa kepada tindakan. Penjenayah dibentuk bukan dilahirkan, dan ada proses sepertimana orang lain melalui proses menjadi manusia.

Oleh itu filem,animasi, muzik, cerpen, anekdot media sosial menjadi bahan confirmation bias, bahan pembentukan kesimpulan kerana kesimpulan boleh membawa kepada tindakan.

Mengatakan filem,drama tidak mempengaruhi remaja adalah kesilapan kesimpulan, remaja adalah kelompok yang mencari makna, dalam persoalan identiti, naratif yang dibawa filem dan drama dibaca sebagai "makna" dan mereka akan meniru bukannya menilai! Filem Project High Council menimbulkan kekaguman pada watak pembuli sebab "cool", itu naratif yang dibaca remaja, pembuli lebih kuat daripada mangsa buli. Lambakan drama panas,scene drama di media menyumbang kepada lawak-lawak di media sosial bahkan oleh influencer dan pengguna media sosial. Penulis menolak jawapan ringkas penggunaan"memaparkan realiti masyarakat" yang disalahgunakan melainkan sebuah projek mengaut keuntungan daripada kekaguman para remaja terhadap ilusi kuasa pertama semua orang: pembuli berkuasa. Pembuli berkuasa dan kuat adalah propaganda pertama yang dihadapinya setiap orang yang haruslah dilawan.

Oleh itu kerangka yang dipegang blog ini perlunya sebuah ekosistem yang menghalang kes-kes sebegini, KDN misalnya tidak mungkin mampu menghalang dengan sekadar mengharamkan kandungan, melainkan menerbitkan jawapan balas dalam bentuk mall yang sama iaitu filem,drama, animasi. Filem-filem counter narrative perlu dihasilkan, keluarga harus memainkan peranan yang betul! Tetapi keluarga yang buruk lahir daripada masalah sosial yang mempengaruhi,lihat judi, lihat lambakan kredit komuniti. Ini berhubung antara satu sama lain. 

Penggunaan rotan tidak akan menyelesaikan masalah. Rotan sebuah hukuman, ramai bekas pelajar yang dirotan akan menjustifikasikan semula hukuman rotan sebagai satu jalan. Detik detik promosi keganasan bermula dari sini dan masalah berulang lagi. Rotan, hukuman hanyalah menimbulkan ketakutan dan kepatuhan melalui ketakutan adalah kegagalan makna. Dari kajian juga mendapati anak-anak yang dirotan kerap pada usia dewasa akan meniru tingkah laku serupa menggunakan keganasan untuk menghalang sesuatu apabila dewasa. Tetapi rotan disanjung kerana kehebatan dalam menutup, menghentikan. Ketakutan adalah output yang dihasilkan oleh pukulan rotan. Kenapa anda takut ponteng sekolah? "Takut kena rotan" yang apabila dewasa juga akan menghasilkan kenapa anda tak berani bersuara? " Takut kena buang".

Perlunya kesedaran dalam diri para remaja dan kanak-kanak sejak awal dan perlu ekosistem yang membawa kepada kesedaran. Sejujurnya bagi penulis ceramah motivasi dan pendidikan "sivik" ataupun "pendidikan seks" yang diusulkan beberapa pihak secara satu sisi itupun semakin kurang efektif di era ledakan maklumat. Semua ini perlu diintegrasikan dalam digital. Motivasi,ceramah pendidikan seksualiti terasa kaku,robotik,buku teksism dan jarang terhubung dalam kehidupan diri remaja. Perlu adanya komunikasi yang betul. Media sosial adalah medium komunikasi remaja,ruang pengaruh. Maka gunakan medium ini!

Teknologi harus dilawan teknologi. Ketika era 80an dipenuhi novel lucah, keadaan ini berlangsung dengan novel-novel lucah yang mendukacitakan pembangunan manusia. Tiada lagi kesilapan jantina, sekarang semuanya tentang individu yang terpengaruh dan terjerumus dengan tingkahlaku.

Menyalahkan remaja semata-mata adalah kesilapan yang sengaja. Semua orang memainkan peranan yang penting. Siapa yang membikin filem? Siapa yang menulis novel? Siapa yang mempromosikan nilai peribadi? Siapa yang menyediakan pendidikan kepada remaja? Siapakah yang gagal memahami remaja dan menganggap ceramah jalannya? Kita semua memainkan peranannya, atau hanya mengangguk di waktu tertentu tetapi waktu lain terlibat dalam masalah sosial dan keruntuhan moral.

