Misi 10A adalah terbaik diantara terbaik bagi saya!
Komik-M |
Siri komik MISI merupakan komik terbaik yang saya pernah baca ekoran saya dapat merasakan impak daripada komik baik tertawa seorang diri mahupun geram. Namun ada satu siri yang menarik perhatian saya iatu MISI 10A dimana Zahid kini adalah watak utamanya berbeza daripada Zahid di Misi 8A/Misi PT3 ekoran dugaan yang datang dalam hidup Zahid berlaku satu persatu dan Zahid daripada dimensi yang berbeza. Penulis sebaik mungkin membawakan watak Zahid dalam: usaha adalah segalanya. Zahid bukan gifted dengan kepintaran mahupun kekayaan tetapi terdapat banyak jalan yang harus diredah diusia yang muda. Sudah tentu penulis menulis daripada perspektif lelaki untuk watak seorang remaja lelaki yang terpaksa menjadi dewasa akibat keadaan.
Memasuki MRSM Alor Gajah, Zahid tidak menumpukan perhatian kepada kelas dan pelajaran. Aizad yang menyedari perubahan Zahid segera menyiasat dan mendapati sahabatnya dibuli oleh pelajar senior dan dilayan seperti "kuli" hingga dirinya menewaskan tiga pelajar tersebut dalam perlawanan dan mereka tidak menganggu Zahid selepas kekalahan yang memalukan itu. Zahid juga menerima panggilan daripada pegawai biasiswa bahawa biasiswanya bakal ditarik balik dan dihadiahkan kepada pelajar lain memandangkan Yayasan Feeqry menetapkan satu sekolah satu pelajar mendapat Yayasan dan pelajar tersebut adalah Putera, pesaing Zahid yang dikenalinya semasa Pertandingan Olympiad Kebangsaan. Zahid belajar tanpa rehat hingga jatuh sakit dan Aizad mengetahui kalau Zahid melakukan semua itu demi biasiswa. Zahid berusaha keras dengan segala penat lelah tetapi sayangnya Zahid gagal mempertahankan anugerah biasiswanya dan Putera berjaya mendapat biasiswa itu. Putera menyimpan dendam terhadap Zahid hingga berusaha menjatuhkannya berkali-kali baik melalui jalan akademik, biasiswa mahupun cara kotor iatu memerangkap Zahid sebagai pecah amanah dan pencuri wang Koperasi sekolah yang menyebabkan Zahid digantung Sekolah sebelum rakan-rakannya berjaya membuktikan Zahid tidak bersalah. Namun, Zahid sebagai seorang yang matang memaafkan Putera dan meminta hukuman Putera diringankan ekoran Putera juga berdepan dugaan ibu bapanya kerap bergaduh dan seandainya dia mengatasi Zahid ketika Pertandingan Olympiad Kebangsaan, maka ibubapanya akan berhenti bergaduh untuk fokus padanya dan tidak terjadinya penceraian.
Dalam siri yang ini, Aizad menjadi sahabat yang banyak membantu Zahid serta bukan teman tertawa yang tidak menasihatinya bahkan Aizad menyedarkan Zahid bahawa kita bukanlah robot dan menekankan kemandirian diri. Namun di siri inilah bermula perkenalan Aizad dan Zahid kepada Mat, Kimi, Fizi dan Putera yang kemudiannya penuh seloka dan perjalanan yang penuh makna.
Ulasan
Catat Ulasan