MISI™ : Sejuta memori

Pada 2009,tidak ada sesiapa menyangka komik Misi 8A akan mendapat perhatian ramai hingga lahirnya sekuelnya,Misi 10A. Jika Misi 8A tentang Aizad,remaja kaya yang kerap mendapat keputusan teruk dalam peperiksaan. Suatu hari, ketidakpedulian Ibu Aizad berakhir apabila Ibunya merampas kesemua hiburan seperti gajet dan permainan. Aizad kini harus mendapatkan keputusan 1A dalam peperiksaan untuk mendapatkan kembali barang-barangnya. Aizad bertemu dengan pelajar cemerlang yang menurut Aizad adalah budak nerd, Zahid sebelum meminta tunjuk ajar agar mendapat keputusan yang dimahukan agar Ibunya mengembalikan semula barang kesayangannya.

Mereka mula membangun hubungan persahabatan dan Aizad berjaya mendapatkan keputusan yang dimahukan tetapi Aizad kini telah mempunyai tujuan dirinya di Sekolah. Ketika PT3,rupanya Zahid berpura-pura sakit agar Aizad mendapat 8A,berbanding dirinya 7A dan Zahid tidak lagi muncul di sekolah selepas itu.

Misi 8A mempunyai nasihat dalam penceritaan yang sederhana, berbeza dengan 10A dan 10A Plus yang mungkin sedikit berat. Aizad dan Zahid bertemu di sekolah yang sama,MRSM Alor Gajah yang juga menjadi tempat pertemuan dengan Putera,Fizi,Kimi dan Mat dalam situasi yang berbeza.

Situasi berbalik kepada Zahid yang dibuli oleh senior hingga menyebabkan prestasi akademiknya jatuh dengan merudum,Zahid juga dalam fasa yang buruk ketika gagal, biasiswa ditarik,dituduh sebagai pencuri yang dalangnya adalah pesaingnya,Putera. Aizad juga memberikan semangat untuk Zahid untuk berdiri kembali dalam hujan (sejujurnya babak ini mahal). Namun Afiq dan Nazry tidak meletakkan satu dimensi pada watak antagonis, seperti Putera yang rupanya sisi pemberontakan terhadap penceraian ibubapanya yang menyebabkan dia sanggup merancang agar Zahid disyaki sebagai pencuri di Koperasi Sekolah.

Perjalanan daripada Sekolah Menengah diteruskan pada Misi 4 Flat yang menurutku lebih berat menyentuh Islamofobia apabila Mat berhadapan dengan pensyarah dan pelajar yang Islamofobik akibat 9/11 di MIT manakala Zahid pula mengalami proses pencarian makna ilmu dari profesor jalanan (yang rupanya Prof Akram). Fizi pula mengejar impiannya menjadi angkasawan sementara Putera kini bukan lagi jejaka beku sebaliknya menuju jalan Chef ala-ala Ramsey.

Tak sangka bekas musuh Zahid kini menjadi sahabatnya. Hebat perkembangan watak! Selepas 10 tahun kekal dalam bentuk komik,Misi kini mula mengorak langkah ke hadapan apabila Boneybone Studio ditubuhkan. Siri webtoon  Misi: School Adventure membawa gaya seni yang berbeza daripada Afiq dan Nazry yang rupanya terdapat berbagai artis dan mungkin di Misi: School Adventure,sisi gila ditonjolkan dan penuh humor.

Diorang salahfaham yang Putera salahfaham tapi Putera faham.

Rupanya Misi sedang berusaha untuk dipilih penyiar hinggalah projek ini memenangi geran MDEC. Adakah animasi MISI : School Adventure dalam pembangunan? Melihat pada trailer,mereka menggunakan gaya Hani Raimi(?) dan mudah-mudahan urusan mereka dipermudahkan.

Ulasan