Cara pandang yang baru!

Perasan tak dalam setiap sesuatu kejadian atau situasi semestinya memerlukan sumber daripada pelbagai dimensi, ataupun bidang? Contohnya punca pembangunan identiti remaja ataupun kesan gejala sosial serta banyak lagi perkara yang menjangkaui semua bidang. Misalnya kepesatan teknologi dan keperluan keselamatan melahirkan teknologi kewangan, fintech. Keperluan keselamatan melahirkan blockchain. Kalau anda perasan kesemua integrasi ini sejak daripada era zaman prasejarah lagi manusia semakin terhubung dengan banyak perkara yang sukar aksesnya contohnya makanan, manusia mula belajar bercucuk tanam kemudiannya menggunakan sistem barter dan seterusnya. Akses adalah kata kunci disini. 

Jika sebelum zaman Renaissance, ilmu adalah sesuatu yang terbatas sehinggalah mesin cetak Gutenberg diperkenalkan yang menjadi titik mula budaya ilmu di Eropah. Sebelum zaman internet, surat adalah sesuatu yang lebih terkini berbanding bertemu secara fizikal! Semakin murah,cepat dan efisien. Ini trend teknologi secara umumnya. Bukan ini sahaja sangat banyak yang boleh diperhatikan jika anda menyedari satu elemen berhubung dengan elemen yang lain dalam hampir semua keadaan. 

Berakhirnya bubble burst di Jepun lahir daripada spekulasi dan spekulasi lahir daripada sikap tamak manusia yang melampaui rasional dan bermula daripada sekecil-kecil sikap tamak mampu menjadikan sebuah negara yang maju kini terhambat dengan pelbagai masalah. Sebut tentang Jepun juga, kadar bunuh diri, trend budaya pop, Karoshi, Hikikomori semuanya saling berhubung antara satu sama lain. Sebut pasal gejala moden ini juga, ini adalah masalah moden yang dilahirkan daripada budaya moden yang dibentuk teknologi moden.

Teknologi berevolusi semakin cepat, sungai sebagai penghubung kini baik laut, udara dan darat semakin cepat. Sumber tenaga cukup memainkan peranan penting, dan tenaga wujud dalam semua perkara yang dimana mungkin ini kenapa E=MC² merupakan asas kepada banyak perkara didunia ini.

Persoalan pengaruh ini wujud dalam banyak perkara, misalnya sesuatu perbincangan sosial dan politik bermula daripada faktor agama kemudiannya perjuangan kelas yang walaupun definisinya berubah tetapi masih lagi naluri kekitaan dan identiti (sehingga kini).

Jadi siapa yang membentuk realiti? Ekonomi? Kuasa?(Terdapat satu faktor yang kurang disebutkan iaitu persekitaran misalnya iklim yang mungkin ekonomi banyak mazhab sebab memasing hanya terima satu faktor yang mana setiapnya terpakai!🗿) Pelbagai tokoh meramalkan masa depan yang melihatnya daripada beberapa sisi yang mungkin kekurangan sebab akibat, pemberat, faktor saintifik misalnya kapitalisme akan runtuh mahupun kapitalisme liberal demokrasi ideologi akhir hinggalah ramalan kebuluran besar, radio satu-satunya medium, komputer sekitar 1.5 tan yang semuanya tidak berlaku kerana ramalan linear ini. 

Yang terjadi ialah kapitalisme atau tepatnya dengan sedikit modifikasi cepat melantun semula apabila terjadinya krisis dan kebangkitan seperti China dan revolusi komputer peribadi yang didorong ledakan teknologi menjadikan pendapat ini mungkin memerlukan rentas bidang. 

Kecerdasan Buatan lahir daripada gabungan Sains Komputer, Matematik, Sains Kognitif dan Falsafah yang gabungan ini pun memerlukan gabungan bidang yang lain seperti Linguistik, Falsafah dan Psikologi. 

Automasi lahir daripada gabungan Elektronik, Elektrik, Teknologi Maklumat dan Mekanikal (Fizik Gunaan?) untuk keperluan industri. 

Maksudnya dengan contoh diatas teknologi menjadikan semakin semua perkara semakin terintegrasi akan tetapi dari sudut lain seperti penyelesaian dan cara melihat realiti kita masih melihat satu dimensi yang intensif. Mungkin faktor kepakaran tetapi daripada situ lahirnya dan melahirkan manifestasi pepatah Melayu "bagai aur dengan tebing" antara pakar pelbagai bidang dan seiring waktu, kesemua bidang kini penting yang haruslah diintegrasikan, berada di masa lalu menjadikan bidang misalnya sastera dilihat sesuatu yang "bosan" yang mungkin sikap isolasi sastera, benar sastera membangunkan negara tetapi "plat"nya semakin menjauhi pembangunan negara kerana mungkin kurang inovasi sedangkan dunia semakin kompleks? 

Kenapa dalam sesuatu pemerhatian masalah terlalu sendeng kepada satu-satu elemen atau dimensi? 

Tetapi penulis mempunyai kerangka melihat dunia yang cukup diaplikasikan dalam blog ini iaitu Teori Graf, abstrak paling dekat bagaimana realiti bekerja.
Penulis mempelajari Teori Graf semasa di sekolah menengah yang kemudiannya diperluaskan dalam bidang Teknologi Maklumat yang mempunyai topologi tertentu dan menariknya didalam reka bentuk litar bersepadu juga mempunyai rangkaian tertentu yang menyebabkan struktur ini jelas dalam tanggapan yang sering dilupakan. Semua "bidang" saling berhubung antara satu sama lain bukannya berbeza-beza elemen membentuk sebuah struktur "seimbang" yang sejak dahulu difikirkan misalnya graf dibawah jika dihilangkan salah satu bucu akan menggubah struktur yang terbentuk daripada simetrik kepada asimetrik.
Simetri

Pembangunan yang tidak seimbang dan tidak mengambil kira menyebabkan masalah ambil contoh Great Leap Forward dimana faktor seperti rantaian makanan, teknik pertanian yang tidak sesuai dan ketinggalan ditambah sikap Mao yang tidak suka sesiapa bersetuju dengan ideanya menjadikan statistik palsu dilaporkan dan faktor cuaca menjadikan jutaan penduduk meninggal dunia. Pembangunan tidak seimbang di sekitar bandaraya mengakibatkan terjadinya banjir serta masalah sosial disumbangkan sekeliling. Pengambilan unsur yang tidak seimbang mengakibatkan komplikasi pada tubuh badan. Harmoni, tersusun, seimbang.

Menerusi pandang boleh dikembangkan selanjutnya lagi tetapi inilah asas kepada struktur baru ini yang mana dunia yang semakin kompleks memerlukan penyelesaian yang kompleks dan holistik! 

"Dengar dua-dua belah pihak" kata si Zionist bertopeng neutral.

Memihak kepada rejim Zionis Israel adalah sesuatu yang sangat tidak waras. Manusia yang waras akan menentang Israel yang menghalang bantuan tiba ketika mereka menghalang bantuan daripada pelbagai pihak masuk ke Gaza dan manusia tidak waras masih wujud kerana faktornya ideologi dan doktrin.

Melanggar sempadan Israel? ICJ pada 2024 memerintahkan Israel tidak menghalang bantuan kemanusiaan yang masuk ke Gaza, jadi siapa yang melanggar sempadan? 

Cerita kedua-dua belah pihak, yang saya lihat di Israel sedang marak menghalalkan pembunuhan manusia seramai mungkin sebab diorang ni bukan manusia, betul tak? Di Israel kalau ada yang cuba jalan berdamai akan di berakhir seperti Rabin. Di Israel sesiapa yang menentang program holokos 2.0 dianggap pengkhianat.

Neutral? Anda rasa ini kisah dan gosip artis, sokong artis A sokong artis B. Ini bukan sokong A sokong B, ini terang depan mata telefon masing-masing puluhan ribu dibunuh, yang masih hidup dilaparkan sehingga mati. Ke keliru dengan doktrin yang anda pegang. Kita tengah sembang pasal orang-orang yang tak bersalah dibunuh, diseksa, dirampas tanah. 

Ringkasnya;

Israel bunuh penduduk tak bersalah, Israel halang bantuan makanan,ubat sampai untuk pastikan sisa yang dia tak bunuh tu menderita sampai mati. Bagi Israel, lantaklah diorang bukan manusia pun, mereka semua pengganas. Diorang Gaza ni dari baby sampai nenek tua semua pengganas kata Israel, yang tak berfikir rasional je percaya. Zionis di Malaysia pun terikut pemikiran tidak waras ni.

Segerombolan Zionis takut berdebat mengeluarkan hujah : macam mana dengan Nigeria, kononnya kita sebodoh tu berpihak sebab satu agama. Kita tidak sebodoh itu, kita berpegang kepada kemanusiaan. Daripada genosid Armenia, Rwanda, Nanjing, Brooke, Great Leap Forward, kita memang menentang semua jenis genosid tetapi zionis mengatakan membunuh ribuan orang tak salah, bunuh 17,000 bayi wajib sebab diorang semua ni Hamas! 
Bagi zionis wajib bunuh 2 juta orang sebab 5000 Hamas, bagi penyokong zionis wajib bom hospital ada 1000 orang biasa sebab ada 3 Hamas.

Semua nampak, semua baca statistik UN, Reuters, bahkan media Israel tetapi penyokong Zionis berpura-pura tak nampak. Hamas cuma ada Telegram, Israel ada hampir semua media, kita semua nampak. Tetapi berpura-pura urusan luar, itu minda keterbelakangan.

Tidak lama lagi 7 Oktober, Zionis akan menjadikan sebagai modal walaupun sejak 1917 lagi! Pengganas seperti Lehi, Irgun dan Haganah mengganas di sana dan sini. Ketika Balfour membawa masuk Yahudi daripada pelbagai penjuru dan Palestin yang sudah wujud membiarkan atas dasar kemanusiaan tetapi seiring 14 Mei 1948, 700,000 perkampungan dirobohkan dan mereka ini menuju ke Gaza yang hari ini dikepung sampai mati. Alangkah tidak warasnya Zionis. 

Kira pensel!

Terdapat banyak bilangan pensel dalam sebuah stor dan anda dikehendaki mengira kesemua pensel yang akan dimasukkan ke dalam kotak dalam kawasan yang sempit dengan cepat dan efisien

Terdapat beberapa kaedah iaitu mengasingkan dengan kumpulan setiapnya adalah 10 unit pensel ;

\(Jumlah Pensel = 10 \times bilangan pensel\) 

Jadi \(10\times4 =40\)

Walau bagaimanapun, kawasan sangat sempit untuk menghitung semua kumpulan dan kemudian memasukkan ke dalam kotak memakan masa.

Kemudiannya kita akan memperbaiki dengan model mengira yang serupa. 10 pensel dimasukkan ke dalam kotak A namun setiap 1 dari kumpulan ditolak untuk grouping kecil yg dimasukkan dalam kotak B. Kira 10, tolak 9 masuk A, 1 masuk B dan kotak B adalah wakil.

 Usai penuh kotak kira kotak B. Katakan ada 12 pensel maka darab dengan 10 kemudian kita dapat jumlah keseluruhan dan hitung dengan baki pensel. 
Ataupun;
\(J = 10n + r\)
\(J= 10 \times 15 + 6\)
\(=150+6\)
\(≈ 156\)unit pensel


Dimana jumlah keseluruhan adalah \(10\) didarabkan bilangan dimana \(B=n\), kemudiannya ditambah r iatu baki bukan dalam kumpulan tadi. Masukkan semua kotak b dalam kotak A selepas selesai.


Membina ekosistem

 

Sumber: Fatihah,2024

Berdasarkan rajah rangkaian sosial di atas yang merupakan pelbagai faktor pembentukan manusia yang terpakai pada identiti,tingkah laku dan gaya hidup yang kesemua faktor saling berinteraksi menjadikan seseorang adalah produk interaksi pelbagai ekosistem. Oleh itu, pembentukan semata tidak bergantung pada sesuatu faktor yang akan mengurangkan impak. Media sosial memainkan pengaruh yang cukup besar dalam banyak faktor, setiap bucu mewakili faktor yang merupakan akibat mahupun sebab daripada faktor (bucu) yang lain, misalnya bucu Media sosial mempunyai ketumpatan dan sisi yang tinggi yang kemudiannya membentuk bucu lain yang dikuatkan dengan bucu seperti filem, budaya yang kesemuanya akan menimbulkan ekosistem untuk sebuah perspektif moral dan gaya hidup. 


Mirip dengan ungkapan Boolean ringkas; 
(A+B)•C 


Maka, sesuai dengan ini, pentingnya sebuah ekosistem yang cukup sistematik dan holistik misalnya animasi, buku, drama, model ikutan yang semua ini fokus pada informasi yang dihadam oleh seseorang dalam kehidupan seharian dan penerimaan sesuatu informasi harus menggunakan penyampaian dan komunikasi yang sesuai untuk kelompok yang berbeza. Mengapa? Kesemua bucu wujud kerana keadaan alamiah bagaimana manusia melihat sesuatu dan berlaku proses kognisi, kekurangan maklumat boleh menyebabkan kesimpulan yang berbeza-beza dan pentingnya kesedaran tentang information warfare dan menganalisis semua dimensi dan penggunaan bahasa yang santai, penggunaan komik dan animasi untuk sebuah mesej. Agensi perisikan menerbitkan mesej halus dalam bentuk novel,muzik, drama , bukan secara langsung tetapi menyuntik persoalan yang kemudiannya "jawapan" akan disediakan sebelum berubah menjadi identiti. Ini menjadikan seseorang bukan "apa" tetapi bagaimana memikirkan sesuatu.

Penulis membawa kepada solusi berbentuk enterprise- teknologi dan berasaskan aplikasi algoritma, secara ringkasnya algoritma media sosial berbentuk skor dimana setiap,like,komen,interaksi ditukarkan ke bentuk skor sesuatu topik yang lebih tepat menggambarkan kecenderungan seseorang. Kita menggunakan model ini untuk membentuk ecosistem bermula digital kemudiannya mengembangkan ke bentuk fizikal memandangkan akses teknologi cukup luas dan infrastruktur yang menyokong perkara ini. Sokongan kerajaan, industri semata-mata tidak cukup melainkan adanya daya yang lain. Medium seperti ThePatriots dan AJAR adalah contoh media baharu yang bakal membentuk generasi baharu yang dari dimensi mereka sudah memadai tetapi untuk keseluruhannya memerlukan input daripada bucu yang lain untuk membentuk rangkaian ini bukan lagi advokasi, ceramah, wacana sebaliknya praktikal.

Big Tech seperti Google, Microsoft, Amazon, Oracle memberikan perkhidmatan percuma mahupun perisian sumber terbuka yang semuanya untuk mewujudkan sebuah ekosistem yang pada akhirnya pengguna tetap ke arah mereka walaupun dengan kontroversi yang pelbagai. Mereka membeli jenama dan mungkin mengekalkan model percuma kerana ekosistem, untuk mewujudkan pengguna yang melihat adanya sesuatu yang percuma. Itu lebih mendatangkan keuntungan jangka masa panjang.

Walaubagaimanapun ini juga meninggalkan ruang untuk pemain baharu yang akan mengisi bucu-bucu ini baik penerbitan baru, studio animasi, saluran YouTube dan penulis melihat inilah masa depan yang semestinya realistik dan pragmatik ketika simbolisme telah menemui jalan buntu melainkan beradaptasi dengan teknologi. 

Ramalan masa depan? Dunia semakin berorientasikan data, satu persatu data diperlukan untuk ketepatan dan mengoptimumkan sumber. Adakah kita tidak mahu menjadi sebahagian daripadanya atau pengguna? Dunia ini bukan lagi medan ideologi tetapi perang teknologi dan ini memerlukan jalan yang baru. 



Abdul Nasir, M. N., & Mohd Hussain, R. B. (2014). Permasalahan identiti: Penilaian konsep defisit identiti dan konflik identiti. Jurnal Sarjana

Cara kira mug yang mana paling cepat dan tepat ?


Dalam gambar ni ada beberapa mug yang dimasukkan dalam satu kotak tapi tak tahu tahu berapa total. Susunan mug ada 3 tingkat , tingkat 1 dan 2 rata dengan mug corak A, sedangkan tingkat 3 macam dalam ada 2 mug lain corak B. Soalannya cara apa paling cepat nak kira keseluruhan mug corak A ? 

Apa yang dikira?: Jumlah mug
Apa yang ada: mug


Cara 1:
Kira satu persatu mug, tepat 

...tetapi memakan masa.

Cara 2: 
Kira baris dan lajur, jadi ada 4 baris dan 4 lajur dan 3 tingkat jadi 

4²( 3) 
=16(3)
= 48 

Lebih cepat
...tetapi kurang tepat

Jadi guna cara 1 dan 2 iaitu

48-2
=46 mug corak A, 2 corak mug B.

Tahukah anda, ini adalah contoh algoritma dalam menyelesaikan masalah? Pelbagai individu sedang mencari algoritma terpantas dan efisien untuk menyelesaikan masalah dalam pelbagai bidang baik komputer (tapi paling kerap digunakan ini selain Matematik). Algoritma berasal daripada sebutan payah Al-Khawarizmi yang hari ini melahirkan komputer cukup canggih, cip AI paling efisien dan pantas.